Vitamin C
Data klinikal | |
---|---|
Nama lain | L-ascorbic acid |
Kategori kehamilan |
|
Kaedah pemberian | mulut |
Kod ATC | |
Status perundangan | |
Status perundangan |
|
Data farmakokinetik | |
Bioketersediaan | cepat dan lengkap |
Pengikatan protein | sedikit sahaja |
Penyingkiran separuh hayat | bergantung kepada kepekatan plasma, juga boleh sedia ada dalam tempoh 30 minit hingga seminggu bergantung kepada penyimpanan dalam badan |
Perkumuhan | renal atau ginjal |
Pengecam | |
| |
Nombor CAS | |
PubChem CID | |
DrugBank | |
Nombor E | E300 (antioksidan, ...) |
CompTox Dashboard (EPA) | |
ECHA InfoCard | 100.000.061 |
Data kimia dan fizikal | |
Formula | C6H8O6 |
Jisim molar | 176.14 g/mole |
Ketumpatan | 1.694 g/cm3 |
Takat lebur | 190 hingga 192 °C (374 hingga 378 °F) mengurai |
Takat didih | 553 °C (1,027 °F) |
(verify) |
Vitamin C atau asid askorbik (asid L-askorbik atau L-askorbat) merupakan sejenis zat nutrien terpenting yang diperlukan oleh manusia dan beberapa spesies haiwan tertentu, dan juga merupakan salah satu dari jenis-jenis vitamin utama. Dalam keperluan organisme hidup, askorbat adalah sejenis bahan bersifat anti-pengoksidaan, kerana dilihat mampu menjaga badan manusia melawan tekanan oksidatif.[1] Ia juga merupakan kofaktor dalam sekurang-kurangnya lapan tindak balas enzim, termasuk tindak balas sintesis beberapa jenis kolagen yang boleh menjadi penyebab simptom kegagalan penerimaan Vitamin C seperti penyakit kancing gigi.[2] Bagi haiwan, tindak balas ini adalah penting untuk menyembuhkan luka serta mengelakkan berlaku pendarahan pada kapilari dan pembuluh darah.
Sumber pemakanan
[sunting | sunting sumber]Sumber tumbuhan
[sunting | sunting sumber]Tumbuhan biasanya merupakan sumber terbaik vitamin C, namun jumlah Vitamin C di dalam makanan berasaskan tumbuhan adalah bergantung kepada spesies tumbuhan tersebut, keadaan tanah, suhu dan iklim pertumbuhan tanaman, tempoh masa tuaian, keadaan penyimpanan dan langkah penyediaan.[3]
Jadual dibawah secara menunjukkan anggaran kadar Vitamin C di dalam sumber tumbuhan mentah.[4][5][6] Jumlah anggaran Vitamin C yang diberikan adalah dalam bentuk milligram dalam setiap 100 gram sampel tumbuhan yang ditimbang:
Sumber tumbuhan | Jumlah (mg / 100g) |
---|---|
Plam kakadu | 3100 |
Camu camu | 2800 |
Pinggul mawar | 2000 |
Acerola | 1600 |
Seabuckthorn | 695 |
Jujube | 500 |
Buah melaka | 445 |
Baobab | 400 |
Cili padi | 244 |
Anggur hitam | 200 |
Cili kembung | 190 |
Cili merah | 144 |
Parsli | 130 |
Jambu batu | 100 |
Buah kiwi | 90 |
Brokoli | 90 |
Loganberi | 80 |
Kismis merah | 80 |
Kubis Brussel | 80 |
Goji | 73 † |
Laici | 70 |
Beri awan | 60 |
Beri sulung | 60 |
Pisang kaki | 60 |
