Tumbuhan
Tumbuhan Julat zaman:
Kambria Awal sehingga sekarang | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | |
(tanpa pangkat): | |
Alam: | Plantae |
Divisi | |
Tumbuhan darat (embriofit)
|
Tumbuhan (Jawi: تومبوهن ; kata ganda: tumbuh-tumbuhan تومبوه-تومبوهن) merupakan salah satu alam hidupan eukariot yang terdapat di alam semesta dengan nama Plantae.
Tumbuh-tumbuhan mendapatkan tenaganya dari cahaya matahari dengan menjalankan proses fotosintesis melalui kloroplas lalu menghasilkan kanji. Udara, air, dan juga nutrien merupakan keperluan asas bagi setiap tumbuhan. Hidupan ini merangkumi semua benda hidup yang mampu menghasilkan makanan sendiri dengan menggunakan klorofil (zat hijau) untuk menjalankan proses fotosintesis. Sel tumbuhan berbeza dengan sel haiwan dalam beberapa segi termasuk sel tumbuhan mempunyai dinding sel.
Secara amnya tumbuhan dibahagikan kepada :-
Dari perspektif biologi, tumbuhan merujuk kepada organisma hidup dalam alam tumbuhan. Dalam penggunaan harian, ia mungkin tidak begitu tepat sebagaimana diterangkan di bawah.
Kesulitan dalam penakrifan
[sunting | sunting sumber]Istilah tumbuhan jauh lebih sukar untuk ditakrifkan dari anggapan biasa. Walaupun pakar botani menggambarkan Alam Tumbuhan, sempadan pentakrifan ahli Tumbuhan adalah lebih ketat dari definisi biasa tumbuhan. Kita cenderung untuk menganggap tumbuhan sebagai organisma multisel eukariotik yang biasanya tidak mempunyai organ deria atau pergerakan terkawal dan lengkap dengan akar, batang, dan daun. Bagaimanapun, secara botani hanya tumbuhan vaskular (vascular plant) mempunyai "akar, batang, dan daun", dan sesetengah tumbuhan vaskular, seperti tumbuhan kanivor dan pokok janggut nabi, tidak menepati istilah tersebut. Tetapi agar berlaku adil, tumbuhan vaskular adalah tumbuhan yang kita sering nampak setiap hari.
Istilah tumbuhan yang lebih luas adalah semua autotrof (autotroph) — iaitu, yang menghasilkan makanannya sendiri daripada bahan mentah bukan organik dan cahaya matahari. Ini adalah istilah yang manusahabah, dan yang menumpukan kepada peranan biasa tumbuhan dalam sistem ekologi. Bagaimanapun terdapat fotoautotrof (photoautotrophs) dalam Prokaryote, khususnya bakteria photoautotrophik dan cyanobacteria. Tumbuhan memerlukan pelbagai nutrien penting yang disesuaikan dengan fasa pertumbuhan tumbuhan, seperti vitamin, mineral, hormon, dan lain-lain[2]. Dalam pertanian komersil keperluan pemakanan tumbuhan dibekalkan oleh manusia melalui kejuruteraan bioteknologi, termasuk penggunaan baja[3].
Cyanobacteria kadang-kala (bersebab) dikenali sebagai alga biru-hijau. Kemudian terdapat masalah bahawa kebanyakan orang, termasuk botanis, memanggil cendawan (mushroom) sebagai tumbuhan, walaupun cendawan adalah badan berbuah (fruiting body) fungi (Alam Fungi), dan bukannya photoautotrophic sama sekali, tetapi saprophytic. Dan terdapat agak banyak spesies tumbuhan berbunga, fungi, dan bakteria yang merupakan parasit.
Sistem pengelasan biologi semasa (lihat cladistics) cenderung untuk memberi penekanan perkaitan genetik antara organisma sebagai asas pengelasan. Secara sempurna, taxon (atau clade) perlu monophyletik; semua organisma dalam taxon atau clade sepatutnya berkongsi leluhur tunggal, dan taxon atau clade sepatutnya merangkumi semua keturunan dari leluhur tunggal itu. Satu cara lain mentakrifkan Alam Tumbuhan adalah untuk menentukan samaada semua organisma dalam alam boleh dijejak kepada leluhur tunggal.
