Gempa bumi Canterbury 2010
Tarikh | 04 September 2010 (16:35 UTC 3 September) | 04:35 NZST
---|---|
Magnitud | 7.1 Mw[1][2] |
Kedalaman | 10 km (6.2 bt)[2] |
Koordinat | 43°33′S 172°11′E / 43.55°S 172.18°EKoordinat: 43°33′S 172°11′E / 43.55°S 172.18°E, near Darfield, Canterbury, New Zealand |
Kawasan terjejas | New Zealand |
Keamatan maksimum | MM 9[3] |
Korban | 1 kematian akibat serangan jantung, 2 cedera parah, kira-kira 100 kecederaan lain[4] |
Gempa bumi Canterbury 2010 (juga gempa bumi Darfield[5] dan gempa bumi Christchurch) adalah sebuah gempa bumi bermagnitud 7.1[1][2] yang melanda Pulau Selatan New Zealand pada 4:35 am, 4 September 2010 waktu tempatan (16:35 3 September UTC),[1] dan mengakibatkan kemusnahan berleluasa dan gangguan bekalan elektrik, khususnya di bandaraya Christchurch.[4][6]
Pusat gempa terletak 40 kilometer (25 bt) di barat Christchurch,[5] berhampiran pekan Darfield. Hipopusatnya sedalam 10 km.[1] Gegaran terdahulu bermagnitud kira-kira 5.8 melanda lima saat sebelum gempa utama,[7] disusuli laporan gegaran susulan[4][8] sekuat magnitud 5.4.[9] Gempa mula-mulanya melanda selama lebih kurang 40 saat,[6] dan terasa di seluruh Pulau Selatan, dan juga ke utara sejauh New Plymouth di Pulau Utara.[10]
Pusat Pengurusan Krisis Negara di aras bawah tanah bangunan Beehive di Wellington diaktifkan, sementara pihak Pertahanan Awam mengisytiharkan darurat di Christchurch, Daerah Selwyn, dan Daerah Waimakariri[11] manakala Daerah Selwyn, Waimakariri dan Timaru turut menghidupkan pusat-pusat operasi kecemasan masing-masing.[12] Perintah berkurung berkuatkuasa di beberapa bahagian Bandaraya Pusat Christchurch dari 7:00 malam hingga 7:00 pagi berikutan gempa bumi.[13] Disebabkan pusat gempa terletak di daratan yang jauh dari pinggir pantai, tiada tsunami terjadi.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d "New Zealand earthquake report - Sep 4, 2010 at 4:35 am (NZST)". GeoNet. Earthquake Commission and GNS Science. 4 September 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-05. Dicapai pada 4 September 2010.
- ^ a b c "Magnitude 7.0 - South Island of New Zealand: Details". United States Geological Survey. 3 September 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-14. Dicapai pada 3 September 2010.
- ^ "New Zealand earthquake report - Sep 4 2010 at 4:35 am (NZST) - Quake Maps". GeoNet. Earthquake Commission dan GNS Science. 4 September 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-07. Dicapai pada 5 September 2010.
- ^ a b c "Massive 7.4 quake hits South Island". Stuff.co.nz. 3 September 2010. Dicapai pada 3 September 2010.
- ^ a b c "Sep 4, 2010 - Darfield earthquake damages Canterbury". GeoNet. Earthquake Commission and GNS Science. 4 September 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-07. Dicapai pada 4 September 2010.
- ^ a b "Strong earthquake rocks New Zealand's South Island". BBC News. 3 September 2010. Dicapai pada 3 September 2010.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama3 quakes?
- ^ "New Zealand Earthquake 2010: Strong Quake Shakes Christchurch". The Huffington Post. 3 September 2010. Dicapai pada 3 September 2010.
- ^ "New Zealand Earthquake Report - Sep 4 2010 at 4:55 pm (NZST)". GeoNet. 4 September 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-07. Dicapai pada 4 September 2010.
- ^ Van Der Heide, Maike (4 September 2010). "Marlborough, Kaikoura escape worst of quake". The Marlborough Express. Dicapai pada 4 September 2010.
- ^ "State of emergency declared in Canterbury". Radio New Zealand. September 4, 2010. Dicapai pada 4 September 2010.[pautan mati kekal]948
- ^ "Latest updates: Canterbury earthquake | National News". Tvnz.co.nz. Dicapai pada 4 September 2010.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamacurfew
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Gempa bumi Canterbury 2010 |
- Environment Canterbury
- Christchurch City Council
- Seismograph Drums - McQueens Valley (MQZ), Canterbury, New Zealand Diarkibkan 2010-09-07 di Wayback Machine (closest seismograph to the aftershocks)