Pergi ke kandungan

Penyiaran radio

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Stesen radio)

Penyiaran radio ialah perkhidmatan penyiaran audio (bunyi) ke udara dalam bentuk gelombang radio (sebentuk sinaran elektromagnet) dari pemancar ke antena penerima. Stesen radio boleh dihubungkan dalam rangkaian radio untuk menyiarkan rancangan bersama, sama ada secara bersindiket atau siaran serentak. Penyiaran audio juga boleh dilakukan melalui FM kabel, rangkaian talian tempatan, satelit dan Internet.

Skema pemancaran dan penerimaan radio.

Jenis stesen radio yang paling dikenali adalah yang bersiaran melalui gelombang radio, terutama sekalo stesen AM dan FM, apalagi dibahagi kepada jenis-jenis penyiaran seperti komersil, awam dan bukan untung di samping juga stesen radio kampus dan radio hospital yang ditemui di negara maju.

Biarpun dikelubungi oleh radio edaran Internet, terdapat banyak stesen yang bersiaran melalui jalur gelombang pendek dengan menggunakan teknologi AM yang boleh diterima sejauh ribuan batu (lebih-lebih lagi pada waktu malam). Contohnya, BBC menyediakan intisari rancangan penuh yang dipancarkan melalui gelombang pendek. Siaran radio sedemikian amat mudah dipengaruhi keadaan atmosfera dan kegiatan matahari.

Selain itu, wujud juga pelbagai jenis stesen radio bukan penyiaran, termasuk stesen pangkal untuk rangkaian polis, bomba dan ambulans, stesen pangkal tentera, stesen pangkal hantaran untuk perkhidmatan teksi, lori, dan kurier, sistem penyiaran kecemasan, dan radio amatur.

Gelombang radio

[sunting | sunting sumber]

Gelombang pendek

[sunting | sunting sumber]

Gelombang pendek banyak digunakan untuk penyiaran antarabangsa oleh badan-badan penyiaran kebangsaan, pertubuhan agama, tentera dan lain-lain.

Stesen-stesen siaran radio AM (2006)

AM merupakan sistem penyiaran terawal yang dibangunkan. AM ialah singkatan bagi modulasi amplitud, iaitu kaedah menyiarkan gelombang radio dengan mengubah-ubah amplitud isyarat pembawa untuk membalas amplitud isyarat pemancar.

Kebanyakan negara menggunakan jalur frekuensi yang sama untuk pemancaran AM. Benua Eropah juga menggunakan jalur the gelombang panjang. Radio AM kini semakin pudar dan banyak memberi laluan kepada sistem FM. Gelombang AM biasanya dibangunkan mengikut daerah. Sebagai contoh di Malaysia Barat terdapat 16 stesen pemancar AM di seluruh daerah di Malaysia Barat. Antaranya, Kajang (Kuala Lumpu)r, Pulau Pinang, Kangar, Sungai Petani, Tronoh,(dekat Ipoh) Gerik, Johor Bahru, Melaka, Segamat, Batu Pahat, Mersing, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuantan, Kuala Lipis, Dungun dan Jerantut. Kuasa bagi pemancar AM ada yang 50 kw (Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Tronoh di Perak, manakala yang lainnya hanya kuasa 10 Kw. Radius pemancar AM 10 kw sekitar 45 Km radius manakala 50 kw sekitar 60 Km radius.

Kelebihan
[sunting | sunting sumber]

Salah satu kelebihan AM adalah isyarat ringkasnya boleh dikesan (dijadikan bunyi) dengan peralatan yang ringkas. Sekiranya isyarat cukup kuat, punca kuasa pun tidak perlu. Pada zaman awal radio, ramai kanak-kanak yang menceburi projek radio kristal. Satu lagi kelebihan AM adalah memerlukan lebar jalur yang lebih sempit berbanding FM.

Kelemahan
[sunting | sunting sumber]

Isyarat AM mudah terjejas oleh gangguan dari ribut elektrik (kilat) dan gangguan elektromagnet seumpamanya.