Kita tidak dapat memberikan jawapan yang pasti. Senarai ciri-ciri yang membezakan Tumbuhan (Plantae) daripada alam biologi lain memberikan sekurang-kurangnya takrifan teknikal. Masalah kekaburan atau persetujuan dalam istilah menggambarkan tumbuhan adalah pernyataan kefahaman (understanding statements), sering dijumpai dalam rencana Wikipedia, contohnya: ...xylem merupakan satu dari dua tisu pengangkutan dalam tumbuhan. Secara umum ia tidak boleh dianggap merangkumi semua tumbuhan, alga sehingga tumbuhan berbunga. Kemungkinan besar ia tidak merangkumi fungi atau bakteria. Sebenarnya, ia lebih selamat untuk menganggap perbincangan di atas merupakan tumbuhan vaskular (khususnya paku-pakis, konifer, tumbuhan berbunga, dan beberapa yang lain) kecuali disebut berlainan (contoh., ...dalam tumbuhan vaskular dan bukan vaskular seperti ini dan ini dan ini ).
Sistem pengelasan (lihat pengelasan saintifik) digunakan oleh para biologi untuk mengkatalog organisma yang hidup di bumi telah digunakan oleh beribu pakar sains yang meluangkan masa untuk melengkapkannya. Sistem ini direka agar "berkecuali", mentakrifkan perkaitan evolusi antara kesemua spesies berlainan (termasuk yang hanya dikenali melalui fosil). Tumbuhan adalah sebahagian daripada usaha pengelasan dan samaada menentukan "tumbuhan" secara meluas atau khusus, kita mesti memasukkan rujukan kepada sistem pengkelassan dalam kesemua usaha terpelajar untuk mendapatkan atau memberikan mamlumat mengenainya.
- Untuk tumbuhan sebagaimana ditakrifkan dalam Alam Tumbuhan lihat di bawah.
- Untuk alga secara umum, lihat alga atau rumpai laut (seaweed).
- Untuk mushrooms lihat cendawan atau fungi.
- Untuk tumbuhan bukan vaskular secara umum, lihat tumbuhan bukan vaskular.
- Untuk tumbuhan vaskular secara umum, lihat tumbuhan vaskular.
- Untuk tumbuhan koniferous lihat Pinophyta atau gymnosperm.
- Untuk tumbuhan berbunga lihat angiosperm.
Evolusi dan pengelasan Alam Tumbuhan
[sunting | sunting sumber]Alam tumbuhan Plantae (atau Viridaeplantae) adalah kumpulan monophyletik eukaryote (organisma dengan sel bernukleas (nucleated)). Lebih 60 jurai lineages utama eukaryotes telah dikenal pasti, kebanyakannya adalah bersel tunggal unicellular dan dikelaskan dalam alam paraphyletik Protista. Alam tumbuhan adalah kumpulan monophyletik mengandungi organisma eukaryotik yang melakukan fotosintesis menggunakan klorofil a dan b, menyimpan hasil fotosintesis sebagai kanji dalam kloroplas (chloroplasts) tempat ia dihasilkan, mempunyai kloroplast yang diikat oleh selaput berkembar double membrane, dan mempunyai dinding sel yang diperbuat dengan selulus (cellulose ). Alam ini mengandungi beberapa kumpulan alga hijau yang berevolasi dari leleuhur yang sama dengan tumbuhan hijau. Alga hijau mempunyai beberapa bentuk: flagellate, koloni, berjurai (filamentous), dan juga multiselular (multicellular) primitif. Kebanyakannya adalah haploid, tetapi yang lain menunjukkan generasi perantaraan (alternation of generations) antara haploid dan bentuk diploid, dikenali sebagai gametophyte dan sporophyte.
