Habitat
Habitat (diakar Latin: habito "menempati, mendiami, menduduki"[1]) ialah tempat tinggal semula jadi khusus sesuatu spesis yang memenuhi keperluan makanan, tempat tinggal dan keselamatan kepada flora dan fauna sambil memenuhi ceruk hidup khususnya berbeza dari konsep ekologik lain seperti persekitaran atau vegetasi[2]. Contohnya hutan bakau perlu dikekalkan di sepanjang pantai kerana di sinilah ikan, udang, ketam dan burung-burung pantai tinggal, mengawan dan membiak.
Menurut Clements dan Shelford, habitat adalah lingkungan fisik yang ada di sekitar suatu spesies, atau populasi spesies, atau kelompok spesies, atau komunitas[3]. Dalam ilmu ekologi, bila pada suatu tempat yang sama hidup berbagai kelompok spesies (mereka berbagi habitat yang sama) maka habitat tersebut disebut sebagai biotop, juga merupakan istilah yang dapat dipakai untuk mendeskripsikan habitat.
Terdapat beberapa jenis habitat iaitu hutan rimba, hutan kecil, gurun, pergunungan, kolam, sungai, paya rawa, dan laut.[4] Kawasan padang rumput tertentu seperti pampas Kerucut Selatanadalah contoh suatu habitat. Habitat yang lebih luas seperti padang belantara atau hutan hujan dinamakan bioma merangkumi kelompok tumbuhan dan hiawan yang tinggal di suatu habitat pada suatu lokasi geografi tertentu.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "hăbĭto". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 376.
- ^ Krausman, Paul R.; Morrison, Michael L. (26 Jul 2016). "Another plea for standard terminology: Editor's Message". The Journal of Wildlife Management. 80 (7): 1143 1144. doi:10.1002/jwmg.21121. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-15. Dicapai pada 2023-06-07. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Clements, Frederic E.; Shelford, Victor E. (1939). Bio-ecology. New York: John Wiley & Sons. m/s. 425.
- ^ Ensiklopedia IPTEK: Ensiklopedia Sains untuk Pelajar dan Umum. Jakarta: Lentera Abadi. 2007. m/s. 436. ISBN 979-3535-05-9.