Joseph Estrada
Joseph Estrada | |
---|---|
Presiden Filipina ke-13 | |
Dalam jawatan 30 Jun 1998 – 20 Januari 2001 | |
Naib Presiden | Gloria Macapagal-Arroyo |
Didahului oleh | Fidel V. Ramos |
Digantikan oleh | Gloria Macapagal-Arroyo |
Naib Presiden Filipina ke-11 | |
Dalam jawatan 30 Jun 1992 – 30 Jun 1998 | |
Didahului oleh | Salvador H. Laurel |
Digantikan oleh | Gloria Macapagal-Arroyo |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Tondo, Manila | 19 April 1937
Parti politik | Partido ng Masang Pilipino (PMP) |
Pasangan | Luisa Pimentel |
Pekerjaan | Pelakon |
Tandatangan | |
Jose Marcelo Ejercito (lahir 19 April 1937), lebih dikenali sebagai Joseph Ejercito Estrada atau Erap (kawan), ialah seorang pelakon filem dan ahli politik Filipina yang berkhidmat sebagai Presiden Filipina ke-13 dari 1998 hingga 2001. Beliau digulingkan oleh Revolusi Kuasa Rakyat Kedua selepas menjalani perbicaraan pencabaran kedua di Senat yang menyaksikan sebelas orang senator Filipina enggan memeriksa sampul kedua akaun bank Jose Velarde yang dipercayai membuktikan beliau mengamalkan rasuah.
Beliau turut bertanding dalam Pilihan raya Filipina 2010 pada 10 Mei 2010 tetapi tewas ditangan Senator Benigno Aquino III.
Kerjaya lakonan
[sunting | sunting sumber]Estrada terkenal sebagai pelakon / hero dalam filem-filem rakyat di Filipina. Popularitinya menyamai Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan yang menjadi pelakon koboi Hollywood.
Presiden Filipina ke-13
[sunting | sunting sumber]Estrada bermula sebagai datuk bandar San Juan pada 1969, kerusi senator (1987), naib presiden (1992) dan kemuncaknya sebagai presiden (1998). Pada 1998, slogan kempen beliau 'Erap Para sa Mahirap (Erap untuk rakyat miskin), membolot undi tertinggi di 12 daripada 15 wilayah dan seterusnya menewaskan pencabarnya, bekas Speaker Dewan Perwakilan Rakyat, Jose de Venecia dengan kelebihan undi sebanyak 6 juta.
Beliau menjadi Presiden Filipina selepas menang dalam Pilihan raya Filipina 1998. Pada 1 Julai 1998, beliau mengangkat sumpah sebagai presiden ke-13.
Beliau berikrar akan membaiki kehidupan rakyat miskin. Malangnya, beliau digulingkan daripada Istana Malacanang atas tuduhan rasuah.
Semasa memerintah, Estrada bertindak menyerang pemberontak Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Mindanao terutama di Jolo
Kesalahan rasuah
[sunting | sunting sumber]Pada 8 Mac 2001, Malaysia dan Thailand tidak menerima permintaan mana-mana pihak untuk memberi perlindungan politik kepada Estrada.[1]
Pada 4 April 2001, perbicaraan Estrada bermula semasa Ombudsman Aniano Desierto memfailkan dakwaan rasuah 4 bilion peso Filipina. Beliau turut dituduh bersumpah bohong kerana mengisytiharkan nilai palsu aset dan menyalahgunakan identiti Jose Velarde, kepada mahkamah anti-rasuah Sandiganbayan.
Pada 12 September 2007, beliau menjadi Presiden Filipina pertama yang disabitkan kesalahan setelah mahkamah Sandiganbayan mendapatinya bersalah atas tuduhan menjarah yang boleh dihukum melalui reclusión perpetua.[2] Beliau ditahan di rumah rehatnya di Tanay, Rizal, tetapi akhirnya diampunkan oleh Presiden Gloria Macapagal-Arroyo pada 25 Oktober 2007.[3]
Pada Oktober 2007, Arroyo bersetuju memberi pengampunan kepada Estrada. Beliau menjelajah seluruh Filipina dan menyampaikan barangan makanan, ubat-ubatan dan pakaian sebagai tanda terima kasih di atas sokongan rakyat jelata.
Bertanding presiden kali kedua
[sunting | sunting sumber]Joseph Estrada mencuba nasib di kawasan kelahirannya Manila dalam Pilihan raya Filipina 2010 pada 10 Mei 2010. Perlembagaan Filipina 1987 jelas menyatakan presiden yang pernah memang dilarang bertanding buat kali kedua. Mahkamah Agung Filipina akan menentukan kesahihan pencalonan beliau. Alasannya Estrada tidak bersara tetapi dilucutkan jawatan, maka beliau tidak tertakluk kepadanya.
Imej Estrada sebagai hero orang msikin sudah tercalar. Kesalahan rasuah memang terbukti, bukan direka-reka.[4]
Tewas
[sunting | sunting sumber]Dalam Pilihan raya Filipina 2010, Estrada telah tewas ditangan Senator Benigno Aquino III yang dinobatkan sebagai Presiden Republik Filipina yang baru pada 30 Jun 2010.
Galeri
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Tiada permohonan suaka politik Estrada
- ^ Philippines' Estrada gets life for corruption, dicapai pada 2007-09-12
- ^ Transcript of announcement of President Arroyo's pardon, diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-29, dicapai pada 2007-10-31
- ^ Filem terbaru Estrada: Pilihan raya Filipina
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]
Wikisource mempunyai karya asli yang dikarang oleh atau mengenai: Joseph Estrada |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Joseph Estrada. |
- Official Website of Joseph "Erap" Estrada
- Office of the President (Estrada Administration) di Wayback Machine (diarkibkan Disember 7, 2000)
- Joseph Estrada Curriculum Vitae Diarkibkan 2015-02-09 di Wayback Machine
- Malacañang Museum Official Biography
- Saluran Joseph Estrada di YouTube
- Joseph Estrada di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Salvador H. Laurel |
Naib Presiden Filipina 1992–1998 |
Diikuti oleh: Gloria Macapagal-Arroyo |
Didahului oleh Fidel V. Ramos |
Presiden Filipina 1998–2001 |
Diikuti oleh: Gloria Macapagal-Arroyo |
Naib Presiden Filipina |
|
Osmeña | Quirino | Lopez | Garcia | Macapagal | Pelaez | Lopez | Tolentino | Laurel | Estrada | Arroyo | Guingona | De Castro | Binay | Robredo | Duterte |