2 Mac
Penampilan
(Dilencongkan daripada 2 Maret)
<< | Mac | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2024 |
2 Mac merupakan hari ke-61 (hari ke-62 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 304 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Maghribi 1956)
- Hari pertama Puasa 19 Hari (Kepercayaan Bahá'í).
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 986 - Louis V menjadi Raja Frank.
- 1791 - Perhubungan jarak jauh dipercepatkan dengan pengenalan mesin semafor di Paris.
- 1815 - Perjanjian Kandyan dimeterai oleh penjajah British dan Raja Sri Lanka.
- 1836 - Revolusi Texas: Di Washington, Republik Texas mengisytiharkan kemerdekaan daripada Mexico.
- 1855 - Alexander II menjadi Maharaja Rusia.
- 1865 - Perang Taranaki Kedua: Peristiwa Volkner di New Zealand.
- 1888 - Konvensyen Constantinople ditandatangani agar menjamin lalulintas kapal bebas melalui Terusan Suez tanpa mengira perang mahupun damai.
- 1903 - Di Bandar Raya New York, Hotel Martha Washington dibuka selaku hotel pertama yang hanya boleh diinap oleh kaum wanita.
- 1933 - Filem King Kong dibuka di Radio City Music Hall, New York.
- 1943 - Perang Dunia Kedua: Angkatan tentera udara Australia dan Amerika Syarikat menyerang dan memusnahkan (gambar) satu konvoi besar Tentera Laut Jepun di Laut Bismarck.
- 1953 - Anugerah Akademi disiarkan di televisyen buat julung kalinya oleh rangkaian NBC.
- 1956 - Maghribi mengisytiharkan kemerdekaan daripada Perancis.
- 1962 - Tentera pimpinan Jeneral Ne Win merampas kuasa di Burma.
- 1970 - Rhodesia diisytiharkan sebagai republik, sekaligus memutuskan saki-baki hubungannya dengan kerabat diraja British.
- 1972 - Penjelajah angkasa Pioneer 10 dilancarkan dari Cape Canaveral, Florida untuk menjalankan misi menjelajah planet yang lebih jauh.
- 1978 - Di atas Soyuz 28, Vladimír Remek dari Czechoslovakia menjadi orang pertama bukan dari Amerika Syarikat atau Kesatuan Soviet yang pergi ke angkasa lepas.
- 1962 - Wilt Chamberlain mencapai 100 mata dalam satu permainan bola keranjang, suatu rekod NBA yang masih kekal sehingga hari ini.
- 1989 - 12 negara Komuniti Eropah bersepakat untuk mengharamkan pengeluaran semua klorofluorokarbon (CFC) menjelang akhir abad ini.
- 1990 - Nelson Mandela dilantik sebagai Timbalan Presiden Kongres Kebangsaan Afrika.
- 1991 - Pertempuran di Medan Minyak Rumaila menandakan tamatnya Perang Teluk.
- 1992 - Moldova menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
- 1998 - NASA mengumumkan penemuan air, kemungkinan lautan masin di Europa (gambar), salah satu bulan planet Musytari.
- 2008 - Dmitry Medvedev dilantik menggantikan Vladimir Putin sebagai Presiden Rusia.
- 2009 - Presiden Guinea-Bissau João Bernardo Vieira dibunuh dalam satu serangan sekumpulan askar di kediaman peribadinya di Bissau.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1810 - Paus Leo XIII, Paus ke-257
- 1931 - Mikhail Gorbachev, seorang Presiden Kesatuan Soviet
- 1951 - Dean Barrow, Perdana Menteri Belize ke-6
- 1991 - Dalia Mubarak, penyanyi dan pelakon wanita Arab Saudi
- 1994 - Rani Ramadhany, pelakon wanita Indonesia.
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1985 - Runme Shaw disahkan meninggal dunia di Singapura pada usia 84 tahun setelah mengalami koma selama 2 setengah tahun akibat kemalangan jalan raya di Singapura.