"... bahawa dimorfisme seks ialah suatu perbezaan sistematik dalam pembentukan fizikal individu-individu yang berlainan jantina dari spesies yang sama?"
"... bahawa dalam Piala Tiger 1998, Indonesia dan Thailand didenda FIFA kerana tidak menunjukkan semangat kesukanan semasa saingan peringkat kumpulan?"
"... bahawa pemerintah pertama Dinasti Liao tidak mengistiharkan nama eranya sehinggalah selepas beberapa tahun?"
"... bahawa pemulihan ekologi berusaha memperbaharui dan memulihkan sistem ekologi dan habitat yang merosot, rosak atau musnah akibat campur tangan manusia?"
"... bahawa terdapat sebuah batu yang mempunyai lekuk seperti kesan tapak kaki sepanjang 1.8 meter di atas Puncak Adam?"
"... bahawa hampir semua perkhidmatan berita di dunia melanggan khidmat Reuters?"
"... bahawa istilah nabi palsu kadang kala digunakan di luar agama, untuk menjelaskan penaja teori saintifik, perubatan atau politik yang difikirkan pengarang frasa sebagai palsu?"
"... bahawa ulu jambia sering kali menunjukkan status masyarakat bagi pemiliknya?"
"... bahawa dwihuruf merupakan sepasang aksara yang digunakan untuk menulis satu fonem ataupun urutan fonem yang tidak sama dengan nilai biasa dua aksara berkenaan?"
"... bahawa kaedah tunjuk cara melihat kepada keupayaan pelajar untuk mengingat adalah lebih baik jika mereka membuat sesuatu sendiri berbanding sekadar mendengar atau melihat?"
"... bahawa teori kumpulan sering digunakan dalam matematik sebagai titik permulaan untuk kajian bagi banyak struktur algebra, dan juga untuk penambahan dan pendaraban nombor?"