Pemancaran AM tidak boleh dirambatkan melalui ionosfera pada waktu siang kerana daya penyerapan yang kuat dalam lapisan D ionosfera. Dalam persekitaran saluran yang sesak, ini bermakna kuasa saluran-saluran setempat yang berkongsi satu frekuensi mesti dikurangkan pada waktu malam atau dipancarkan secara terus ke arah penerima untuk mengelakkan gangguan, biarpun boleh mengurangkan bilangan pendengar pada waktu malam. Sesetengah stesen menggunakan frekuensi yang tidak dikongsi dengan stesen lain di Amerika Utara, iaitu stesen saluran jelas (clear-channel station) yang selalunya boleh diperdengarkan di seluruh negara pada waktu malam. Pada waktu malam, ionosfera tidak lagi menyerap, sebaliknya membolehkan isyarat bersiaran ke jarak yang lebih jauh melalui pantulan ionosfera. Walaupun begitu, isyarat boleh menjadi lemah pada waktu malam dan ketika hujan. Pancaran gelombang juga mungkin terputus karena menara pemancar terkena kilat. Gelombang AM hanya dapat memberi siaran yg jelas hanya dalam radiusnya sahaja. Kawasan yang terkeluar dari radius akan mengalamagi gangguan yang ketara pada waktu hujan dan ribut petir dan pada waktu malam. Sebagai contoh, pemancar AM dari Johor Bahru hanya memberi liputan siaran yang baik bagi daerah Johor Bahru dan radius di bawah 60 km dari stesen pemancar. Daerah Kluang yang berada di luar kawasan liputan akan menerima siaran yang agak buruk pada waktu malam dan isyarat yang tidak menentu pada waktu siang. Walaupun Kluang berhampiran dengan Batu Pahat hanya 50 km dari Batu Pahat, tetapi stesen pemancar di Batu Pahat 10 Kwt hanya memeberi radius 45 km persegi tidak dapat memberi isyarat atau siaran di Kluang kerana jarak dengan stesen pemancar 50 km berada di luar kawasan liputan. Mulai tahun 1990, penutupan stesen pemancar AM di Malaysia dilakukan secara berperingkat setelah gelombang FM mula beroperasi. Mulai tahun 1994, semua stesen AM di Malaysia telah ditutup kecuali di Kuala Lipis masih menggunakan gelombang ini kerana perkhidmatan FM belum lagi digunakan. Hari ini, semua siaran radio di Malaysia telah menggunakan gelombang FM dan tiada lagi penggunaan gelombang AM.

Stesen-stesen siaran radio FM (2006)

FM ialah singkatan bagi modulasi frekuensi yang berfungsi melalui gelombang udara VHF dalam julat frekuensi 88 hingga 108 MHz di merata dunia (kecuali Jepun dan Rusia). Jepun menggunakan jalur 76 hingga 90 MHz. Rusia pula mewarisi dua jalur yang digunakan secara meluas oleh Kesatuan Soviet, iaitu 65.9 hingga 74 MHz dan 87.5 hingga 108 MHz. Stesen FM lebih laris di kawasan-kawasan yang lebih maju seperti Eropah dan Amerika Syarikat, khususnya memandangkan FM berkebolehan dari segi fideliti bunyi lebih tinggi dan siaran stereo.

Radio FM dicipta oleh Edwin H. Armstrong pada 1930-an khususnya untuk tujuan mengatasi masalah gangguan statik yang dialami oleh radio AM. Pada masa yang sama, pelebihan fideliti dicapai dengan menjauhkan lagi jurang minimum antara stesen dari 10 kHz ke 200 kHz. Contohnya, perbezaan antara frekuensi FM terendah di Malaysia, 87.5 MHz, dan kedua terendah, 88.3 MHz, ialah 200 kHz (0.2 MHz). Pelebaran jurang ini adalah untuk memanfaatkan ciri-ciri penyekat hingar dalam FM yang berjalur lebar.

Sebenarnya, 200 kHz tidak diperlukan untuk menampung isyarat audio; sebaliknya, cuma 20 kHz hingga 30 kHz diperlukan untuk isyarat FM berjalur sempit. Lebar jalur 200 kHz membolehkan sisihan isyarat ±75 kHz dari frekuensi yang ditetapkan, ditambah pula dengan jalur adang 20 kHz untuk menghapuskan gangguan saluran bersebelahan. Lebar jalur yang lebih besar membolehkan penyiaran isyarat audio berlebar jaluar 15 kHz dengan "subpembawa" stereo 38 kHz, iaitu isyarat gendong yang menumpang isyarat utama. Muatan lebihan yang tidak terpakai digunakan oleh sebilangan penyiar untuk memancarkan fungsi-fungsi utiliti seperti muzik latar untuk tempat awam, isyarat perantaraan GPS atau data pasaran kewangan.

Masalah gangguan waktu malam yang dialami radio AM diselesaikan dengan cara yang berbeza sekali. Ketika sistem FM dipasang dahulu, bilangan frekuensi yang disediakan dalam spektrum FM 100 kali lebih berbanding radio AM. Ini bermakna biarpun berkuasa lebih tinggi, namun liputan sesebuah isyarat FM tetap rendah berbanding AM, maka pasarannya lebih tertumpu pada setempat berbanding radio AM. Mutu penerimaan FM pada waktu malam sama dengan waktu siang.

Radio amatur

[sunting | sunting sumber]

Siaran radio amatur dikelola oleh pengendali radio bebas atau "ham", terutamanya sebagai hobi, dilesenkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan dan diberi pengenal.

Radio jalur antara penduduk

[sunting | sunting sumber]

Radio jalur antara penduduk (citizen band, CB) biasanya merupakan penyiaran tanpa lesen yang disiarkan melalui frekuensi yang ditetapkan khusus untuk kegunaan ini. Jenis radio ini selalu digunakan oleh pemandu lori untuk saling berhubungan.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • DXing.info - Maklumat stesen radio seluruh dunia
  • Radio-Locator - Pautan ke lebih 10,000 stesen radio di seluruh dunia