25 November
Penampilan
(Dilencongkan daripada November 25)
<< | November | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
2024 |
25 November merupakan hari ke-329 (hari ke-330 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 36 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kebangsaan di Bosnia dan Herzegovina (1943);
- Hari Kemerdekaan di Suriname (1975);
- Hari Guru di Indonesia.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1034 - Donnchad, anak lelaki puteri kedua Raja Máel Coluim, dan bukan Mac Bethad, anak lelaki puteri sulungnya, mewarisi takhta untuk menjadi Raja Scotland.
- 1120 - Pewaris sah tunggal Raja Henry I dari England, William Adelin lemas dalam Kecelakaan White Ship, mengakibatkan kemelut pewarisan yang menjatuhkan dinasti Norman di England.
- 1795 - Raja Poland terakhir, Stanisław August Poniatowski (gambar) dipaksa turun takhta selepas persekutuan Poland-Lithuanianya dibahagikan buat kali ketiga oleh Austria, Prusia dan Rusia.
- 1844 - Sultan Ali Iskandar Shah dan Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim masing-masing menulis surat kepada Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu William John Butterworth menyatakan kebenaran kepada Inggeris untuk mendirikan Rumah api di mana-mana lokasi dalam wilayah Kesultanan Johor.
- 1936 - Jerman dan Jepun menandatangani Pakatan Anti-Comintern, menyetujui jika Kesatuan Soviet menyerang salah seorang, mereka akan berunding mengenai langkah yang akan diambil "bagi melindungi kepentingan bersama".
- 1950 - Republik Rakyat China menyertai Perang Korea, menghantar ribuan askar menyeberangi sungai Yalu untuk menghadapi pasukan PBB.
- 1976 - Timbalan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad telah merasmikan Pusat Penyelidikan Teknologi Getah di Sungai Buloh, Selangor.
- 1984 - Band Aid: 36 ahli muzik pop terkemuka Britain dan Ireland berkumpul di sebuah studio Notting Hill untuk merakam lagu Do They Know It's Christmas? bagi memungut wang untuk bantuan kebuluran di Habsyah.
- 1992 - Ahli perundangan di Czechoslovakia mengundi memisahkannya kepada Republik Czech dan Slovakia bermula 1 Januari 1993.
- 2000 - Gempa bumi 7 Ms melanda Baku, Azerbaijan, membunuh 26 orang dan mencederakan 400 lagi.
- 2009 - Hujan luar biasa menyebabkan banjir kilat (gambar) di Jeddah, Arab Saudi, mengorbankan 122 orang dan mengandaskan ribuah jemaah haji.
- 2011 - Yahya Jammeh terpilih semula sebagai Presiden Gambia.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1920 - Tuanku Syed Putra Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong ketiga.
- 1993 - Harris Vriza, pelakon lelaki Indonesia.