Pergi ke kandungan

Perang China-Jepun Kedua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang China-Jepun Kedua
Sebahagian daripada tempoh antara perang dan teater Pasifik dalam Perang Dunia II
Mengikut arah jam dari kiri atas:
Tarikh18 September 1931 – 7 Julai 1937
(Perang tempatan) (5 tahun, 9 bulan dan 19 hari)
7 Julai 1937 - 9 September 1945
(Perang keseluruhan) (8 tahun, 2 bulan dan 2 hari)
Lokasi
Keputusan Cina mendapat kemenangan
Perubahan
wilayah
China memulihkan semua wilayah yang hilang kepada Jepun sejak Perjanjian Shimonoseki
Pihak yang terlibat

Republik China China

 Jepun Menyerah diri
Rejim Boneka Jepun:
Komandan dan pemimpin

Komander utama lain:

Komander utama lain:
Kekuatan

Republik China (1912–49) 14,000,000 tentera

4,100,000 tentera

[11]:314
Kerugian dan korban
  • Nasionalis Cina:
    • Data rasmi ROC:
      • 1,319,958 korban
      • 1,761,335 cedera
      • 130,116 hilang
      • Jumlah: 3,211,409[12][13]
    • Anggaran lain:
      • 3,000,000–4,000,000+ tentera dibunuh dan hilang
      • 500,000 ditangkap[14][15]
  • Jumlah: 3,211,000–10,000,000+ tentera korban[15][16]
  • Komunis China:
    • Data rasmi PRC:
      • 160,603 tentera korban
      • 290,467 cedera
      • 87,208 hilang
      • 45,989 diracun matii
      • Jumlah: 584,267 tentera korban[17]
    • Anggaran lain:
  • Jumlah:
    • 3,800,000–10,600,000+ tentera korban selepas Julai 1937 (tidak termasuk Manchuria dan kempen Burma)
    • 1,000,000+ ditangkap[14][15]
    • 266,800–1,000,000 diracun mati[14][15]
  • Jepun:
    • Data perubatan Jepun:
      • 455,700[18]–700,000 tentera korban[19][a]
      • 1,934,820 cedera dan hilang[20]
      • 22,293+ ditangkap[b]
      • Total: 2,500,000+ tentera korban (1937 hingga 1945 tidak termasuk Manchuria dan Kempen Burma)
  • Negeri boneka dan rakan usaha:
    • 288,140–574,560 dibunuh
    • 742,000 cedera
    • Anggaran pertengahan: 960,000 korban dan cedera[21][16]
  • Jumlah:
  • c. 3,000,000–3,600,000 tentera korban selepas Julai 1937 (tidak termasuk Manchuria dan kempen Burma)[c]
Jumlah korban:
15,000,000[22]–22,000,000[13]
  1. ^ Jumlah ini tidak termasuk Jepun yang dibunuh oleh tentera China dalam kempen Burma dan tidak termasuk Jepun yang dibunuh di Manchuria.
  2. ^ Tidak termasuk lebih daripada 1 juta yang telah dilucutkan senjata berikutan penyerahan Jepun
  3. ^ Termasuk korban tentera boneka Jepun. Jumlah tol gabungan berkemungkinan besar sekitar 3,500,000: 2.5 juta orang Jepun, mengikut rekod mereka sendiri, dan 1,000,000 kolaborator.
Perang China-Jepun Kedua
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional抗日戰爭
Tulisan Cina Ringkas抗日战争
Nama alternatif
Tulisan Cina Tradisional抗戰
Tulisan Cina Ringkas抗战
Second alternative Chinese name
Tulisan Cina Tradisional八年抗戰
Tulisan Cina Ringkas八年抗战
Third alternative Chinese name
Tulisan Cina Tradisional十四年抗戰
Tulisan Cina Ringkas十四年抗战
Fourth alternative Chinese name
Tulisan Cina Tradisional第二次中日戰爭
Tulisan Cina Ringkas第二次中日战争
Fifth alternative Chinese name
Tulisan Cina Tradisional(日本)侵華戰爭
Tulisan Cina Ringkas(日本)侵华战争
Japanese name
Kanji
  • 支那事変
  • 日支戦争
  • 日中戦争
Hiragana
  • しなじへん
  • にっしせんそう
  • にっちゅうせんそう
Katakana
  • シナジヘン
  • ニッシセンソウ
  • ニッチュウセンソウ

Perang China-Jepun Kedua (7 Julai 1937–9 September 1945) atau juga dikenali sebagai Perang Menentang Jepun ialah perang utama antara Republik China dan Empayar Jepun sebelum dan semasa Perang Dunia kedua. Walaupun kedua-dua pihak telah menyerang satu sama lain, mulai dari tahun 1931, perang telah berlaku secara besar-besaran pada tahun 1937 dan hanya diakhiri dengan penyerahan Jepun pada tahun 1945. Pencerobohan ini dirancang Tentera Empayar Jepun dengan tujuan untuk menguasai China.