Dalam tempoh tertentu semasa Palaeozoik, tumbuhan multiselular, rumit (Embryophyte) mula muncul di daratan. Dalam bentuk baru ini, gametophyte dan sporophyte berubah bentuk dan fungsi yang amat berlainan, sporophyte kekal kecil dan bergantung kepada leluhurnya sepanjang tempoh hayatnya yang singkat. Kumpulan dalam organisasi aras ini, secara berkumpulan dikenali sebagai bryophytes, termasuk:
- Division Hepaticophyta (Marchantiomorpha), liverworts
- Division Anthocerotophyta, hornworts
- Division Bryophyta, lumut
Kesemua bentuk ini adalah kecil dan terhad kepada persekitaran lembab, bergantung kepada air untuk menyebarkan spora. Dalam tempoh Silurian, embryophytes baru muncul dengan adaptasi membolehkan mereka mengatasi had ini, yang mengalami radiasi perubahan besar-besaran dalam tempoh Devonian, menguasai daratan. Kumpulan ini biasanya mempunyai ketahanan kutikel (cuticle) kepada kekeringan (desiccation), dan mempunyai tisu vaskular, yang mengangkut air keseluruh organisma, dan dengan ini dikenali sebagai tumbuhan vaskular. Dalam kebanyakan tumbuhan ini, sporophyte bertindak sebagai individual terasing, dengan gametophyte kekal amat kecil. Taxa tumbuhan vaskular merangkumi:
- Division Lycopodiophyta (Lycopsida), lumut belantan club mosses
- Division Equisetophyta (Equisetopsida), horsetails
- Division Pteridophyta (Filicopsida), paku-pakis
- Psilotophyta (Psilotales), paku-pakis whisk
- Ophioglossophyta (Ophioglossales), adders-tongues, moonworts dan paku-pakis anggur grape-ferns
- Marattiopsida
- leptosporangiate atau paku-pakis sebenar "true ferns
Spermatophytes, atau tumbuhan berbiji benih (seed plants) merupakan kumpulan tumbuhan vaskular yang berpecah (diversified ) pada akhir Palaeozoic. Dalam bentuk ini, gametophytelah yang mengecut sepenuhnya, dan sporophyte muda memulakan kehidupannya dalam biji benih yang terbentuk pada pokok tua. Kumpulan spermatophytes yang masih hidup termasuk:
- Division Cycadophyta (siakas/sikad)
- Division Ginkgophyta (Ginkgo)
- Division Pinophyta (Conifers, Coniferophyta)
- Division Gnetophyta (Gnetae)
- Division Magnoliophyta (tumbuhan berbunga, Anthophyta)
Division ini dibahagikan kepada gymnosperms (empat yang pertama:benih terdedah naked seeds), dan tumbuhan berbunga atau angiosperms. Angiosperms adalah kumpulan tumbuhan terakhir muncul, ketika tempoh Jurassik, dengan perkembangan radiation utama dalam tempoh Cretaceous yang menyebabkan Angiosperms menjadi tumbuhan darat utama dalam kebanyakan biome.
Kategori tumbuhan
[sunting | sunting sumber]Tumbuhan vaskular sama ada herba atau berkayu. Tumbuhan berkayu selalunya pokok dengan satu atau beberapa batang dan dahan yang tumbuh jauh dari tanah, atau tumbuhan renek tanpa batang yang jelas, dan dahan yang hampir dengan permukaan tanah.
Tumbuhan saka vaskular mungkin malar hijau, daun kekal sepanjang tahun, atau luruh, meluruhkan daun pada musim luruh dalam setahun. Kebanyakan tumbuhan luruh, biasanya dijumpai di kawasan beriklim sederhana, dan sesetengah tumbuhan tropika dan subtropika meluruhkan daun mereka pada musim kemarau.
Tanaman juga dibahagikan menurut penggunaan ia dalam kehidupan manusia. Tanaman makanan termasuk buah, sayur-sayuran, herba, dan rempah.
