7 Mei
Penampilan
(Dilencongkan daripada Mei 7)
<< | Mei | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | |
2024 |
7 Mei merupakan hari ke-127 (hari ke-128 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 238 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Radio di Rusia dan Bulgaria.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1272 - Sesi pertama Majlis Lyon Kedua diadakan, antaranya untuk membincangkan janji Maharaja Byzantine Michael VIII Palaiologos untuk mengakhiri Perpecahan Timur-Barat dan menyatukan semula Gereja Timur dengan Barat.
- 1613 - Kerajaan Aceh menyerang Johor buat kali ke-4. Aceh menang dan berjaya menawan Bendahara Johor Tun Sri Lanang dan Raja Abdullah ibni Sultan Muzaffar Shah II.
- 1763 - Perang Indian: Ketua Pontiac (gambar) memimpin percubaan menawan Fort Detroit dan menghalau peneroka British, memulakan Pemberontakan Pontiac.
- 1824 - Persembahan perdana Simfoni No. 9 dalam D minor, simfoni lengkap terakhir Ludwig van Beethoven (gambar), dipentaskan di Theater am Kärntnertor, Vienna.
- 1915 - Perang Dunia Pertama: Kapal selam Jerman Unterseeboot 20 mentorpedo dan menenggelamkan kapal samudera RMS Lusitania (gambar), menyebabkan 1,198 orang maut.
- 1920 - Perang Poland-Soviet: Askar-askar Poland-Ukraine yang diketuai oleh Józef Piłsudski dan Edward Rydz-Śmigły menawan Kyiv, Ukraine.
- 1945 - Perang Dunia Kedua: Jeneral Alfred Jodl menandatangani dokumen penyerahan kalah kepada Pihak Berikat bagi pihak Reichspräsident Karl Dönitz di Reims, Perancis.
- 1952 - Konsep litar bersepadu, asas semua komputer moden, pertama kali diterbitkan oleh Geoffrey Dummer.
- 1960 - Perang Dingin: Pemimpin Soviet Nikita Khrushchev mengumumkan yang negaranya menahan Francis Gary Powers, juruterbang pesawat intip A.S. U-2 yang ditembak jatuh di ruang udara Kesatuan Soviet enam hari sebelumnya.
- 1992 - Bolak-Balik Angkasa Lepas terakhir NASA, Endeavour dilancarkan untuk misi pertamanya.
- 1999 - Presiden Guinea-Bissau João Bernardo Vieira digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera.
- 2009 - Penahanan pelarian paling dikehendaki Singapura Mas Selamat Kastari diumumkan polis Malaysia.
- 2010 - ICANN memperkenalkan kod negara antarabangsa pertama, membolehkan nama domain ditulis sepenuhnya dalam skrip bukan-Rumi.
- 2010 - Pilihan raya umum United Kingdom berkeputusan parlimen tergantung, dengan Parti Konservatif mendapat kerusi terbanyak.
- 2012 - Parti Demokrasi Baru mendapat kemajmukan dalam pilihan raya perundangan Greece.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1956 - Jan Peter Balkenende, seorang Perdana Menteri Belanda