Sebelum tahun 1937, kedua-dua pihak telah melancarkan serangan yang digelar "peristiwa." Penaklukan Manchuria oleh Jepun pada tahun 1931 dikenali sebagai "Peristiwa Mukden". 'Peristiwa' terakhir pada tahun 1937 yang dikenali sebagai Peristiwa Jambatan Marco Polo menandakan permulaan peperangan antara kedua-dua negara. Sejak dari tahun 1937 hingga tahun 1941, China melawan tanpa bantuan. Selepas Serangan Pelabuhan Mutiara, perang ini menjadi salah satu medan utama dalam Perang Dunia II. Malah, ia perang terbesar bergolak di benua Asia terakam sepanjang abad kedua puluh dari segi skala.[23]


Fakta-fakta Perang

[sunting | sunting sumber]

Di negara China, Perang China-Jepun Kedua dikenali sebagai Perang Menentang Jepun (Cina Tradisional: 抗日戰爭, Cina Ringkas: 抗日战争, pinyin: Kàng Rì Zhànzhēng), atau Perang Penentangan 8 tahun (八年抗戰), atau lebih ringkas lagi, Perang Penentangan (抗戰).

Di Jepun, perang itu dinamai Perang Jepun-China (日中戦争, Nicchū Sensō) untuk memberikan nada berkecuali. Ketika perang bermula pada Julai 1937 dekat Beijing, kerajaan Jepun menggunakan nama Peristiwa China Utara (北支事変, Hokushi Jihen) tetapi dengan meletusnya perang, mereka menggunakan nama Peristiwa China (支那事変, Shina Jihen).

Perkataan peristiwa (事変, jihen) digunakan oleh Jepun kerana kedua-dua pihak belum mengisytiharkan perang antara satu sama lain. Jepun ingin mengelakkan campur tangan negara barat seperti Britain dan terutamanya Amerika Syarikat yang merupakan pengeksport utama besi kepada Jepun. Presiden Roosevelt akan mengenakan sekatan disebabkan Akta Keberkecualian jika ia adalah perang. Dalam propaganda Diraja, pencerobohan China merupakan 'jihad' (seisen), langkah pertama untuk hakko ichi'u (lapan sudut di bawah satu bumbung). Pada tahun 1940, Perdana Menteri Konoe melancarkan Liga anggota Diet yang mempercayai matlamat Jihad. Apabila kedua-dua kerajaan China dan Jepun mengisytiharkan perang pada Disember 1941, nama peperangan digantikan dengan Perang Asia Timur Raya (大東亜戦争, Daitōa Sensō).

Walaupun kerajaan Jepun menggunakan frasa "Peristiwa Shina" dalam dokumen-dokumen rasminya kerana perkataan Shina dianggap sebagai perkataan menghina oleh China, media-media di Jepun sering memparafrasakannya dengan ungkapan-ungkapan lain seperti Peristiwa Jepun-China (日華事変 [Nikka Jihen], 日支事変 [Nisshi Jihen] yang digunakan oleh media sejak dari dekad 1930-an lagi.

Malah nama Perang China-Jepun Kedua biasanya tidak digunakan di Jepun kerana mengikut Jepun, perangnya dengan Empayar Qing (Perang China-Jepun Pertama; 日清戦争, Nisshin-Sensō) pada tahun 1894 langsung tidak berkait dengan perang ini.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Perang China-Jepun Kedua bermula dengan Perang China-Jepun I pada tahun 1894-95, dengan China di bawah Dinasti Qing dikalahkan oleh Jepun dan dipaksa menyerahkan Taiwan serta juga mengiktiraf 'kemerdekaan' Korea melalui Perjanjian Shimonoseki. Dinasti Qing berada dalam zaman kejatuhannya, akibat imperialisme barat serta pemberontakan dalaman, manakala Jepun menjadi kuasa besar melalui proses pemodenan yang berkesan.

