Francis Light
Francis Light | |
---|---|
Kelahiran | 1740 Dallinghoo, Suffolk, England, Britain |
Meninggal dunia | 21 Oktober 1794[1] | (umur 53–54)
Pekerjaan | Pegawai kolonial |
Terkenal kerana | Ketua penjajahan dan pemodenan Pulau Pinang |
Saudara | William Light, pengasas Adelaide (anak) |
Kapten Francis Light (s.1740 – 21 Oktober 1794) ialah pengasas petempatan British di Pulau Pinang, Malaysia. Beliau juga pengasas bandar George Town, Pulau Pinang pada tahun 1786.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Dia dilahirkan di Suffolk, England dan merupakan bekas kelasi Angkatan Laut Diraja British dari tahun 1759 hingga 1763. Mulai tahun 1765, dia bekerja sebagai seorang pedagang untuk Syarikat Hindia Timur Inggeris
Penjajahan Pulau Pinang
[sunting | sunting sumber]Saingan daripada Perancis ekoran Perang Tujuh Tahun(1756-1763) di Eropah menyebabkan pihak British terpaksa mencari sebuah pangkalan baru bagi menyaingi Perancis di Asia Tenggara. Setelah mendapati Pulau Pinang sesuai sebagai pelabuhan baru British, mereka menghantar Francis Light ke Kedah untuk mendapat persetujuan Sultan Mukarram Shah untuk menubuhkan sebuah pangkalan di Pulau Pinang. Kapten Light berjaya memujuk Sultan Kedah untuk menyerahkan Pulau Pinang dan sebagai balasannya, berjanji bahawa British akan membantu tentera Kedah dari segi bantuan pertahanan sungguhpun dia mengetahui bahawa dia tidak memiliki kuasa untuk berbuat sedemikian.[2]
Francis Light memungkiri janjinya selepas Kedah meminta bantuan British menentang Siam setelah British menduduki Pulau Pinang pada tahun 1786. Keengganan Francis Light membantu Kedah menyebabkan Kedah menyerang British di Pulau Pinang.
Malang sekali Kedah kalah dan terpaksa menyerahkan tanah di seberang Pulau Pinang kepada British pada tahun 1791. British memberi nama kawasan terbabit sebagai Province Wellesley (kini Seberang Perai). British mahukan Seberang Perai untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman seperti padi. Seberang Perai juga menjadi penampan pertahanan dari serangan Sultan Kedah.
Kota Cornwallis dan Esplanade
[sunting | sunting sumber]Ketika Francis Light mendarat di Esplanade (sekarang dikenali sebagai Padang Kota Lama), kawasan itu ditumbuhi tumbuhan-tumbuhan liar dan hutan yang tebal. Francis Light mengarahkan supaya kawasan itu dibersihkan dan dibuat petempatan. Tidak lama kemudian, kawasan itu mula menarik pedagang-pedagang untuk berdagang.
Bagi melindungi petempatan itu, British telah membina sebuah kota pertahanan yang diberi nama Kota Cornwallis. Kota itu sekarang menjadi tempat pelancongan yang menarik di Pulau Pinang.
Pemberian tanah
[sunting | sunting sumber]Untuk memajukan petempatan baru ini, Francis Light telah membuat keputusan untuk memberi tanah kepada pendatang-pendatang untuk menuntut mana-mana tanah di Pulau Pinang. Dalam masa beberapa dekad terdapat lebih kurang 10,000 pendatang daripada pelbagai bangsa dan keturunan yang tinggal di Pulau Pinang.
Kematian dan legasi
[sunting | sunting sumber]Light meinggal dunia akibat malaria pada 21 Oktober 1794[1][Note 1] dan dikebumikan di Perkuburan Protestan Lama di Jalan Northam (kini Jalan Sultan Ahmad Shah), George Town.[4] Dalam wasiatnya, Light mengingati para sahabatnya, James Scott, William Fairlie serta Thomas Pegou.[5]
Francis Light diangkat sebagai pengasas Pulau Pinang moden. Oleh kerana itu, pihak British mendirikan satu patung peringatan Francis Light yang kini terdapat di Muzium Pulau Pinang.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Bastin, John; Stubbs Brown, M. (May 1959). "Historical Sketch of Penang in 1794". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland. 32 (1 (185)): 21–22. JSTOR 41503147.
Light died on 21 October 1794, and was succeeded as Superintendent of Penang by Phillip Mannington...succeeded by Thomas Pegou as Acting-Superintendent on 30 November 1795 (footnote 31)
Lihat page-url. - ^ Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East ..., Volume 1, edited by Keat Gin Ooi
- ^ Harfield, A. G. (1982). "Fort Cornwallis, Pulo Pinang. (With notes on two 19th Century Military artists)". Journal of the Society for Army Historical Research. 60 (242 (Summer 1982)): 80. JSTOR 44230543.
The date on his tombstone in the Northam Road cemetery says he died on 21 October 1794, but Tregonning records in his book that an official despatch sent by Philip Mannington, Light's successor, shows Francis Light as having died on 25 October 1794"
page-url Tregonning's The Founding of Penang (1786-1826) perhaps? - ^ Mok, Opalyn (6 November 2014). "Historical cemetery where Francis Light is buried to be given a facelift". Malay Mail. Dicapai pada 29 October 2019.
- ^ Steuart 1901, m/s. 34.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Steuart, Archibald Francis (1901), A short sketch of the lives of Francis and William Light: the founders of Penang and Adelaide, with extracts from their journals, Sampson Low, Marston & Co. Trove catalogue entry here