Perang Punic Ketiga
| ||||||||||||||||||||||||||||||
Perang Punic Ketiga (149 SM hingga 146 SM) adalah perang ketiga dan terakhir yang berlaku di dalam Perang-perang Punic di antara bekas jajahan Phoenicia di Carthage, dengan Republik Rom. Perang-perang Punic mendapat namanya dari nama Rom purba bagi orang Carthage: Punici, atau Poenici.
Perang ini merupakan satu pertempuran dalam skala yang lebih kecil berbanding dua peperangan Punic sebelumnya. Ia terdiri dari satu pertempuran sahaja iaitu Pertempuran Carthage, yang menyebabkan kota Carthage musnah sepenuhnya, pendudukan wilayah Carthage yang selebihnya oleh Rom, dan kematian atau perhambaan ke atas keseluruhan rakyat Carthage. Perang Punic Ketiga juga menamatkan kewujudan kemerdekaan Carthage.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Dalam tahun-tahun antara Perang Punic Kedua dan Perang Punic Ketiga, Rom telah terlibat dengan penaklukan empayar Hellenistic di arah timur (lihat Perang-perang Macedonia, Perang Illyria, dan Perang Rom-Syria) dan dengan kejamnya menekan penduduk Hispania di barat, walau bagaimanapun sumbangan mereka adalah penting dalam membawa kejayaan kepada Rom dalam Perang Punic Kedua. Carthage, yang ditinggalkan sekutu dan wilayah yang dirampas (Sicily, Sardinia, Hispania), membayar pampasan yang besar dalam bentuk 200 talent perak yang mesti dibayar pada setiap tahun selama 50 tahun.
Pencetus peperangan
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 151 SM, Numidia telah melancarkan satu serbuan sempadan di tanahair Carthage, mengepung sebuah kota, dan menyebabkan Carthage melancarkan satu ekpedisi ketenteraan (25,000 tentera) bagi mengusir penceroboh Numidia. Akibatnya, Carthage mengalami kekalahan tentera yang memalukan dan didenda dengan tambahan hutang 50 tahun kepada Numidia. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, Rom menunjukkan ketidak senangan mereka atas keputusan Carthage untuk melancarkan perang ke atas jirannya tanpa pengetahuan Rom, dan memberitahu Carthage bahawa bagi mengelakkan perang ia harus “memuaskan Rakyat Rom”.
Pada tahun 149 SM, Rom mengistiharkan perang ke atas Carthage. Carthage membuat beberapa siri cubaan untuk memenuhi tuntutan Rom, dan menerima janji sekiranya 300 orang kanak-kanak Carthage dihantar ke Rom, Carthage akan kekal memiliki hak-haknya ke atas tanah dan pemerintahan sendiri. Meskipun semua ini dilakukan, kota-kota sekutunya iaitu Utica membelot kepada Rom, dan tentera Rom seramai 80,000 orang berkumpul di sini.[1] Para Consul kemudian menuntut agar Carthage menyerahkan semua senjata dan perisai. Selepas kesemua ini diserahkan, Rom menambah agar rakyat Carthage bergerak sekurang-kurangnya 10 batu ke pedalaman, sementara kota pula dibakar. Apabila rakyat Carthage mendengar perkara ini, mereka meninggalkan rundingan dan serta merta kotanya dikepung, memulakan Perang Punic Ketiga.
Carthage dikepung bermula pada sekitar 149 SM sehingga musim bunga pada 146 SM, apabila Scipio Aemilianus mengambil alih kota dengan serbuan. Meskipun rakyat Punic melawan dengan gagah berani, mereka secara berperingkat diundurkan oleh pasukan besar tentera Rom dan dimusnahkan.
Kejadian selepas perang
[sunting | sunting sumber]Ramai rakyat Carthage mati akibat kebuluran semasa tempoh terakhir pengepungan, sementara yang lain mati semasa enam hari terakhir perang. Apabila perang tamat, sisa 50,000 penduduk Carthage, satu bahagian kecil daripada jumpa asal penduduk sebelum perang, sepertimana nasib yang biasa berlaku kepada penduduk kota-kota yang dijarah, dijual dalam perhambaan oleh para penakluk.[2] Kota ini secara sistematik dibakar selama 10 hingga 17 hari; tembok-tembok kota, bangunan dan pelabuhannya juga dimusnahkan sepenuhnya.
Wilayah Carthage selebihnya diduduki oleh Rom dan disusun kembali menjadi wilayah Rom di Afrika. Tapak Carthage telah dibina semula dan didedikasi sebagai sebuah kota Rom oleh Julius Caesar dan kemudian menjadi salah satu dari kota-kota utama di Rom Afrika pada zaman Empayar.
Tentera Rom kemudian menabur kota dengan garam bagi memastikan tiada apapun yng dapat tumbuh di sana lagi dan hampir dipastikan dengan ciptaan kurun ke-19.[3] Kisah-kisah sezamannya menunjukkan tanah di sekitar Carthage telah diistiharkan ager publicus dan ia dikongsi antara petani tempatan, Rom dan Itali. Afrika Utara kemudian menjadi satu sumber bijirin penting kepada penduduk Rom. Roman Carthage adalah pusat pengangkutan bekalan utama ke ibu negara. Fakta bahawa kebergantungan Rom terhadap bijirin Afrika Utara sepantas yang ia lakukan selepas penaklukan Carthage menjadikan sebarang idea bahawa Rom telah memusnahkan ladang-ladang Carthage adalah meragukan.
Sejumlah kota-kota penting Carthage, seperti di Mauretania, diambil alih dan dibina semula oleh Rom. Antara contoh kota-kota yang dibina semula adalah Volubilis, Chellah dan Mogador. Volubilis, sebagai contoh, adalah sebuah kota Rom yang terletak berdekatan sempadan paling barat ditakluk Rom. Ia telah dibina di tapak yang dahulunya adalah penempatan Carthage, tetapi penempatan ini di atas habitat awal neolitik.[4] Utica, kota Punic yang mana telah menukar kesetiaan pada awal pengepungan, menjadi ibu negara wilayah Afrika Rom.[1]
Pada Januari 1985, Ugo Vetere, datuk bandar Rome, dan Chedly Klibi, datuk bandar Carthage, telah menandatangani satu pakatan simbolik persahabtan dan kerjasama, "secara rasminya" menamatkan konflik antara bandar-bandar mereka.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Scullard, pages 310 and 316
- ^ Scullard, Howard Hayes: A History of the Roman World, 753 to 146 BC. Routledge, 2002, page 316. ISBN 0-415-30504-7
- ^ Ridley, R.T., "To Be Taken with a Pinch of Salt: The Destruction of Carthage," Classical Philology vol. 81, no. 2 (1986).
- ^ C.Michael Hogan, Volubilis, Megalithic Portal, ed. A. Burnham (2007)
- ^ New York Times Retrieved 15 September 2008