Republik China ditubuhkan pada tahun 1912 selepas Revolusi Xinhai yang menggulingkan Dinasti Qing. Walau bagaimanpun, Republik tersebut adalah lemah, akibat penguasaan para hulubalang. Prospek menyatukan negara dan menghalau kuasa imperialis adalah tipis, dengan sesetengah hulubalang memihak kepada berbagai-bagai kuasa asing dalam usaha-usaha untuk menghapuskan satu sama lain. Umpamanya, hulubalang Zhang Zuolin dari Manchuria secara terbuka bekerjasama dengan Jepun supaya ingin menerima bantuan ketenteraan dan ekonomi.

Adalah semasa tempoh awal Republik China bahawa Jepun menjadi ancaman asing yang terbesar kepadanya. Pada tahun 1915, Jepun mengisytiharkan Dua Puluh Dua Tuntutan untuk melanjutkan kepentingan politik dan perdagangan di China. Selepas Perang Dunia I, Jepun mengambil alih lingkungan pengaruh Jerman di Shandong. China di bawah kerajaan Beiyang masih berpecah belah dan tidak berupaya menentang sebarang serangan asing sehingga pelancaran Ekspedisi Utara pada tahun 1926-28 oleh Kuomintang (KMT, atau Parti Nasionalis Cina), kerajaan pesaingnya yang berpusat di Guangzhou.

Ekspedisi Utara merentasi China dengan mudah sehingga disekat di Shandong apabila Zhang Zongchang, hulubalang Beiyang yang disokong oleh Jepun, cuba menghentikan Tentera Kuomintang daripada menyatukan China. Keadaan ini memuncak dengan Peristiwa Jinan pada tahun 1928 yang mengakibatkan pertempuran singkat antara tentera Kuomintang dengan tentera Jepun. Pada tahun yang sama, Zhang Zuolin, hulubalang Manchuria, dibunuh oleh Jepun apabila beliau enggan bekerjasama dengannya. Menyusul peristiwa-peristiwa ini, kerajaan Kuomintang di bawah Chiang Kai-shek akhirnya berjaya menyatukan China pada tahun 1928.

Tentera Jepun memasuki Shenyang semasa Peristiwa Mukden.

Walaupun demikian, banyak pertempuran antara China dan Jepun masih berlarutan dengan kebangkitan nasionalisme China yang memiliki salah satu maklumat Tiga Prinsip Rakyat yang bertujuan untuk menghapuskan imperialisme asing sama sekali dari China. Bagaimanapun, Ekspedisi Utara hanya dapat menyatukan China pada nama sahaja, dengan perang-perang saudara tercetus antara bekas hulubalang-hulubalang dan puak-puak Kuomintang. Tambahan pula, para komunis Cina memberontak terhadap kerajaan pusat. Kerana keadaan-kedadaan ini, kerajaan pusat China banyak mengalihkan perhatian mereka kepada perang-perang saudara dan mengikut dasar "pendamaian dalaman dahulu sebelum penentangan kuasa asing". Keadaan ini memberikan peluang yang mudah kepada Jepun untuk melanjutkan keganasannya.

Pada tahun 1931, tentera Jepun menyerang Manchuria sejurus selepas Peristiwa Mukden. Selepas lima bulan bertempur pada tahun 1932, negara boneka Manchukuo diasaskan dengan Puyi, maharaja terakhir China, dilantik sebagai ketua negara. Tidak berupaya mencabar Jepun secara langsung, China merayu kepada Liga Bangsa untuk bantuan. Penyiasatan Liga menerbitkan Laporan Lytton yang mengutuk Jepun untuk serangan Manchurianya, dan mengakibatkan Jepun menarik diri daripada pertubuhan antarabangsa tersebut. Sejak dari akhir dekad 1920-an dan pada sepanjang dekad 1930-an, dasar beralah merupakan dasar komuniti antarabangsa, dengan tiadanya sebarang negara yang rela mengambil pendirian yang aktif selain daripada celaan lemah. Jepun melihatkan Manchuria sebagai suatu bekalan bahan-bahan mentah yang tidak terhad serta juga sebagai sebuah negara penampan terhadap Kesatuan Soviet.

