Pergi ke kandungan

Angka Cina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sistem angka
Sistem angka Hindu-Arab
Arab barat
Arab timur
Burma
India
Khmer
Mongol
Thai
Angka Asia timur
Batang pembilang
Cina
Jepun
Korea
Suzhou
Vietnam
Angka abjad
Abjad
Armenia
Āryabhaṭa
Cyril
Ge'ez
Ibrani
Yunani (Ionia)
Sistem lain
Aegean
Attic
Babylon
Brahmi
Etruscan
Inuit
Maya
Mesir
Quipu
Rom
Sumeria
Urnfield
Sistem kedudukan dengan asas
Perpuluhan (10)
1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 12, 16, 20, 30, 36, 60

Angka Cina ialah aksara yang digunakan untuk menulis nombor dalam bahasa Cina. Kini, penutur bahasa Cina menggunakan tiga sistem angka sekaligus, iaitu: sistem angka Arab yang digunakan di merata dunia, di samping dua sistem angka Cina yang wujud sejak zaman purba.

Salah satu daripadanya adalah sistem angka Suzhou atau huama, yang lama-kelamaan diambil tempat oleh sistem perangkaan Arab. Inilah satu-satunya variasi sistem angka pol yang masih wujud, itupun hanya laris digunakan di pasar-pasar China, seperti di Hong Kong sebelum 1990-an.

Satu lagi sistem angka Cina ialah sistem nombor bertulis yang masih dipakai ketika menulis nombor dalam bentuk panjang, seperti pada cek bank untuk mencegah pemalsuan. Sistem angka ini lebih kurang seakan-akan mengeja nombor dalam bahasa Melayu. Walaupun digolongkan sebagai sebahagian bahasanya, namun sistem aksara Cina tetap dikira sebagai sistem angka. Kebanyakan penutur bahasa Cina kini lebih mudah menggunakan sistem angka Arab.

Nombor bertulis

[sunting | sunting sumber]
Angka Cina dan Arab boleh wujud bersama, seperti pada penanda kilometer ini: 1620 km di Lebuhraya G209 (G二〇九)

Sistem angka aksara Cina terdiri daripada aksara Cina yang digunakan oleh penulisan bahasa Cina untuk menulis angka lisan. Tidak lain dengan nombor yang tereja dalam bahasa Melayu (cth., "seribu sembilan ratus empat puluh lima" untuk 1,945), angka Cina ini bukan berasingan dari sistem tulisan Cina. Memandangkan ia mencerminkan bahasa lisan, ia tidak menggunakan sistem kedudukan yang digunakan oleh angka Arab, begitu juga dengan pengejaan nombor dalam bahasa Melayu.

Aksara yang digunakan untuk melambangkan bilangan

[sunting | sunting sumber]

Nombor piawai

[sunting | sunting sumber]

Inilah aksara-aksara yang melambangkan angka sifar hingga sembilan, dan juga aksara-aksara lain yang melambangkan bilangan-bilangan lebih besar seperti puluh, ratus, ribu dan sebagainya. Angka Cina terdiri daripada dua peranggu berbeza, iaitu satu untuk penulisan seharian dan satu lagi untuk konteks perdagangan atau kewangan yang dikenali sebagai dàxiě (Cina ringkas: 大写Cina tradisional: 大寫). Dàxiě wujud kerana aksara-aksara yang biasa digunakan untuk menulis angka terlalu ringkas sehingga tidak mampu mencegah pemalsuan seperti yang dilakukan oleh pengejaan bilangan dalam bahasa Melayu. Pemalsu boleh mudah mengubah aksara seharian 三十 (30) kepada 五千 (5000) dengan menokok dua tiga lejang. Ini tidak boleh terjadi apabila dàxiě digunakan; bandingkan 叁拾 (30) dan 伍仟 (5000).

T menandakan aksara Tradisional, R menandakan aksara Ringkas.

