Puncak Adam
Puncak Adam (Gunung Samanala) | |
---|---|
Sri Pada ශ්රී පාද Samanalakanda සමනළ කන්ද Sivanolipatha Malai சிவனொளி பாதமலை | |
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 2,243 m (7,359 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Sabaragamuwa (Sri Lanka) |
Induk banjaran | Samanala |
Puncak Adam (juga dikenali sebagai Gunung Adam; Sinhala Samanalakanda - සමනළ කන්ද "gunung rama-rama", Tamil Sivanolipatha Malai - சிவனொலி பாதமலை), berketinggian 2,243 meter (7,359 ka) terletak di tengah-tengah pulau Sri Lanka. Ia turut dikenali sebagai Sri Pada ("tapak kaki suci"), yang merujuk kepada kewujudan sebuah batu yang mempunyai lekuk seperti kesan tapak kaki sepanjang 1.8 meter di atas puncak gunung. Dalam fahaman penganut agama Buddha, kesan tapak kaki itu dianggap sebagai tapak kaki Buddha, manakala dalam tradisi Hindu ia dianggap sebagai kesan tapak kaki Dewa Siva dan bagi penganut Muslim, serta sesetengah penganut agama Yahudi dan Kristian ia dianggap sebagai kesan tapak kaki Nabi Adam a.s. ketika mula-mula baginda diturunkan ke bumi dari Syurga.[1]
Geografi
[sunting | sunting sumber]Gunung tersebut terletak di bahagian selatan bagi kawasan Pergunungan Tengah Sri Lanka, dalam daerah Ratnapura, Provinsi Sabaragamuwa - kira-kira 40 km timur laut bandar Ratnapura. Keseluruhan persekitaran kawasan ini merupakan hutan tebal berbukit, dengan tiada gunung yang mempunyai saiz yang agak sama. Kawasan / wilayah di sekekeliling gunung merupakan kawasan habitat simpanan bagi hidupan liar diantaranya gajah, harimau bintang dan beberapa species endemik yang lain.
Laluan
[sunting | sunting sumber]Bagi perjalanan untuk menemui gunung, seseorang pendaki harus melalui 6 laluan dakian (Ratnapura-Palabaddala, Hatton-Nallathanni, Kuruwita-Erathna, Murraywatte, Mookuwatte & Malimboda). Laluan Nallathanni & Palabaddala merupakan laluan dakian yang cukup popular. Jalan Kuruwita-Erathna kadang-kala juga turut popular. Manakala 3 laluan lain adalah jarang digunakan. Setiap laluan biasanya akan bertembung ke laluan dakian Palabaddala di pertengahan, dan kekal kepada 1 laluan sahaja untuk ke puncak. Perkhidmatan bas akan menghubungkan Nallanthanni ke Hatton, Palabaddala ke Ratnapura & Erathna ke Kuruwita. Agak susah untuk meneruskan perjalanan dalam hutan dengan hanya berjalan kaki sahaja. Kebanyakan dari penziarah hanya akan melalui perjalanan dengan jalan kaki dengan meggunakan laluan Hatton, dimana ini akan dapat mengurangkan lebih dari 5 kilometer, walaupun laluan ini mempunyai slop yang lebih besar berbanding laluan yang lain.
Tata nama
[sunting | sunting sumber]Berikutan gunung ini mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri bagi pelbagai kalangan masyarakat yang menetap di didalam wilayah dan di sekitar pergunungan, maka terdapat banyak terma yang digunakan untuk merujuk kepada tempat ini misalnya:-
Sri Pada, berasal dari bahasa Sanskrit, yang digunakan oleh Orang Sinhala dalam konteks keagamaannya. Nama ini turut difahami di Pāli, dan mungkin diterjemah secara kasar sebagai "tapak kaki suci". Ia dirujuk sebagai suatu kesan tapak kaki yang terdapat di puncak gunung ini, yang dipercayai adalah kesan tapak kaki pengasas ajaran Buddhism. Tradisi lain yang cukup terkenal dan popular adalah merujuk kepada kesan tapak kaki Nabi Adam a.s., manusia pertama yang diturunkan ke dunia oleh Allah, juga sebagai Nabi dan Rasul pertama buat penganut Muslim, Kristian dan Yahudi.