Pertempuran-pertempuran tidak henti-henti menyusul Peristiwa Mukden. Pada tahun 1932, askar-askar Cina dan Jepun bertempur dalam pertempuran singkat dalam Peristiwa 28 Januari. Perang itu menyebabkan penyahtenteraan Shanghai yang melarang China menempatkan sebarang askar di dalam bandar raya sendiri. Di Manchukuo, sebuah kempen berterusan dijalankan untuk menewaskan tentera sukarelawan yang muncul, akibat kekecewaan umum terhadap dasar ketaktentangan Jepun. Pada tahun 1933, Jepun menyerang wilayah Tembok Besar dan ekoran daripada pertempuran itu, Kedamaian Sementara Tanggu dimeterai yang memberikan Jepun penguasaan ke atas provinsi Rehe serta sebuah kawasan bebas tentera antara Tembok Besar dan wilayah Beiping-Tianjin. Jepun juga bertujuan untuk mencipta lagi sebuah wilayah penampan, kini antara Manchukuo dan Nanjing, ibu negara kerajaan Nasionalis Cina.

Selain itu, Jepun semakin mempergunakan pertikaian-pertikaian dalaman antara puak-puak Cina untuk mengurangkan kekuatan mereka satu demi satu. Oleh itu, walaupun beberapa tahun telah berlalu selepas Ekspedisi Utara, kuasa politik kerajaan Nasionalis masih hanya berkisar di sekitar wilayah Delta Sungai Yangtze, dengan wilayah-wilayah China yang lain pada dasarnya dipegang oleh kuasa-kuasa tempatan.

Jepun sering membayar atau mencipta hubungan khas dengan kuasa-kuasa wilayah supaya dapat menjejaskan usaha-usaha kerajaan pusat Nasionalis untuk menyatukan China. Untuk berbuat demikian, Jepun mencari-cari berbagai-bagai pengkhianat Cina untuk bekerjasama dan membantu mereka mengetuai sebilangan kerajaan "autonomi" yang menyokong Jepun. Dasar ini dipanggil "Pengkhususan" China Utara (Bahasa Cina: 華北特殊化; pinyin: húaběitèshūhùa), atau lebih dikenali sebagai "Gerakan Autonomi China Utara". Provinsi-provinsi utara yang terjejas oleh dasar ini ialah Chahar, Suiyuan, Hebei, Shanxi, dan Shandong.

Di bawah tekanan Jepun pada tahun 1935, China memeterai Perjanjian He-Umezu yang melarang Kuomintang (KMT) daripada menjalankan operasi partinya di Hebei dan secara berkesan, menamatkan penguasaan Cina terhadap China Utara. Pada tahun yang sama, Perjanjian China-Doihara dimeterai dan mengakibatkan KMT disingkirkan dari Provinsi Chahar. Dengan itu, kerajaan pusat Cina disingkirkan sama sekali daripada China Utara menjelang akhir tahun 1935. Sebagai ganti, Majlis Autonomi Hebei Timur (disokong oleh Jepun), dan Majlis Politik Hebei-Chahar diasaskan.

Untuk memahami kerumitan penglibatan Rusia, United Kingdom, dan Amerika Syarikat yang kemudian dalam Perang China-Jepun Kedua, alasan-alasan dan niat-niat yang mendasari penglibatan masing-masing dalam perang ini harus diperhatikan:

Jepun: Niat-niat Jepun adalah jelas: untuk mencipta kemakmuran Jepun melalui memperoleh sumber-sumber China untuk tujuan tersebut. Jepun tidak bertujuan untuk memerintah China secara langsung, tetapi ingin mengasaskan kerajaan-kerajaan boneka yang menyokong kepentingannya. Untuk mendukung matlamat-matlamatnya, Jepun harus menguasai banyak sumber semula jadi, seperti yang terdapat di Malaysia, Indonesia, dan Filipina yang ketika itu masing-masing dikuasai oleh Britain, Belanda, dan Amerika Syarikat.

China (Nationalis): China Nationalis mempunyai banyak matlamat: untuk menentang keganasan Jepun, menyatukan China di bawah sebuah kerajaan pusat, menghapuskan pengaruh asing dari China, menewaskan komunisme, serta juga untuk muncul semula sebagai sebuah negara yang kuat.

