Pergi ke kandungan

Mauricio Funes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mauricio Funes
Presiden El Salvador ke-44
Dalam jawatan
1 Jun 2009 – 1 Jun 2014
Naib PresidenSalvador Sánchez Cerén
Didahului olehAntonio Saca
Maklumat peribadi
Lahir (1959-10-18) 18 Oktober 1959 (umur 65)
San Salvador, El Salvador
Parti politikFarabundo Martí National Liberation Front
PasanganWanda Pignato

Carlos Mauricio Funes Cartagena (lahir 18 Oktober 1959 di San Salvador) merupakan Presiden El Salvador ke-44. Dia memenangi pilihan raya presiden El Salvador 2009 sebagai calon sayap kiri Parti Pembebasan Kebangsaan Farabundoí Marti (FMLN) mulai 1 Jun 2009 sehingga 1 Jun 2014.

Kewartawanan

[sunting | sunting sumber]

Funes merupakan seorang wartawan popular di televisyen. Dia bertugas di Channel 12 dan CNN en Español. Dia menjadi pemberita semasa Perang Saudara Salvadora. Dia pernah menemubual ketua pemberontak haluan kiri.

Pilihan raya 2009

[sunting | sunting sumber]

Funes dicalonkan menjadi calon parti FMLN pada 28 September 2007 menentang calon Parti Nasionalis Republikan iaitu Rodrigo Ávila iaitu bekas timbalan pengarah Polis San Salvador. Funes memenangi pilihan raya presiden El Salvador 2009, dengan majoriti mutlak 51.23% undi. Dia pemimpin FMLN pertama yang tidak berjuang di perang saudara. Kempen presidennya menekankan dasar politik sederhana. Dia berjanji menaikkan cukai pada orang kaya demi penjagaan kesihatan di kawasan luar bandar dan pencegahan jenayah. Pengkritik menuduhnya pro [[Venezuela]. Tetapi beliau menekankan tumpuan kepada integrasi dengan Amerika Tengah dan diplomasi dengan Amerika Syarikat.

Funes berkahwin dengan Dr Vanda Pignato yang aktif dalam Parti Buruh Brazil. Mereka mempunyai anak lelaki, Jibrail. Funes menerima diploma Sekolah Tinggi (Bachillerato) daripada Externado San José dan kemudian meneruskan jurusan kesusasteraan di Universidad Centroamericana "José Simeón Cañsebagai" (UCA) di San Salvador. Pada 1994 dia dianugerahkan Maria Moors Cabot Prize daripada Universiti Columbia kerana meningkatkan kebebasan akhbar dan pemahaman inter-Amerika.

Abang Funes terbunuh semasa Perang Saudara San Salvador.Anak lelaki tertuanya, Alejandro Funes Velasco, (27 tahun) mati selepas diserang penjenayah Morocco di Paris, Perancis, ketika belajar fotografi.