Reuters
Nama asli | Reuters |
---|---|
Dinamakan sempena | Paul Reuter |
Jenis/bentuk sah | Anak syarikat |
Industri | Agensi berita, kewangan |
Ditubuhkan | Oktober 1851 |
Pengasas | Paul Reuter |
Ibu pejabat | London, United Kingdom |
Pemilik | Thomson Reuters |
Bilangan kakitangan | 2,500 |
Syarikat induk | Thomson Reuters |
Anak syarikat | Reuters TV |
Tapak web | www.reuters.com |
sunting · sunting di Wikidata |
Reuters (ˈrɔɪtərz) ialah sebuah agensi berita yang bertapak di United Kingdom, dan menyalurkan laporan berita dari merata dunia kepada media berita.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sejarah awal
[sunting | sunting sumber]Paul Julius Reuter mengamati bahawa penciptaan telegraf elektrik menandakan bahawa penyampaian berita dalam jarak jauh tidak perlu memakan masa berhari-hari atau berminggu-minggu. Pada tahun 1850, Reuter bekerja di bandar Aachen — ketika itu dalam Kerajaan Prusia, kini dalam Jerman — dekat dengan sempadan Belanda dan Belgium. Beliau mula menggunakan talian telegraf Berlin–Aachen yang baru untuk menghantar berita ke Berlin. Namun demikian, terdapat jurang 76-batu (122 km) dalam talian di antara Aachen dan Brussel, ibu negara dan pusat kewangan Belgium. Reuter mendapat peluang untuk mempercepat khidmat berita di antara Brussel dan Berlin dengan menggunakan burung merpati utusan untuk merapatkan jurang itu.
Pada tahun 1851, Reuter berpindah ke London. Setelah kebuntuan pada tahun 1847 dan 1850, cubaan Submarine Telegraph Company memasang kabel telegraf dasar laut yang merentas Selat Inggeris, dari Dover ke Calais, menjanjikan kejayaan. Reuter mendirikan pejabat "Submarine Telegraph" pada Oktober 1851 sebelum pembukaan kabel dasar laut tersebut pada bulan November. Kemudian, beliau merundingkan kontrak bersama Bursa Saham London untuk menyediakan harga saham dari bursa-bursa di tanah besar Eropah sebagai balasan terhadap capaian kepada harga-harga bursa London yang dibekalkannya kepada broker saham di Paris. Pada tahun 1865, firma swasta Reuter distrukturkan semula sehingga menjadi syarikat berhad yang bernama Reuter's Telegram Company. Reuter menjadi warganegara Britain pada tahun 1857.
Agensi Reuter mendirikan reputasi di Eropah sebagai yang pertama untuk melaporkan skup berita dari luar negara, seperti pembunuhan Abraham Lincoln. Hampir semua perkhidmatan berita di dunia melanggan khidmat Reuters yang dibuka di lebih 200 bandar raya di 94 negara dalam kira-kira 20 bahasa.
Bergabung dengan Thomson
[sunting | sunting sumber]Pada 15 Mei 2007, The Thomson Corporation dari Kanada bergabung dengan Reuters dalam urusniaga yang bernilai AS $17.2 bilion. Thomson kini menguasai sekitar 53 peratus syarikat baru yang dikenali sebagai Thomson Reuters.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Agence France-Presse
- Associated Press
- Deutsche Presse-Agentur
- Pasaran antara bank
- United Press International
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Read, Donald (1992). The Power of News. The History of Reuters 1849–1989. Oxford, Oxford University Press. ISBN 0-19-821776-5
- Mooney, Brian ; Simspon, Barry (2003). Breaking News. How the wheels came off at Reuters. Capstone. ISBN 1-84112-545-8
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Reuters |
- Tapak sesawang pengguna Reuters
- Reuters US
- Reuters UK Diarkibkan 2009-05-02 di Wayback Machine
- Reuters Japan
- Reuters China
- Reuters India Diarkibkan 2019-10-03 di Wayback Machine
- Reuters Interactive Diarkibkan 2008-11-13 di Wayback Machine
- Reuters Product
- Times of Crisis Diarkibkan 2009-09-25 di Wayback Machine multimedia interactive charting the year of global change
- Bearing Witness Diarkibkan 2018-06-24 di Wayback Machine award-winning multimedia reflecting on war in Iraq
- Reuters — The State of the World News Imagery of the 21st century
- Reuters Group PLC Company Profile at Yahoo! Inc.
- Reuters Group PLC Company Profile at Google Inc.
- Reuters Foundation Philanthropic foundation