China (Komunis): Pihak komunis membiarkan tentera Nasionalis melakukan kebanyakan pertempuran dengan Jepun, sementara menjalankan perang gerila terhadap tentera Jepun. Parti Komunis Cina cuba mengelakkan sebarang pertempuran langsung dengan tentera Jepun kerana berharap dapat muncul daripada peperangan lebih kuat daripada tentera Nasionalis. Dengan itu, pihak komunis akan menjadi pemenang dalam pertempuran yang tidak dapat dielakkan dengan pihak Nasionalis untuk penguasaan China.

Kesatuan Soviet: Kesatuan Soviet membiarkan Jepun melampaui keupayaannya di China supaya ia dapat bertempur dengan tentera Jerman di Barat tanpa menurunkan banyak askar di Timur terhadap serangan Jepun yang mungkin. Tambahan pula, sebuah China yang dilemahkan akan membenarkan pihak komunis China berkembang dan akhirnya mengambil alih negara itu, dan memberikannya suatu sekutu yang berpotensi serta sebuah zon penampan terhadap dasar peluasan kuasa Barat dan Jepun.

United Kingdom: United Kingdom terpaksa bertempur dengan Jerman di Eropah sementara membenarkan China bertempur dengan Jepun sehingga menemui jalan buntu, kerana hendak mendapatkan lebih banyak masa untuk memperoleh semula tanah-tanah jajahan Pasifiknya di Malaysia kini, Burma, dan Singapura. Kebanyakan askar British dipergunakan untuk bertempur di Eropah dan oleh itu, tidak banyak yang dapat diturunkan dalam perang di Pasifik.

Amerika Syarikat: Amerika Syarikat umumnya mengamalkan dasar pemencilan sebelum serangan Pelabuhan Mutiara dan tidak ingin memprovokasi Jepun secara langsung. Menyusul kemasukan Amerika ke dalam Perang Dunia II, Amerika Syarikat harus menewaskan tentera Jepun di Pasifik sementara bertempur juga dengan tentera Jerman di Kancah Eropah. Keutamaannya adalah untuk menewaskan tentera Jerman terlebih dahulu. Amerika Syarikat memulakan kempen pelompatan dari pulau ke pulau untuk mencapai pangkalan-pangkalan yang cukup dekat dengan Jepun untuk menyokong serangan-serangan pengeboman dan akhirnya serangan langsung. Apabila tentera Jerman menyerah, perang di Timur harus ditamatkan dengan secepat mungkin tanpa banyak pengorbanan tentera Amerika Syarikat.

Adalah jelas ketika itu bahawa China Nasionalis menghadapi tugas yang amat sukar kerana sekutu-sekutunya memiliki kepentingan yang tidak semestinya sepadan dengan kepentingan China. Jika fakta-fakta ini diingati, sesetengah keputusan Pihak Berikat akan lebih mudah difahami.

Tokoh utama

[sunting | sunting sumber]

China: Pihak Nationalis

[sunting | sunting sumber]
  • Bai Chongxi (白崇禧)
  • Chen Cheng (陳誠, 陈诚)
  • Chiang Kai-Shek (蔣介石, 蒋介石)
  • Du Yuming (杜聿明)
  • Fang Xianjue (方先覺, 方先觉)
  • Feng Yuxiang (馮玉祥, 冯玉祥)
  • Gu Zhutong (顧祝同, 顾祝同)
  • He Yingqin (何應欽, 何应钦)
  • H. H. Kung (孔祥熙)
  • Hu Zongnan (胡宗南)
  • Li Zongren (李宗仁)
  • Long Yun (龍雲, 龙云)
  • Ma Zhanshan (馬占山)
  • Song Zheyuan (宋哲元)
  • Soong May-ling (宋美齡, 宋美龄)
  • T. V. Soong (宋子文)
  • Sun Lianzhong (孫連仲, 孙连仲)
  • Sun Liren (孫立人, 孙立人)
  • Tang Enbai (湯恩伯, lang|zh-s|汤恩伯)
  • Tang Shengzhi (唐生智)
  • Wang Jingwei (汪精衛, 汪精卫)
  • Wei Lihuang (衛立煌, 卫立煌)
  • Xue Yue (薛岳)
  • Yan Xishan (閻錫山, 阎锡山)
  • Xie Jinyuan (謝晉元, 谢晋元)
  • Ye Ting (叶挺)
  • Zhang Fakui (張發奎)
  • Zhang Zhizhong (張治中, 张治中)
  • Zhang Zizhong (張自忠, 张自忠)
  • Zhu Shaoliang (朱紹良)

