Kereta perisai
Kereta berperisai adalah sebuah kenderaan tempur beroda, lebih ringan berbanding kenderaan tempur berperisai lain, dan dilengkapi dengan perisai dan persenjataan bagi tujuan mempertahankan diri krewnya. Kenderaan beroda berbilang gandar lain boleh jadi agak besar, dan sebenarnya lebih hebat berbanding beberapa kenderaan berunut bersaiz kecil segi perisai dan persenjataan.
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Kereta berperisai merupakan sejenis kenderaan tempur berperisai yang beroda (dari empat ke lapan tayar besar luar jalan) dan tidak runut Caterpillar (Caterpillar track), dan biasanya perisai tipis. Kereta berperisai lazimnya lebih murah dan mempunyai kelajuan dan jarak yang lebih hebat berbanding kenderaan tentera berlandasan. Kebanyakannya tidak dibuat untuk pertempuran berat; biasanya digunakan untuk peninjauan, perintah, kawalan dan perhubungan. Ada juga yang menggunakan cesi kereta berperisai untuk menggerakkan (atau menarik) pelbagai roket jarak-jauh, peluru berpandu atau meriam mortar melalui kawasan berbahaya sambil melindungi keselamatan pekerja. Namun sesetengah kereta berperisai memang dibuat bertujuan untuk bertempur, kerap kali mengiringi konvoi untuk melindungi kenderaan lain. Mereka biasanya dilengkapkan dengan mesingan, meriam automatik (autocannon), atau meriam kereta kebal kecil.
Di permulaan abad ke-20, banyak kenderaan berperisai tentera dibuat dengan menambah perisai dan senjata pada kenderaan sedia ada: traktor berperisai, kereta berperisai, malah kereta api berperisai. Kebanyakan rekaan awal menggunakan cesi kereta besar dan kemudian badan yang diperbuat dari plat keluli diletakkan.
Kereta berperisai banyak digunakan dalam tugas menjaga keamanan atau keselamatan dalaman. Penampilannya tidak mengancam seperti kereta kebal, manakala saiz dan pengendaliannya lebih serasi dengan kawasan bandar yang direka untuk kenderaan beroda.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Sumber
[sunting | sunting sumber]- Crow, Duncan, and Icks, Robert J., Encyclopedia of Armored Cars, Chatwell Books, Secaucus, NJ, 1976. ISBN 0-89009-058-0.