1 Oktober
Penampilan
(Dilencongkan daripada 1 October)
<< | Oktober | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
2024 |
1 Oktober merupakan hari ke-274 (hari ke-275 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 91 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kebangsaan di Republik Rakyat China (1949);
- Hari Kemerdekaan di Cyprus dan Nigeria (1960), Tuvalu (1978) dan Palau (1994);
- Hari Penyatuan di Cameroon (1961).
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 331 SM – Alexander Agung dari Macedon menewaskan Darius III dari Parsi dalam Pertempuran Gaugamela, dan kemudiannya dimahkotakan sebagai "Raja Asia" dalam satu upacara di Arbil.
- 1936 – Francisco Franco diisytiharkan sebagai Generalísimo dan ketua negara semasa Perang Saudara Sepanyol.
- 1958 – NASA mula beroperasi, menggantikan NACA.
- 1964 – Rangkaian kereta api laju Shinkansen pertama di Jepun, Shinkansen Tōkaidō (gambar Shinkansen Siri 0) dilancarkan.
- 1965 – Satu rampasan kuasa di Indonesia oleh Gerakan 30 September ditumpaskan oleh Jeneral Suharto dan mencetuskan penyingkiran anti-Komunis.
- 1977 – Bintang bola sepak Brazil Pelé bermain dalam perlawanan bola sepak profesional terakhirnya.
- 1987 – Denmark menjadi negara pertama membenarkan kesatuan sivil antara pasangan sama jantina.
- 2005 – Serangan bom di dua lokasi di pulau Bali, Indonesia membunuh 20 orang dan mencederakan lebih 120 lagi.
- 2006 – Bekas jeneral tentera Surayud Chulanont dilantik menjadi Perdana Menteri sementara Thailand selepas peristiwa rampasan kuasa pada bulan September. Kemudian bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra mengumumkan perletakan jawatan sebagai ketua parti Thai Rak Thai.
- 2008 – 50 lanun perairan Somalia merampas kapal kargo Ukraine MV Faina (gambar) bersama dengan muatan senjata dan amunisinya, serta 33 kereta kebal T-72.
- 2009 – Mahkamah Agung United Kingdom, yang mengambil alih fungsi kehakiman Dewan Pertuanan, mula berjalan.
- 2012 – Gabungan pembangkang Impian Georgia mendapat majoriti dalam pilihan raya parlimen Georgia.
- 2013 – Sukan Perpaduan Islam ke-3 tamat dengan tuan rumah Indonesia muncul juara.
- 2013 – Kerajaan persekutuan A.S. menutup perkhidmatan tidak-kritikal setelah tidak dapat meluluskan belanjawan.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1896 - Liaquat Ali Khan, Perdana Menteri Pakistan yang pertama
- 1924 - Jimmy Carter, Presiden Amerika Syarikat ke-39
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1965 - Para Jenderal TNI yang menjadi Korban Gerakan 30 September
- Letjen TNI Ahmad Yani, (Menteri/Panglima Angkatan Darat) (l. 1922)
- Mayjen TNI R. Soeprapto (Deputi II Menteri Panglima Angkatan Darat Bidang Administrasi) (l. 1920
- Mayjen TNI M. T. Haryono, (Deputi III Menteri Panglima Angkatan Darat bidang Perencanaan dan Pembinaan) (l. 1924)