China: Pihak Komunis

[sunting | sunting sumber]
  • Chen Yi (陳毅, 陈毅)
  • Deng Xiaoping (鄧小平, 邓小平)
  • He Long (賀龍, 贺龙)
  • Lin Biao (林彪)
  • Liu Bocheng (劉伯承, 刘伯承)
  • Liu Shaoqi (劉少奇, 刘少奇)
  • Luo Ronghuan (羅榮桓}}, 罗荣桓)
  • Mao Zedong (毛澤東, 毛泽东)
  • Nie Rongzhen (聶榮臻)
  • Peng Dehuai (彭德懷, 彭德怀)
  • Su Yu (粟裕)
  • Xu Xiangqian (徐向前)
  • Ye Jianying (葉劍英, 叶剑英)
  • Zhang Aiping (张爱萍)
  • Zhou Enlai (周恩來, 周恩来)
  • Zhu De (朱德)

Jepun: Tentera Empayar Jepun

[sunting | sunting sumber]
  • Maharaja Shōwa Hirohito
  • Anami Korechika (阿南 惟幾)
  • Abe Nobuyuki (阿部 信行)
  • Putera Asaka Yasuhiko
  • Putera Chichibu Yasuhito
  • Doihara Kenji (土肥原 賢二)
  • Putera Fushimi Hiroyasu (伏見宮博恭王)
  • Hashimoto Kingoro (橋本 欣五郎)
  • Hata Shunroku (俊六)
  • Putera Higashikuni Naruhiko
  • Honma Masaharu (本間 雅晴)
  • Isogai Rensuke (磯谷 廉介)
  • Ishii Shiro (石井四郎)
  • Itagaki Seishiro (板垣 征四郎)
  • Putera Kan'in Kotohito
  • Konoe Fumimaro (Kyūjitai: 近衞 文麿, Shinjitai: 近衛 文麿)
  • Kanji Ishiwara (石原 莞爾)
  • Koiso Kuniaki (小磯 國昭,小磯 国昭)
  • Matsui Iwane (松井 石根)
  • Nakajima Kesago (中島 今朝吾)
  • Nishio Toshizo (西尾 壽造, 西尾 寿造)
  • Mutaguchi Renya (牟田口 廉也)
  • Sakai Takashi (酒井 隆)
  • Sugiyama Hajime (杉山 元)
  • Putera Takeda Tsuneyochi
  • Terauchi Hisaichi (寺内 壽一, 寺内 寿一)
  • Tojo Hideki (東條 英機, 東条 英機)
  • Umezu Yoshijiro (梅津 美治郎)
  • Yamaguchi Tamon (山口 多聞)
  • Yamashita Tomoyuki (山下 奉文)
  • Okamura Yasuji (岡村 寧次)

Kerajaan Boneka

[sunting | sunting sumber]

Manchukuo

Mengjiang

  • Demchugdongrub

Majilis Autonomi Hebei Timur

  • Yin Ju-keng

Kerajaan Sementara Republik China

  • Wang Kemin 王克敏

Kerajaan Nasionalis Nanjing

  • Chen Gongbo 陈公博
  • Wang Jingwei 汪精卫
  • Zhou Fohai 周佛海

Tokoh asing yang menyebelahi China

[sunting | sunting sumber]
  • Alexander von Falkenhausen
  • Joseph Stilwell
  • Albert Coady Wedemeyer
  • Claire Chennault
  • Agnes Smedley
  • Edgar Snow
  • Norman Bethune
  • John Rabe
  • Jakob Rosenfeld
  • Morris Abraham "Two-Gun" Cohen
  • James Gareth Endicott
  • Dwarkanath Kotnis

Pertempuran dalam Perang China-Jepun Kedua

[sunting | sunting sumber]
  • Kempen Honan-Hupeh
  • Kempen Hunan Barat
  • Kempen-kempen Jepun dalam Perang Cina

Pertempuran

[sunting | sunting sumber]

Pertempuran dengan rencana. Bendera menunjukkan pihak pemenang, manakala tarikh menunjukkan permulaan, kecuali Changsa yang bermula pada Disember 1941.

