"... bahawa latar langit berfungsi sebagai sejenis cap jaribandar, kerana tidak ada dua latar langit yang sama?"
"... bahawa permulaan Epok Eosen dicirikan oleh kemunculan mamalia moden yang terawal?"
"... bahawa pada Zaman Purba dan Pertengahan, ramai penganut agama Yahudi, Kristian dan Islam di Timur percaya akan kuasa perlindungan dan penyembuhan azimat?"
"... bahawa CPR boleh menangguhkan kematian tisu serta melanjutkan jendela peluang yang singkat untuk menjayakan resusitasi tanpa kerosakan otak yang berkekalan?"
"... bahawa metropolis biasanya merupakan pusat ekonomi, politik dan budaya dalam suatu negara atau wilayah, dan pusat penting bagi hubungan dan komunikasi serantau atau antarabangsa?"
"... bahawa semua spesies vertebrat dapat dijangkiti oleh sekurang-kurangnya satu spesies cacing pita?"
"... bahawa bersin boleh dicetus melalui pendedahan mengejut kepada cahaya terang, perut yang agak penuh, atau jangkitan virus?"
"... bahawa Soyuz 12 dilancarkan sebagai penerbangan ujian keselamatan dengan manusia selepas tragedi Soyuz 11?"
"... bahawa nisbah bidangsinematografi biasanya dinyatakan sebagai pekali perpuluhan lebar berbanding tinggi, manakala nisbah bidang fotografi dan videografi dengan nisbah nombor bulat lebar ke tinggi?"
"... bahawa sesetengah negara mengharamkan loteri, sementara selebihnya membenarkannya sehingga ada kalanya menganjurkan loteri kebangsaan atau negeri?"
"... bahawa komponen darah yang tidak diperlukan dalam pendermaan aferesis akan dikembalikan semula ke dalam badan penderma?"
"... bahawa buah kering berharga kerana rasa manis, nilai gizi dan tempoh simpanannya yang lebih panjang?"
"... bahawa New Guinea ialah pulau kedua terbesar di dunia selepas Greenland?"
"... bahawa algoritmasistem pengecaman wajah boleh dibahagi kepada dua pendekatan utama, geometrik (ciri menonjol) atau fotometrik (statistik)?"
"... bahawa dalam kerajaan klasik Melayu, Bendahara merupakan jawatan yang diwarisi?"
"... bahawa serangan berani mati boleh ditakrifkan sebagai tindakan ganas yang dilakukan oleh pihak yang sedar bahawa peluang untuk hidup selepas bertindak adalah hampir sifar?"
"... bahawa penyakit pernafasan merangkumi keadaan patologi yang menjejaskan organ dan tisu yang membolehkan pertukaran gas dalam organisme yang lebih tinggi?"
"... bahawa ratifikasi ialah kelulusan prinsipal terhadap perbuatan ejennya yang tidak mempunyai kuasa di sisi undang-undang untuk mengikat prinsipalnya?"
"... bahawa perbezaan asas antara mesin kira dengan komputer ialah komputer boleh diaturcara, sementara mesin kira sudah tersedia untuk fungsi tertentu yang terbina dalam?"
"... bahawa ada balai raya yang terbuka untuk semua penduduk setempat dan ada juga yang khusus untuk kumpulan tertentu?"
"... bahawa matlamat rasmi dasar luar Amerika Syarikat adalah "mewujudkan dunia yang lebih selamat, demokratik dan makmur demi manfaat rakyat Amerika dan masyarakat antarabangsa"?"
"... bahawa secara teorinya, lorong memotong sepatutnya hanya digunakan untuk memotong sahaja, bagi membolehkan pemandu memandu mengikut corak pemanduan tersendiri?"
"... bahawa selepas Gerakan 30 September gagal, cubaan rampasan kuasa tentera di Indonesia itu disalahkan pada komunis?"
"... bahawa buku Victory Through Air Power mendukung penggunaan kuasa udara secara strategik berbanding sebagai perlindungan atau sokongan operasi darat?"
"... bahawa penapisan permainan video dan laman Internet yang dihoskan di Australia dianggap sebagai yang paling ketat di dunia barat?"
"... bahawa Tasik Victoria merupakan tasik terbesar di Afrika, dan merupakan tasiktropika terbesar di dunia?"
"... bahawa atur cara DBMS yang paling berpengaruh semasa zaman mikrokomputer awal ialah JPLDIS?"
"... bahawa kebanyakan orang Jepun tidak mengakui diri mereka sebagai penganut bagi satu agama sahaja; sebaliknya menggabungkan unsur pelbagai agama dalam gaya Sinkretisme?"
"... bahawa ayam hutanMerah dipercayai merupakan nenek moyang kepada ayam belaan hari ini?"
"... bahawa mengikut hukum termodinamik kedua, mustahil ada mesin yang menjana tenaga boleh guna daripada tenaga dalaman banyak melalui proses gerakan kekal jenis kedua?"