4 Jun
Penampilan
(Dilencongkan daripada Jun 4)
<< | Jun | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | |||||
2025 |
4 Jun merupakan hari ke-155 (hari ke-156 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 210 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini merupakan Hari Kemerdekaan di Tonga (1970).
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/74/OsakaCastleM0783.jpg/140px-OsakaCastleM0783.jpg)
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/b3/SBD-3_Dauntless_bombers_of_VS-8_over_the_burning_Japanese_cruiser_Mikuma_on_6_June_1942.jpg/140px-SBD-3_Dauntless_bombers_of_VS-8_over_the_burning_Japanese_cruiser_Mikuma_on_6_June_1942.jpg)
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/18/ErupcionCaulle.jpg/140px-ErupcionCaulle.jpg)
- 1615 - Angkatan tentera di bawah Syogun Tokugawa Ieyasu menawan Istana kota Osaka (gambar) di Jepun.
- 1792 - Kapten George Vancouver menuntut Selat Puget di Barat Laut Pasifik untuk Kerajaan Great Britain.
- 1920 - Kerajaan Hungary dibahagikan kepada lima buah negara selepas pemeteraian Perjanjian Trianon di Paris.
- 1939 - Kapal laut Jerman SS St. Louis yang membawa 963 pelarian Holokus Yahudi dinafikan keizinan untuk berlabuh di Amerika Syarikat, selepas turut ditolak di Cuba.
- 1940 - Perang Dunia Kedua: Tentera Pihak Berikat yang menjaga Pemindahan Dunkirk menyerah, memberikan Jerman kemenangan taktik dalam Pertempuran Dunkirk.
- 1942 - Perang Pasifik: Pertempuran Midway (gambar) bermula dengan serangan besar-besaran Empayar Jepun ke atas Atol Midway.
- 1989 - Tentera Pembebasan Rakyat Republik Rakyat China bertindak keras terhadap bantahan Dataran Tiananmen di Beijing, menyebabkan sekurang-kurangnya 241 orang maut dan 7,000 cedera.
- 1989 - Selepas kematian Ruhollah Khomeini, Majlis Pakar melantik Ali Khamenei sebagai Pemimpin Agung Iran.
- 2010 - Naoto Kan menjadi Perdana Menteri Jepun selepas Yukio Hatoyama meletak jawatan.
- 2010 - Pihak berkuasa kesihatan Nigeria mengumumkan yang 163 orang telah maut akibat keracunan plumbum di Negeri Zamfara sejak Mac.
- 2011 - Gunung berapi Puyehue di Chile meletus (gambar), memaksa 3,500 penduduk dipindahkan.
- 2011 - Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh cedera dalam serangan terhadap istana presiden dan dipindahkan ke Arab Saudi untuk rawatan.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1738 - George III, Raja United Kingdom
- 1952 - Bronisław Komorowski, Presiden Poland ke-5
- 1971 - James Callis, pelakon Inggeris
- 1985 - Lukas Podolski, pasukan bola sepak Bayern Munich
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1876 - Abd-ul-Aziz, Sultan Empayar Uthmaniyyah
- 2013 - S. Shamsudin, seniman Melayu terkenal 1960-an.