  • Mukden, September 1931
  • Penjajahan Manchuria ,September 1931
    • Kempen Jiangqiao , Oktober 1931
      • Penentangan di Jambatan Nenjiang, November 1931
    • Operasi Chinchow, Disember 1931
    • Pertahanan Harbin, Januari 1932
  • Shanghai (1932), Januari 1932
  • Pengamanan Manchukuo, Mac 1932
    • Operasi Anti Penyamun Manchukuo, Mac 1932
  • Operasi Nekka, Januari 1933
    • Tembok Besar, Januari 1933
    • Pertempuran Rehe, Februari 1933
  • Aksi di Mongolia Dalam (1933-36)
    • Suiyuan, Oktober 1936
  • Pertempuran Jambatan Lugou (Peristiwa Jambatan Marco Polo), Julai 1937
  • Beiping-Tianjin, Julai 1937
  • Chahar, Ogos 1937
  • Pertempuran Shanghai, Ogos 1937
  • Operasi Landasan Keretapi Beiping–Hankou, Ogos 1937
  • Operasi Landasan Keretapi Tianjin–Pukou, Ogos 1937
  • Taiyuan, September 1937
    • Pertempuran Pingxingguan, September 1937
    • Pertempuran Xinkou, September 1937
  • Pertempuran Nanjing, Disember 1937
  • PertempuranXuzhou, Disember 1937
    • Pertempuran Taierzhuang, Mac 1938
  • Honan Utara dan Timur,1938, Januari 1938
    • Pertempuran Lanfeng, Mei 1938
  • Operasi Amoy, Mei 1938
  • Pertempuran Wuhan, Jun 1938
    • Pertempuran Wanjialing
  • Operasi Canton, Oktober 1938
  • Operasi Pulau Hainan, Februari 1939
  • Pertempuran Nanchang, Mac 1939
    • Pertempuran Sungai Xiushui, Mac 1939
  • Pertempuran Suixian-Zaoyang, Mei 1939
  • Operasi Swatow, Jun 1939
  • Pertempuran Changsha (1939), September 1939
  • Pertempuran Guangxi Selatan, November 1939
    • Pertempuran Genting Kunlun, Disember 1939
  • Serangan Musim Sejuk (1939-40), November 1939
    • Pertempuran Wuyuan, Mac 1940
  • Pertempuran Zaoyang-Yichang, Mei 1940
  • Serangan Seratus Rejimen, Ogos 1940
  • Ekspedisi Indochina, September 1940
  • Operasi Hopei Tengah, November 1940
  • Pertempuran Henan Selatan, Januari 1941
  • Operasi Hopei Barat, Mac 1941
  • Pertempuran Shanggao, Mac 1941
  • Pertempuran Shanxi Selatan, Mei 1941
  • Pertempuran Changsha (1941), September 1941
  • Pertempuran Changsha (1942), Januari 1942
  • Pertempuran Jalan Yunnan-Burma, Mac 1942
    • Pertempuran Yenangyaung
  • Pertempuran Zhejiang-Jiangxi, April 1942
  • Pertempuran Hubei Barat, Mei 1943
  • Pertempuran Buram Utara dan Yunnan Barat, Oktober 1943
  • Pertempuran Changde, November 1943
  • Pertempuran Henan-Hunan-Guangxi, April 1944
  • Pertempuran Changsha (1944), Ogos 1944
  • Pertempuran Guilin-Liuzhou, Ogos 1944
  • Pertempuran Hunan Barat, April - Jun 1945
  • Operasi Ribut Ogos, Ogos – September 1945

Pertempuran udara

[sunting | sunting sumber]
  • Pertempuran udara Perang China-Jepun Kedua

Serangan dan operasi terancang Jepun

[sunting | sunting sumber]
  • Serangan Sczechwan
  • Operasi Kuolichi-Taierhchuang
  • Operasi CHE-KIANG
  • Operasi Peiping-Hankow
  • Operasi Siang-Kwei
  • Operasi Canton-Hankow
  • Operasi Kiangsi-Fukien
  • Pendudukan Kwanchow-Wan
  • Operasi Laohokow
  • Operasi Chichiang
  • Pendaratan di Tsingtao