Kewangan Biasa Nilai Pīnyīn Catatan
0 líng 〇 sering digunakan secara basahan untuk melambangkan sifar, tetapi 零 lebih kerap diajar di sekolah. 〇 bukan aksara Cina yang piawai, kerana aksara Cina tiada unsur bentuk bulat. Dalam Unicode, 〇 diterapkan sebagai lambang atau tanda baca Cina, bukan ideograf.
1 juga (kewangan, tetapi lapuk), tetapi mudah diherot menjadi 弍 (dua) atau 弎 (satu).
(T) atau
(R)
2 èr also (kewangan, tetapi lapuk), tetapi mudah diherot menjadi 弌 (satu) atau 弎 (tiga).
juga (T) atau (R), rujuk Characters with regional usage section.
(T) atau
(R)
3 sān also (kewangan, tetapi lapuk), tetapi mudah diherot menjadi 弌 (satu) atau 弍 (dua).
juga (T) atau (R) sān.
4 also (kewangan, tetapi lapuk), aksara Cina lainan bagi 肆, iaitu radikal 镸 dengan aksara 四. Bukan semua pelayar web mampu memaparkan aksara ini yang menganggtai CJK Unified Ideographs Extension A dalam Unicode.</ref>
5  
(T) or
(R)
6 liù  
7  
8  
9 jiǔ  
10 shí Ada yang menggunakan untuk tujuan kewangan, tetapi tidak digemari kerana mudah dimanipulasi menjadi 伍 (lima) atau 仟 (ribu).
100 bǎi  
1,000 qiān
(T)
(R)
104 wàn Bilangan Cina berkumpul secara puluh ribuan
rujuk bahagian Pembacaan dan penulisan bilangan di bawah.
(T)
亿 (R)
108 Lihat bahagian bilangan besar di bawah.

Aksara berkegunaan setempat

[sunting | sunting sumber]
Kewangan Biasa Nilai Pinyin (Mandarin) Bentuk piawai Catatan
1 yāo Ertinya adalah "terkecil". Digunakan dalam bahasa Mandarin untuk menyebut angka "1" dengan jelas dalam rantaian angka (seperti nombor telefon dan nombor pengenalan diri), kerana (一 yī) berima dengan tujuh (七 qī). Tidak digunakan dalam pengiraan atau pembacaan nilai. Di Taiwan, ia hanya digunakan oleh pihak tentera, polis, dan kecemasan. Tidak digunakan dalam bahasa Kantonis selain 十三幺 (peranggu kemenangan istimewa) dalam permainan mahjong.
(T)
(R)
2 liǎng Cara alternatif yang amat kerap digunakan untuk menyebut "2", tetapi kegunaannya berbeza-beza sesama loghat ataupun individu. Cth: dalam bahasa Mandarin, "2222" boleh dibaca "二千二百二十二", "兩千二百二十二" ataupun "兩千兩百二十二". Lihat bahagian Pembacaan dan penulisan bilangan di bawah.
10 Dalam pertuturan bahasa Kantonis, ketika 十 digunakan di tengah-tengah bilangan, menyusuli pekali dan disusuli oleh angka sa, 十 menjadi 呀 (aa6), e.g. 六呀三, 63. Tidak digunakan dalam bahasa Mandarin.
atau 廿 20 niàn 二十 Bentuk tulisannya masih digunakan dalam penulisan tarikh, khususnya tarikh kalendar tradisi Cina.
Bentuk lisannya masih dipakai dalam sesetengah loghat Cina. Lihat bahagian Pembacaan dan penulisan bilangan di bawah.
Dalam bahasa Kantonis, 廿 (jaa6) harus diikuti oleh angka sa 1-9 (e.g. 廿三, 23), atau ungkapan seperti 廿幾 ("dua puluh berapa"); tidak digunakan secara bersendirian untuk memaksudkan 20.
Bentuk lainan jarang digunakan.
30 三十 Bentuk tulisannya masih digunakan untuk menyingkatkan tarikh dalam bahasa Cina. Cth. Gerakan 30 Mei (五卅運動).
Bentuk lisannya masih dipakai dalam sesetengah loghat Cina. Lihat bahagian Pembacaan dan penulisan bilangan di bawah.
40 四十 Bentuk lisannya masih dipakai dalam sesetengah loghat Cina, itupun jarang sekali.
200 二百 Jarang sekali digunakan, misalnya dalam judul karya Bi Song Lou 《皕宋樓》.

Bilangan besar

[sunting | sunting sumber]

Bagi aksara angka yang lebih besar daripada (10,000), terdapat juga empat sistem yang digunakan pada zaman silam dan moden:

Aksara (T) Faktor tokokan
Aksara (S) 亿
Pinyin zhào jīng gāi ráng gōu jiàn zhēng zài
Alternatif /
1 105 106 107 108 109 1010 1011 1012 1013 1014 Setiap angka adalah 10 (十 shí) kali yang sebelumnya.
2 108 1012 1016 1020 1024 1028 1032 1036 1040 1044 Setiap angka adalah 10,000 (萬 wàn) kali yang sebelumnya.
3 108 1016 1024 1032 1040 1048 1056 1064 1072 1080 Setiap angka adalah 108 (萬萬 wànwàn) kali yang sebelumnya.
4 108 1016 1032 1064 10128 10256 10512 101024 102048 104096 Setiap angka adalah kuasa dua yang sebelumnya.