† purata 3 sumber; kering
Sumber tumbuhan | Jumlah (mg / 100g) |
---|---|
Betik | 60 |
Strawberi | 60 |
Buah oren | 50 |
Kale | 41 |
Lemon | 40 |
Melon, cantaloupe | 40 |
Kubis bunga | 40 |
Bawang putih | 31 |
Limau gedang | 30 |
Raspberi | 30 |
Tangerin | 30 |
Limau mandarin | 30 |
Buah markisa | 30 |
Bayam | 30 |
Kubis mentah hijau | 30 |
Limau | 30 |
Mangga | 28 |
Beri hitam | 21 |
Kentang | 20 |
Tembikai susu | 20 |
Kranberi | 13 |
Tomato | 10 |
Beri biru | 10 |
Nanas | 10 |
Betik | 10 |
Sumber tumbuhan | Jumlah (mg / 100g) |
---|---|
Anggur | 10 |
Aprikot | 10 |
Plum | 10 |
Tembikai | 10 |
Pisang | 9 |
Lobak merah | 9 |
Avokado | 8 |
Crabapple | 8 |
Pisang kaki - segar | 7 |
Ceri | 7 |
Pic | 7 |
Epal | 6 |
Asparagus | 6 |
Ubi bit | 5 |
Chokecherry | 5 |
Pear | 4 |
Salad | 4 |
Mentimun | 3 |
Terung | 2 |
Kismis | 2 |
Buah tin | 2 |
Bilberry | 1 |
Melon tanduk | 0.5 |
Medlar | 0.3 |
Sumber haiwan
[sunting | sunting sumber]Kebanyakan spesies haiwan dan tumbuhan mampu menghasilkan vitamin C sendiri, maka sesetengah (bukan semua) keluaran haiwan boleh dijadikan sumber pemakanan vitamin C. Walau bagaimanapun manusia, primat, tikus belanda dan kelawar tidak dapat menghasilkan Vitamin C secara semulajadi kerana mutasi yang berlaku pada gen GULO (gulonolaktona oksidase) dalam sistem badan mereka mengakibatkan ketidakmampuan tubuh mereka menghasilkan protein. GULO normal adalah enzim yang menjadi pemangkin kepada tindak balas D-glucuronolactone dengan oksigen terhadap L-xylo-hex-3-gulonolactone. Tindak balas spontan ini sekaligus menghasilkan Asid Askorbik semulajadi (Vitamin C). Walau bagaimanapun tanpa enzim GULO, tiada vitamin C dapat dihasilkan.
Terdapat pro dan kontra dalam kemampuan penghasilan asid askorbik semulajadi dalam tubuh haiwan. Ketidakmampuan penghasilan Vitamin C oleh tubuh manusia tidak melanggar faktor pemilihan semulajadi atau natural selection, oleh itu kita boleh mengambil lebih banyak Vitamin C dalam diet. Terdapat juga beberapa pandangan bahawa organisma tanpa fungsi gen GULO mampu "mengitar semula" Vitamin C yang mereka perolehi dari diet menggunakan sel darah merah mereka.[9]
Vitamin C banyak dihasilkan di dalam hati dan kurang dihasilkan dalam otot. Namun sejak otot dijadikan sumber utama bahan daging bagi penggunaan diet makanan harian manusia Barat, produk haiwan tidaklah lagi merupakan sumber vitamin yang terpenting. Vitamin C juga terdapat dalam susu ibu, tetapi tidak terdapat dalam susu lembu mentah.[10]
Terdapat kajian 2008 yang mendakwa kejayaan menghasilkan Vitamin C dalam tikus.[11]
Semua lebihan Vitamin C yang tidak digunakan oleh badan akan disingkirkan melalui sistem ginjal dan dibuang melalui air kencing.