Jangka hayat tumbuhan
[sunting | sunting sumber]Sebagai tambahan kepada pengelasan saintifik tumbuhan, atau pendekatan yang paling popular berasaskan sistem tersebut, terdapat juga pengelasan tumbuhan melalui cara lain yang akan dibincangkan di sini.
Tumbuhan jatuh dalam salah satu antara lima kumpulan berdasarkan jangka hayat ia.
- Tumbuhan efemeral - mempunyai dua kitar hidup dalam satu musim.
- Tumbuhan semusim - mempunyai satu kitar hidup untuk semusim atau dalam setahun
- Tumbuhan dwimusim - mempunyai dua kitar hidup dalam dua tahun. Kitar pertama adalah pertumbuhan tampang dan kitar kedua ialah pembiakan.
- Tumbuhan herba saka - tumbuhan herba yang hidup lebih dari dua tahun.
- Tumbuhan berkayu saka - tumbuhan berkayu yang hidup lebih dari dua tahun.
Struktur setiap kategori tumbuhan tersebut berbeza setiapnya dan hanya tumbuhan berkayu saka mempunyai kebolehan untuk meningkatkan ukur lilitnya pada tahun kedua dan seterusnya. Tumbuhan efemeral, semusim, dwimusim dan herba saka semuanya ialah herba iaitu ia mempunyai pertumbuhan lembut herba. Tumbuhan semusim tidak pergi untuk musim kedua, tetapi tumbuhan herba saka mempunyai strategi untuk terus hidup dari tahun ke tahun dengan kematian dan penghidupan pertumbuhan ia, dengan tambahan simpanan organ bawah tanah baru.
Maklumat tumbuhan umum
[sunting | sunting sumber]Kadar pertumbuhan tumbuhan amat berbeza, antara kurang dari 1 &mikro;m/h (contoh sesetengah lumut), kebiasaannya 25-250 µm/h dalam kebanyakan pokok, dan sehingga 12,500 µm/h dalam sesetengah spesies memanjat yang tidak perlu membazir tenaga untuk menghasilkan tisu penyokong yang keras (contoh Pueraria montana)
Jenis Tumbuhan, Pokok, Kulat & Alga
[sunting | sunting sumber]- Pokok
Tumbuhan ditakrifkan sebagai pokok apabila ia mempunyai akar, batang, dahan, ranting, dan daun. Secara am pokok-pokok boleh dikelaskan seperti berikut:
- Kulat dan Cendawan
Daftar tumbuhan berdasarkan kegunaan / nilai komersial
[sunting | sunting sumber]- Sayur-sayuran dan ulam-ulaman
- Pokok Bunga
- Pokok hiasan
- Buah-buahan
- Komoditi utama dan balak
- Pokok ubat-ubatan
- Pelbagai atau tanpa pengelasan
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Album
[sunting | sunting sumber]-
Borassus flabellifer
-
Buah pokok tal, Borassus flabellifer (orang tempatan panggil Thaati Munjelu) dijual di pasar di Guntur, India.
-
Akar kunyit
-
Ubi keledek, Ipomoea batatas, Maui Nui Botanical Garden
-
Pandanus amaryllifolius
-
Betik California
-
Carica papaya, kultivar 'Sunset'
-
Cymbopogon citratus, serai
-
Pachyrhizus erosus bulb-root. Situgede, Bogor, West Java, Indonesia.
-
Epal Fuji
-
Pucuk Sauropus androgynus
-
Buah kelapa Cocos nucifera
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Haeckel G (1866). Generale Morphologie der Organismen. Berlin: Verlag von Georg Reimer. m/s. vol.1: i–xxxii, 1–574, pls I–II, vol. 2: i–clx, 1–462, pls I–VIII.
- ^ http://myagri.com.my/2015/10/nutrisi-tanaman/
- ^ "8 Faktor ini Membuat Tanaman Tumbuh Melesat" [1]. www.ultrajmh.com. Dicapai pada 2017-09-14.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Bob, W. 2008. Plants: Their use, Management, Cultivation and Biology; A comprehensive guide. Ramsbury: The Crowood Press Ltd.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tumbuhan |