Pengeboman Bali 2005
Pada 1 Oktober 2005, tiga letupan bom telah berlaku di pantai Jimbaran, Nusa Dua dan Kuta di Pulau Bali, Indonesia. 23 orang terbunuh (termasuk 3 pengebom berani mati) dan 130 orang cedera termasuk warga Australia dan Jepun.
Kejadian berlaku jam 18:50 WITA (UTC +8) di sekitar restoran pinggir pantai Jimbaran dan berdekatan "Hotel Four Seasons", Jimbaran, "Hotel Westin", Nusa Dua dan di "Pasar Raya Matahari" serta "Restoran Raja" di Kuta. Turut terlibat rosak ialah "Restoran Nyoman" dan "Restoran Tebah". 21 mayat mangsa dihantar ke Hospital Sanglah manakala 11 lagi ke Hospital Griya Asih.
Polis Indonesia juga menemui beberapa butir bom yang ditanam di dalam pasir di kawasan restoran pinggir pantai Jimbaran dan gagal meletup.
Pengeboman di Bali pada tahun 2005 ini telah dikaitkan dengan Jemaah Islamiah (JI).[1] Polis Indonesia juga telah mengambil langkah drastik menyiarkan gambar-gambar pengebom yang disyaki menjadi dalang dalam kejadian tersebut. Mereka ini disyaki kerana bukti melalui lensa kamera keselamatan yang dipasang di kawasan tersebut telah menunjukkan mereka telah memakai jaket tebal dan berkeadaan mencurigakan. Mereka ini disyaki kerana keadaan mayatnya yang hanya tinggal kepala sahaja dan masih sempurna.
Jemaah Islamiah dan pengganas paling dicari, Azahari Husin dan Noordin Mohd Top warganegara Malaysia itu diburu polis selepas kejadian pengeboman Bali 2002 dengan ganjaran masing-masing RM400,000.
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono mengutuk kejadian ini dan berkata kerja-kerja risikan juga akan dipertingkatkan dan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke pengadilan.[1]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Bali bombs 'were suicide attacks' BBC NEWS. 2 Oktober 2005.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Wikinews