Shivanolipatha Malai dan Shiva padam adalah dua nama dalam bahasa Tamil yang mempunyai maksud yang serupa, tetapi kedua-duanya merujuk kepada kesan tapak kaki dewa Shiva dalam pandangan penganut Hindu, berbeza dengan pandangan penganut Buddha.
Nama gunung ini dalam bahasa Sinhala adalah Samanalakanda, yankni merujuk kepada dewa Saman, yang dikatakan pernah menetap di gunung ini suatu ketika dahulu, atau juga merujuk kepada rama-rama (samanalayā) yang sentiasa berkunjung ke gunung ini ketika musim migrasinya ke wilayah tersebut.
Nama bersejarah lain menurut penduduk tempatan termasuklah Ratnagiri ("bukit permata"), Samantakuta ("Puncak Saman"), Svargarohanam ("mendaki ke syurga"), Gunung Rohana dan variasi turun-temurun Rohana.
Gunung Suci
[sunting | sunting sumber]Puncak Adam telah sekian lama dianggap sebagai salah satu tapak suci bagi penganut agama Buddhism, Hindus, Muslims, Kristian dan Yahudi. Ia dianggap sebagai suatu sandaran yang agak spesifik khususnya berkaitan kewujudan kesan tapak kaki suci di puncaknya dan faktor sejarah dan merupakan tempat yang pernah dilawati oleh banyak pengembara terkenal pada zaman silam. Pada awal tahun 1910, Encyclopædia Britannica menyatakan[2]
Untuk tempoh masa yang lama Puncak Adam telah menjadi gunung tertinggi di Ceylon, tetapi berdasarkan kaji selidik dan perhitungan ketinggian semula, maka tingginya hanya 7353 kaki dari aras laut. Puncak ini telah menjadi tapak yang kuat bagi dijadikan resort untuk penghijrah dari segenap tempat di bahagian timur. Sebuah batu berongga mulia yang tersadai dipuncak dikatakan sebagai kesan tapak kaki dewa Siva bagi penganut Hindu, manakala bagi penganut Buddha, ia dianggap sebagai kesan tapak kaki Buddha, bagi Muslim dianggap sebagai kesan tapak kaki Nabi Adam a.s., manakala bagi Kristian Portugis, dibahagikan sebagai dua konflik tuntutan yang berbeza, satu dianggap sebagai kesan tapak kaki Santo Thomas dan satu lagi dianggap sebagai kesan tapak kaki sida-sida dari Candace, ratu Habsyah. Kesan tapak kaki tersebut diletakkan dibawah atap yang segak, dan dijaga oleh para pendeta yang menetap di biara setengah perjalanan keatas gunung, dimana mereka yang menjaga makam yang terdapat di puncak.
Gunung ini telah menjadi tempat penghijrahan yang penting, khususnya buat penganut agama Hindu dan Buddha. Para penghijrah akan mendaki gunung secara berjalan kaki, diikuti pelbagai jalan yang memerlukan ribuan pijakan tapak. Perjalanan ke puncak memakan berjam-jam lamanya. Puncak musim penghijrahan biasanya adalah pada bulan April, dan dakian yang menyeronokkan apabila dapat sampai ke puncak tatkala matahari mula menyinsing naik.
Mendaki pada waktu malam juga adalah pengalaman yang cukup menarik, dengan terdapatnya pancaran cahaya dari lampu-lampu yang diletakkan di sepanjang tangga yang menuju ke puncak gunung. Terdapat banyak tempat rehat di sepanjang laluan dakian bagi memudahkan para pendaki berehat seketika dan mendapatkan rawatan ringan.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Seruwila to Sri Pada (Sacred Foot Print Shrine)". UNESCO.org. Dicapai pada 2012-08-25.
- ^ Chisolm, Hugh (1910). The Encyclopædia Britannica (Vol. 5). University press. m/s. 778.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Puncak Adam |