Jadual yang berikut menunjukkan kandungan relatif vitamin C dalam pelbagai jenis makanan berasaskan haiwan yang diberikan dalam milligram jumlah vitamin C dalam setiap 100 gram sampel makanan:
Sumber haiwan | Jumlah (mg / 100g) |
---|---|
Hati anak lembu (mentah) | 36 |
Hati Lembu (mentah) | 31 |
Tiram (mentah) | 30 |
Telur ikan kod (goreng) | 26 |
Hati Babi (mentah) | 23 |
Otak kambing (rebus) | 17 |
Hati Ayam (goreng) | 13 |
Sumber haiwan | Jumlah (mg / 100g) |
---|---|
Hati anak biri-biri (goreng) | 12 |
Kelenjar adrenal anak lembu (mentah) | 11[12] |
jantung anak biri-biri (panggang) | 11 |
Lidah anak biri-biri (stu) | 6 |
Susu ibu (segar) | 4 |
Susu kambing (segar) | 2 |
Susu unta (segar) | 5[13] |
Susu lembu (segar) | 2 |
Penyediaan makanan
[sunting | sunting sumber]Vitamin C mengurai dalam keadaan tertentu, terutamanya ketika memasak makanan. Ketepuan vitamin C dalam pelbagai bahan makanan beransur berkurangan seimbang dengan suhu tempat simpanannya,[14] jadi pemasakan boleh mengurangkan kira-kira 60% kandungan vitamin C dalam sayur-sayuran kerana pemusnahan enzim mendadak yang lebih menjadi sekitar takat didih.[15] Makin lama memasak, makin banyak juga vitamin yang hilang, begitu juga dengan bekas makanan buatan tembaga yang memangkinkan penguraian.[16]
Vitamin C juga boleh hilang apabila ia melarut dalam air masakan yang kemudiannya dibuang begitu sahaja tanpa pengunaan yang berterusan. Bagaimanapun, vitamin C tidak melarut lesap dalam semua sayuran pada kadar yang sama. Kajian menunjukkan bahawa brokoli mampu mengekalkan lebih banyak vitamin C berbanding sayur-sayur lain.[17] Kajian juga menunjukkan bahawa buah-buahan yang baru dipetik tidak kehilangan nutrien penting apabila disimpan dalam peti sejuk selama beberapa hari.[18]
Vitamin C sebagai makanan tambahan
[sunting | sunting sumber]Vitamin C banyak diambil oleh pengguna sebagai makanan tambahan[19] yang boleh diperolehi dalam bentuk kaplet, tablet, kapsul, paket pra-campuran minuman, rumusan multi-vitamin, rumusan antioksidan berganda serta serbuk hablur. Versi keluaran bermasa juga turut disediakan, seperti rumusan berbioflavonoid seperti kuersetin, hesperidin dan rutin. Saiz tablet dan kapsul biasanya berukuran dari 25 mg hingga 1500 mg. Vitamin C (Asid Askorbik) kristal biasanya terdapat dalam sediaan botol yang mengandungi 300 g hingga 1 kg serbuk (satu camca vitamin C kristal bersamaan 5,000 mg).
Sintesis industri
[sunting | sunting sumber]Vitamin C dihasilkan dari glukosa melalui dua kaedah utama. Kaedah pertama adalah Proses Reichstein yang dibangunkan pada 1930-an di mana proses pra-penapaian digunakan sekali diikuti oleh kaedah berkimia semata-mata. Kaedah kedua adalah proses penapaian moden dua langkah yang dibangunkan di China pada 1960-an; di mana penapaian tambahan digunakan sebagai ganti kepada peringkat kimia selanjutnya. Kedua-dua proses menghasilkan kira-kira 60% vitamin C dari suapan glukosa.[20]
Pengeluaran vitamin C sintesis sedunia kini dianggarkan pada 110,000 ton setahun. Antara pengeluar utamanya termasuk BASF/Takeda, DSM, Merck dan China Pharmaceutical Group Ltd. China semakin menjadi pembekal utama dunia kerana harganya juah lebih rendah daripada pengeluar AS dan Eropah.[21] Pada tahun 2008, hanya kilang DSM di Scotland yang masih beroperasi di luar persaingan harga yang sengit dari China.[22] Harga vitamin C sedunia naik mendadak pada tahun 2008 disebabkan peningkatan harga makanan asas serta jangkaan penutupan dua kilang China di Shijiazhuang dekat Beijing sewaktu berlangsungnya Sukan Olimpik di Beijing.[23]
