Vietnam Utara
Republik Demokratik Vietnam Việt Nam Dân chủ Cộng hòa | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1945–1976 | |||||||||||
| |||||||||||
Cogan kata: "Độc lập – Tự do – Hạnh phúc" (Melayu: "Kemerdekaan - Kebebasan - Kebahagiaan") | |||||||||||
Lagu kebangsaan: "Tiến Quân Ca" (Melayu: "Mac Tentera") | |||||||||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Hanoi | ||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Vietnam (rasmi) | ||||||||||
Agama | Tiada (negeri ateisme) | ||||||||||
Kerajaan | Negara komunis parti tunggal | ||||||||||
Presiden | |||||||||||
• 1945–1969 | Hồ Chí Minh | ||||||||||
• 1969–1976 | Ton Duc Thang | ||||||||||
Setiausaha Pertama | |||||||||||
• 1960–1986 | Lê Duẩn | ||||||||||
Era Sejarah | Perang Dingin · Perang Vietnam | ||||||||||
• Kemerdekaan diisytiharkan | September 2 1945 | ||||||||||
10 Oktober 1954 | |||||||||||
April 30, 1975 | |||||||||||
• Utara dan Vietnam Selatan digabungkan | 2 Julai 1976 | ||||||||||
Keluasan | |||||||||||
1960 | 157,880 km2 (60,960 bt2) | ||||||||||
1974 | 157,880 km2 (60,960 bt2) | ||||||||||
Populasi | |||||||||||
• 1960 | 15916955 | ||||||||||
• 1974 | 23767300 | ||||||||||
Mata wang | Dong | ||||||||||
|
Republik Demokratik Vietnam (RDV), Bahasa Vietnam: Việt Nam Dân Chủ Cộng Hòa), biasanya dikenali sebagai Vietnam Utara adalah sebuah negara yang diasaskan oleh Ho Chi Minh dan diiktiraf oleh Republik Rakyat China dan Kesatuan Soviet pada tahun 1950. Selepas kekalahan Perancis dalam pertempuran Dien Bien Phu pada 1954, Perancis secara rasmi mengiktiraf kedaulatan negara dan negara terbahagi dua; Vietnam Selatan yang lain.
Selepas penyelesaian itu, ramai penduduk di Utara melarikan diri ke Selatan, kebanyakan mereka penganut Katolik yang mendakwa bahawa kerajaan Utara mempunyai dasar yang tidak adil terhadap mereka.
Ibu negara Vietnam Utara berada di Hanoi dan ditadbir oleh sebuah kerajaan komunis yang mendapat sokongan dari Kesatuan Soviet dan Republik Rakyat China. Kedua-dua negara ini membantu Vietnam Utara semasa Perang Vietnam melawan Amerika Syarikat dan Vietnam Selatan.
Selepas kejatuhan kerajaan Vietnam Selatan pada 30 April 1975, kedua-dua negara tersebut bersatu pada 2 Julai 1976 ke dalam sebuah negara yang dipanggil Republik Sosialis Vietnam atau dikenali sebagai Vietnam.