Dalam bahasa Cina moden, hanya sistem kedua yang digunakan untuk menyebut bilangan. Walaupun 兆 (zhào) diselubungi pertikaian nilai sebenarnya, namun nilai 1012 laris diterima oleh kebanyakan masyarakat berbahasa Cina dan juga Jepun dan Korea.

Misalnya, 兆 (zhào) yang asalnya bererti 1012, tetapi juga digunakan untuk 106 dalam bidang teknologi maklumat baru-baru ini (khususnya di tanah besar China). Untuk mengelakkan masalah yang timbul akibat kekeliruan ini, kerajaan Republik Rakyat China tidak sesekali menggunakan aksara ini dalam persuratan rasmi, sebaliknya menggunakan 万亿 (wànyì). (Kerajaan Republik China di Taiwan pula sentiasa menggunakan 兆 (zhào) untuk memaksudkan 1012 dalam persuratan rasminya.)

Pinjaman bahasa Sanskrit

[sunting | sunting sumber]

Angka-angka yang menjangkaui 載 (zài) berasal daripada kitab agama Buddha yang berbahasa Sanskrit, tetapi paling kerap ditemui dalam catatan zaman silam.

Aksara (T) Aksara (R) Pinyin Nilai Catatan
1048 Erti harfiahnya "teramat"
恆河沙 恒河沙 héng hé shā 1052 Ertinya "Pasir Gangga"; metafora yang diilhamkan oleh butir-butir pasir dalam sungai Ganges.
阿僧祇 ā sēng qí 1056 Dari Asaṃkhyeya
那由他 nà yóu tā 1060 Dari Nayuta
不可思議 不可思议 bùkě sīyì 1064 Erti harfiahnya "tak terduga".
無量 无量 wú liàng 1068 Erti harfiahnya "tak terbilang"
大數 大数 dà shù 1072 Erti harfiahnya "bilangan besar"

Bilangan kecil

[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah aksara-aksara yang digunakan untuk menyatakan peringkat magnitud dalam bahasa Cina bersejarah. Semenjak pengenalan unit SI, sesetengahnya telah diterapkan sebagai awalan SI, manakala yang lain menjadi lapuk.

Aksara (T) Aksara (R) Pinyin Nilai Catatan
10−12 (Cina Kuno)

bersamaan dengan awalan SI piko.

miǎo 10−11 (Cina Kuno)
āi 10−10 (Cina Kuno)
chén 10−9 (Cina Kuno)

(T) atau (R) bersamaan dengan awalan SI nano.

shā 10−8 (Cina Kuno)
qiān 10−7 (Cina Kuno)
wēi 10−6 masih dipakai, bersamaan dengan awalan SI mikro.
10−5 (Cina Kuno)
10−4 (Cina Kuno)
háo 10−3 juga .

masih dipakai, bersamaan dengan awalan SI mili.

1/100 juga .

masih dipakai, bersamaan dengan awalan SI senti.

fēn 1/10 masih dipakai, bersamaan dengan awalan SI desi.

Awalan SI

[sunting | sunting sumber]
Awalan SI
Nilai Lambang BM Terjemahan awal Piawaian RRC Piawaian RC
1024 Y yota-   yáo yòu
1021 Z zeta-   jiē
1018 E eksa- ráng ài ài
1015 P peta- pāi pāi
1012 T tera- gāi tài zhào
109 G giga- jīng
106 M mega- zhào zhào 百萬 bǎiwàn
103 k kilo- qiān qiān qiān
102 h hekto- bǎi bǎi bǎi
101 da deka- shí shí shí
100 (tiada) sa   yāo
10−1 d desi- fēn fēn fēn
10−2 c senti-
10−3 m mili- háo háo háo
10−6 µ mikro- wēi wēi wēi
10−9 n nano- xiān nài
10−12 p piko- shā
10−15 f femto- chén fēi fēi
10−18 a ato- miǎo à à
10−21 z zepto-   jiè
10−24 y yokto-   yāo yōu

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]