Penguatan vitamin
[sunting | sunting sumber]Health Canada menilai kesan penguatan makanan berabsorbat dalam dokumen panduan, "Addition of Vitamins and Minerals to Food" (Penambahan Vitamin dan Zat Galian dalam Makanan), 2005.[24] Health Canada mengkategorikan abskorbat sebagai ‘nutrien Risiko Kategori A’, yakni nutrien ini ditetapkan had maksimum pengambilannya tetapi membenarkan batas pengambilan yang luas walaupun batas keselamatannya sempit, tetapi kesan buruk kritikalnya tidak serius. Health Canada mengesyorkan bahawa makanan mengandungi minimum 3 mg atau 5% RDI boleh dianggap sebagai sumber Vitamin C, serta penguatan maksimum 12 mg (20% RDI) untuk diakui sebagai "sumber yang terbaik."[24]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Padayatty S, Katz A, Wang Y, Eck P, Kwon O, Lee J, Chen S, Corpe C, Dutta A, Dutta S, Levine M (2003). "Vitamin C as an Antioxidant: evaluation of its role in disease prevention" (PDF). J Am Coll Nutr. 22 (1): 18–35. PMID 12569111.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaUKFSA Risk
- ^ "The vitamin and mineral content is stable". Danish Veterinary and Food Administration. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-14. Dicapai pada 26 Februari 2010.
- ^ "National Nutrient Database". Nutrient Data Laboratory of the US Agricultural Research Service. Dicapai pada 2007-03-07.
- ^ "Vitamin C Food Data Chart". Healthy Eating Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-05. Dicapai pada 2007-03-07.
- ^ "Natural food-Fruit Vitamin C Content". The Natural Food Hub. Dicapai pada 2007-03-07.
- ^ Chatterjee, IB (1973). "Evolution and the Biosynthesis of Ascorbic Acid". Science. 182 (118): 1271–1272. doi:10.1126/science.182.4118.1271. PMID 4752221.
- ^ Irwin Stone, PC-A (1979). "Eight Decades of Scurvy". Orthomolecular Psychiatry. 8, (2): 58–62.CS1 maint: extra punctuation (link)
- ^ Montel-Hagen, A., Kinet, S., Manel, N., Mongellaz, C., Prohaska, R., Battini, J.-L., Delaunay, J., Sitbon, M. & Taylor, N. (2008) Erythrocyte Glut1 Triggers Dehydroascorbic Acid Uptake in Mammals Unable to Synthesize Vitamin C. Cell. [Online] 132 (6), 1039–1048. Boleh dicapai pada: doi:10.1016/j.cell.2008.01.042 [Diakses pada: 31 Disember 2011].
- ^ Clark, Stephanie, Ph. D (8 Januari 2007). "Comparing Milk: Human, Cow, Goat & Commercial Infant Formula". Washington State University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-29. Dicapai pada 28 Februari 2007.
- ^ Li, Y.; Shi, C.-X.; Mossman, K.L.; Rosenfeld, J.; Boo, Y.C.; Schellhorn, H.E. (2008). "Restoration of vitamin C synthesis in transgenic Gulo-/- mice by helper-dependent adenovirus-based expression of gulonolactone oxidase. Human gene therapy". 19 (12): 1349–1358. Cite journal requires
|journal=
(bantuan);|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ Toutain, P. L. (November 1997). "Ascorbic acid disposition kinetics in the plasma and tissues of calves". Am J Physiol Regul Integr Comp Physiol. 273, (5, R1585–R1597): 1585. PMID 9374798. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)CS1 maint: extra punctuation (link) - ^ Mal. G. (2000) Indian Veterinary Journal; 77: 695-696
- ^ Roig, M. G.; Rivera, Z. S.; Kennedy, J. F. (1995). "A model study on rate of degradation of L-ascorbic acid during processing using home-produced juice concentrates". International Journal of Food Sciences and Nutrition. 46 (2): 107–115. doi:10.3109/09637489509012538. PMID 7621082.
