27 Jun
Penampilan
(Dilencongkan daripada Jun 26)
<< | Jun | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | ||||||
2024 |
27 Jun merupakan hari ke-178 (hari ke-179 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 187 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Ras Kacuk di Brazil.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1785 - Sultan Ibrahim Shah bersama-sama 2,000 orang perajurit dari Pahang dan beberapa orang askar oleh Penggawa Permatang telah menyerang Belanda di Kuala Selangor pada waktu malam.
- 1846 - Kebuluran Besar (Ireland): Sebuah akhbar Ireland menonjolkan berita tentang hawar kentang yang baru.
- 1898 - Pelaut Joshua Slocum menyempurnakan pelayaran mengelilingi dunia solo yang pertama di atas sekocinya Spray, satu jarak melebihi 74,000 km.
- 1905 - Anak kapal kapal tempur Rusia Potemkin (gambar) memulakan dahagi terhadap pegawai mereka yang bersifat menindas.
- 1967 - Mesin juruwang automatik (ATM) elektronik yang pertama di dunia dipasang di Enfield Town, London, UK, oleh Barclays.
- 1979 - Muhammad Ali mengumumkan persaraannya daripada dunia tinju.
- 1986 - Dalam kes Nicaragua lwn. Amerika Syarikat, Mahkamah Keadilan Antarabangsa mendapati bahawa A.S. bersalah menyokong Contra.
- 1991 - Yugoslavia menyerang Slovenia, dua hari selepas pengisytiharan kemerdekaan Slovenia daripada Yugoslavia, memulakan Perang Sepuluh Hari.
- 2011 - Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran untuk Muammar Gaddafi, mendakwanya melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dalam perang saudara di Libya kini.
- 2013 - Kevin Rudd berjaya mencabar Julia Gillard sebagai ketua Parti Buruh, lalu menjadi Perdana Menteri Australia semula.
- 2013 - Tsakhiagiin Elbegdorj terpilih semula sebagai Presiden Mongolia.