16 April
Penampilan
(Dilencongkan daripada April 16)
<< | April | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | ||||
2024 |
16 April merupakan hari ke-106 (hari ke-107 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 259 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari juga merupakan Hari Emansipasi di Washington, D.C.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1746 - Angkatan Kerabat Hanover menewaskan Jacobite dalam Pertempuran Culloden di Culloden, Scotland, persemukaan terakhir Kebangkitan Jacobite.
- 1853 - Perkhidmatan Kereta Api India melancarkan perkhidmatan kereta penumpang kereta api pertama, antara Bombay dan Thane.
- 1912 - Harriet Quimby (gambar) menjadi wanita pertama berjaya terbang merentasi Selat Inggeris.
- 1917 - Vladimir Lenin kembali ke Petrograd dari Switzerland, dan menyertai gerakan Bolshevik di Rusia.
- 1943 - Ahli kimia Switzerland Dr. Albert Hofmann menemui kesan psikedelik dadah semisintetik LSD.
- 1947 - Bencana Bandaraya Texas: Beribu-ribu tan ammonium nitrat di pelabuhan Bandaraya Texas meletup, membunuh 581 orang.
- 1947 - Pembiaya dan penasihat presiden A.S. Bernard Baruch memerikan ketegangan pasca–Perang Dunia Kedua antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat sebagai "perang dingin".
- 1984 - Majlis Pengisytiharan Pulau Labuan sebagai Wilayah Persekutuan telah berlangsung di Pulau Labuan, Sabah. Pengisytiharan tersebut menjadikan Labuan sebagai Wilayah kedua bagi Malaysia diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan. Mahathir Mohamad yang mewakili Kerajaan Persekutuan dan Harris Salleh yang mewakili kerajaan Sabah telah menandatangani watikah pengisytiharan tersebut. Dalam amanat di majlis pengisytiharan tersebut, Mahathir mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sabah yang telah bersetuju menjadikan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.
- 2007 - Dalam antara kejadian penembakan terdahsyat di A.S., seorang lelaki membunuh 32 orang dan mencederakan 23 lagi di Institut Politeknik dan Universiti Negeri Virginia di Blacksburg, Virginia.
- 2012 - Taur Matan Ruak terpilih sebagai Presiden Timor Leste.
- 2012 - Jim Yong Kim terpilih sebagai Presiden Bank Dunia.
- 2013 - Satu gempa bumi bermagnitud 7.8 melanda Sistan dan Baluchestan, yang terkuat di Iran buat 40 tahun.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1927 - Paus Benedict XVI, seorang Paus
- 1927 - Paus Clement I, seorang Paus