- ^ Allen, MA,; Burgess, S. G. (1950). "The Losses of Ascorbic Acid during the Large-scale Cooking of Green Vegetables by Different Methods". British Journal of Nutrition. 4 (2–3): 95–100. doi:10.1079/BJN19500024. PMID 14801407.CS1 maint: extra punctuation (link)
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaOxford
- ^ G. F., Combs (2001). The Vitamins, Fundamental Aspects in Nutrition and Health (ed. 2nd). San Diego, CA: Academic Press. m/s. 245–272. ISBN 9780121834920.
- ^ Hitti, Miranda (2 Jun 2006). "Fresh-Cut Fruit May Keep Its Vitamins". WebMD. Dicapai pada 25 Februari 2007.
- ^ The Diet Channel: "Vitamin C is historically the first marketed pure single vitamin supplements, and remains perhaps the most widely known".
- ^ "The production of vitamin C" (PDF). Competition Commission. 2001. Dicapai pada 20 Februari 2007.
- ^ Patton, Dominique (20 Oktober 2005). "DSM makes last stand against Chinese vitamin C". nutraingredients. Dicapai pada 20 Julai 2007.
- ^ Starling, Shane (26 Jun 2008). "DSM vitamin plant gains green thumbs-up". Decision News Media SAS. Dicapai pada 25 Oktober 2010.
- ^ "Vitamin C: Distruptions to Production in China to Maintain Firm Market". Flexnews. 30 Jun 2008. Dicapai pada 25 Oktober 2010.
- ^ a b "Addition of Vitamins and Minerals to Food, 2005". Health Canada. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-17. Dicapai pada 25 Oktober 2010.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Pauling, Linus (1976). Vitamin C, the Common Cold, and the Flu. W H Freeman & Co. ISBN 0716703610. OCLC 2388395. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - Cameron, Ewan (1979). Cancer and Vitamin C. Pauling Institute of Science and Medicine. ISBN 0393500004. OCLC 5788147. Unknown parameter
|unused_data=
ignored (bantuan); Unknown parameter|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)CS1 maint: extra punctuation (link) - Clemetson, C.A.B (1989). Vitamin C. Boca Raton, Florida: CRC Press. ISBN 0-8493-4841-2. OCLC 165609070 17918592 Check
|oclc=
value (bantuan). Cite has empty unknown parameter:|coauthors=
(bantuan) Monograph - Volumes I, II, III.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Vitamin C Fact Sheet from the U.S. National Institutes of Health
- Templat:Pauling
- U.S. Patent 5,278,189 — "Prevention and treatment of occlusive cardiovascular disease with ascorbate and substances that inhibit the binding of lipoprotein (a)", Inventors: Matthias W. Rath and Linus C. Pauling
- vitamin C at United Kingdom Food Standards Agency
- Naidu KA (2003). "Vitamin C in human health and disease is still a mystery? An overview". Nutrition journal. 2: 7. doi:10.1186/1475-2891-2-7. PMC 201008. PMID 14498993.
- Vitamin C Requirements: Optimal Health Benefits vs Overdose — a moderate dose advocacy site
- Vitamin C information from U.S. MedlinePlus Health Information
- CS1 errors: access-date without URL
- Drugs with non-standard legal status
- E number from Wikidata
- ECHA InfoCard ID from Wikidata
- Infobox-drug molecular-weight unexpected-character
- Chemical articles with unknown parameter in Infobox drug
- Articles without EBI source
- Chemical pages without ChemSpiderID
- Articles without KEGG source
- Articles without InChI source
- Articles without UNII source
- Drugboxes which contain changes to watched fields
- CS1 errors: OCLC
- Antioksidan makanan
- Antioksidan pemakanan
- Asid gula
- Asid organik
- Perubatan ortomolekul
- Vitamin
- Koenzim
- Antidepresan
- Furon
- 2,5-Dihidrofuran
- Alkohol