Gurun Gobi
Gurun Gobi (Говь ) | |
Gurun | |
Lanskap Gurun Gobi di Wilayah Ömnögovi, Mongolia
| |
Negara-negara | Mongolia, Republik Rakyat China |
---|---|
Aimag di Mongolia | Bayankhongor, Dornogovi, Dundgovi, Govi-Altai, Govisümber, Ömnögovi, Sükhbaatar |
Kawasan di China | Mongolia Dalam |
Julat | Pergunungan Govi-Altai |
Mercu tanda | Lembangan Nemegt |
Panjang | 1,500 km (932 mi), SE/NW |
Lebar | 800 km (497 mi), N/S |
Kawasan | 1,295,000 km2 (500,002 sq mi) |
The Gobi Desert terletak dalam wilayah Republik Rakyat China dan Mongolia.
|
Gurun Gobi (Bahasa Mongolia: [Говь, Govi] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), "separa gurun"; Cina: 戈壁(沙漠) Gēbì (Shāmò)) ialah sebuah kawasan gurun yang besar di Asia, yang meliputi bahagian-bahagian utara dan barat laut China, dan selatan Mongolia. Lembangan-lembangan gurun Gobi bersempadan dengan Pergunungan Altai serta padang rumput dan steppe Mongolia di utara, Koridor Hexi dan Penara Tibet di barat daya, dan Dataran China Utara di tenggara. Gurun Gobi terdiri daripada berbagai-bagai kawasan ekologi dan geografi yang berasaskan variasi iklim dan topografi. Gurun ini adalah yang kelima terbesar di dunia.
Gurung Gobi terkenal sekali dalam sejarah sebagai sebahagian wilayah taklukan Empayar Mongol yang hebat, serta tempat terletaknya kota-kota terpenting sepanjang Laluan Sutera. Gobi ialah sebuah gurun lindung hujan yang terbentuk oleh banjaran Himalaya yang menghalang awan pembawa hujan daripada melanda Gobi.
Geografi
[sunting | sunting sumber]Kawasan Gobi berukuran lebih 1,610 km (1,000 bt) dari barat daya ke timur laut, dan 800 km (497 bt) dari utara ke selatan. Gurun ini adalah paling luas di bahagian baratnya, berhubung dengan Tasik Bosten dan Lop Nor (87°-89° Timur). Gobi menduduki lengkok tanah seluas 1,295,000 km2 (500,002 bt2)[1], menjadikannya gurun terbesar di Asia dan kelima terbesar di dunia. Kebanyakan tanah Gobi bukan berpasir, sebaliknya disaluti batu gondol.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Wright, John W. (ed.) (2006). The New York Times Almanac (ed. 2007). New York, New York: Penguin Books. m/s. 456. ISBN 0-14-303820-6. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)CS1 maint: extra text: authors list (link)
Bacaan selanjutnya
[sunting | sunting sumber]- Cable, Mildred and French, Francesca (1943) The Gobi Desert London. Landsborough Publications, OCLC 411792
- Man, John (1997) Gobi: Tracking the Desert Yale University Press, New Haven, ISBN 0-300-07609-6
- Stewart, Stanley (2001) In the Empire of Genghis Khan: A Journey among Nomads HarperCollinsPublishers, London, ISBN 0-00-653027-3.
- Thayer, Helen (2007) Walking the Gobi: 1,600 Mile-trek Across a Desert of Hope and Despair Mountaineer Books, Seattle, WA, ISBN 978-1-59485-064-6
- Younghusband, Francis (1904) The Heart of a Continent John Murray