Serangan ke atas orang awam

[sunting | sunting sumber]
  • Pembunuhan beramai-ramai Nanjing
  • Pembunuhan beramai-ramai Sook Ching (terhadap Cina perantauan)
  • Pengeboman Chongqing
  • Peristiwa Shantung
  • Pertempuran Zhejiang-Jiangxi
  • Sanko sakusen
  • Serangan Senjata Kimia Changteh
  • Serangan senjata kuman Kaimingye
  • Serangan Udara Taihoku
  • Unit 731
  • Unit 100
  • Unit 516
  • Unit 1855
  • Unit 2646
  • Unit 8604
  • Unit 9420
  • Unit Ei 1644
  • Wanita keselesaan (comfort women)
Unit-unit penyelidikan khas Tentera Empayar Jepun
Unit 100 (Shenyang) | Unit 516 (Qiqihar) | Unit 543 (Hailar) | Unit 731 (Pingfang) / Unit 200 (Manchuria) / Unit 8604 atau Unit Nami (Guangzhou) | Unit 773 (Songo) | Unit Ei 1644 (Nanjing) | Unit 1855 (Nanjing) | Unit 2646 atau Unit 80 (Hailar) | Unit 9420 atau Unit Oka (Singapura)

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Hsiung, China's Bitter Victory, p. 171
  2. ^ David Murray Horner (24 July 2003). The Second World War: The Pacific. Taylor & Francis. m/s. 14–15. ISBN 978-0-415-96845-4. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2022. Dicapai pada 6 March 2011.
  3. ^ Hsiung (1992). China's Bitter Victory. Routledge. m/s. 79. ISBN 978-1-563-24246-5.
  4. ^ 八路军·表册 (dalam bahasa Cina). 中国人民解放军历史资料丛书编审委员会. 1994. m/s. 第3页. ISBN 978-7-506-52290-8.
  5. ^ 丁星, 《新四军初期的四个支队—新四军组织沿革简介(2)》【J】, 铁军, 2007年第2期, 38–40页
  6. ^ Hsiung, James C. (1992). China's Bitter Victory: The War With Japan, 1937–1945. New York: M. E. Sharpe publishing. ISBN 1-56324-246-X. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2022. Dicapai pada 5 October 2015.
  7. ^ Black, Jeremy (2012). Avoiding Armageddon: From the Great Wall to the Fall of France, 1918–40. A&C Black. m/s. 171. ISBN 978-1-441-12387-9.
  8. ^ RKKA General Staff, 1939 Diarkibkan 25 April 2016 di Wayback Machine. Retrieved 17 April 2016
  9. ^ Ministry of Health and Welfare, 1964 Diarkibkan 11 Mac 2016 di Wayback Machine Retrieved 11 March 2016
  10. ^ Jowett, m/s. 72.
  11. ^ Liu, Tinghua 刘庭华 (1995). 中国抗日战争与第二次世界大战系年要录·统计荟萃 1931–1945 (dalam bahasa Cina). Haichao chubanshe. m/s. 312. ISBN 7-80054-595-4.
  12. ^ Hsu Long-hsuen "History of the Sino-Japanese war (1937–1945)" Taipei 1972
  13. ^ a b Clodfelter, Micheal "Warfare and Armed Conflicts: A Statistical Reference", Vol. 2, pp. 956. Includes civilians who died due to famine and other environmental disasters caused by the war. Only includes the 'regular' Chinese army; does NOT include guerrillas and does not include Chinese casualties in Manchuria or Burma.
  14. ^ a b c "Rummel, Table 6A". hawaii.edu. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 October 2016. Dicapai pada 1 January 2017.
  15. ^ a b c d R. J. Rummel. China's Bloody Century. Transaction 1991 ISBN 0-88738-417-X.
  16. ^ a b c Rummel, Rudolph. "Estimates, Sources, and Calculations, July 1937 to August 1945". [[University of Hawaiʻi]] (GIF). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 December 2015. Dicapai pada 2023-06-17.
  17. ^ Meng Guoxiang & Zhang Qinyuan, 1995. "关于抗日战争中我国军民伤亡数字问题".
  18. ^ Chidorigafuchi National Cemetery Diarkibkan 16 September 2018 di Wayback Machine Retrieved 10 March 2016
  19. ^ 戦争: 中国侵略(War: Invasion of China) (dalam bahasa Jepun). 読売新聞社. 1983. m/s. 186. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2022. Dicapai pada 16 January 2017.
  20. ^ He Yingqin, "Eight Year Sino-Japanese War"
  21. ^ R. J. Rummel. China's Bloody Century. Transaction 1991 ISBN 0-88738-417-X. Table 5A
  22. ^ Ho Ping-ti, Studies on the Population of China, 1368–1953, Harvard University Press, 1953. p. 252
  23. ^ The Second Sino-Japanese War (1937-1945)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]