"... bahawa Jepun tidak menerima sepenuhnya kereta kebal, kerana ia tidak memiliki tradisi tentera berkuda seperti negara lain yang membangunkan kereta kebal?"
"... bahawa pada Zaman Pertengahan di Eropah, menjadi satu kebiasaan bagi biara dan istana kota memiliki sebuah kolam ikan?"
"... bahawa lastik juga digunakan sebagai senjata tentera, terutamanya oleh tentera gerila?"
"... bahawa pertanian jitu boleh membantu petani meletakkan baja dan racun pada tempat yang betul menggunakan sistem kedudukan satelit seperti GPS?"
"... bahawa enneagram ialah sebuah poligon bintang biasa bersisi sembilan, tapi dihubungkan dengan laluan-laluan tertentu?"
"... bahawa walaupun terdapat banyak klon durian yang telah didaftarkan, hanya 8 jenis klon yang bernilai komersil sahaja disyorkan untuk ditanam oleh pengusaha dusun?"
"... bahawa hampir separuh daripada Kod Hammurabi memperkatakan perkara-perkara kontrak?"
"... bahawa peluru pundi kacang direka bagi memberi hentakan yang menyebabkan trauma jangka panjang yang minimum tanpa penembusan?"
"... bahawa apa-apa tumbuhan boleh dikelaskan sebagai rumpai sekiranya tumbuh di tempat yang tidak dikehendaki atau merosakkan pemandangan tempat tersebut?"
"... bahawa sekiranya tudung kepala oranda membesar terlalu cepat, ia mungkin menghalang pandangan ikan Mas ini?"
"... bahawa martir ialah seseorang yang mengorbankan nyawa kerana enggan melepaskan atau menerima sesuatu kepercayaan atau perjuangan?"
"... bahawa cip ingatan EPROM mudah dikenali melalui tingkap kuarza terlakur lutsinar pada bahagian atas pakej, yang melaluinya cip silikon dapat dilihat?"
"... bahawa nama Burung Cinta menggambarkan kekuatannya, yang mana memiliki pasangan yang sama buat masa yang lama dan menghabiskan masa bersama-sama?"
"... bahawa biji muda cili besar berwarna kuning dan bertukar coklat apabila telah matang?"
"... bahawa pernikahan dalam Islam merupakan fitrah manusia?"
"... bahawa Operasi Haze merupakan misi memadam api merentasi sempadan terbesar dalam sejarah yang membabitkan pemadam api Malaysia menyeberangi ke Indonesia?"
"... bahawa akua regia ("air diraja") dinamakan sebegitu kerana ia boleh melarutkan apa yang dikatakan logam diraja atau berharga iaitu emas dan platinum?"
"... bahawa hutan hujan tropika boleh dicirikan dalam dua perkataan: panas dan basah?"
"... bahawa peta aliran boleh menunjukkan pergerakan perkara nyata seperti manusia dan produk serta perkara tidak ketara seperti pengetahuan dan bakat?"
"... bahawa Liga Perdana India ialah liga sukan bergaji kedua tertinggi di dunia?"
"... bahawa selain gen, penentuan jantina boleh juga ditentukan oleh faktor persekitaran mahupun sosial?"
"... bahawa serakan merupakan proses fizik am yang mana sesetengah bentuk sinaran seperti cahaya atau bunyi dipaksa menyimpang daripada trajektori yang lurus?"
"... bahawa pengecam objek digital merupakan rentetan aksara yang digunakan untuk mengenal pasti sesuatu objek elektronik secara unik?"
"... bahawa tabiat berpindah-randah kupu-kupu Monarch mengambil masa hayat tiga atau empat keturunan?"
"... bahawa A.S. dan USSR menyingkirkan langkah pengilangan yang menambah sikit nilai dalam kereta kebal perantaraan perang, manakala Perancis dan Jerman memasukkan ciri yang meningkatkan kesukaran pengilangan demi nilai tempurnya?"
"... bahawa kekapis dianggap sebagai kerang yang paling selamat dimakan secara mentah?"
"... bahawa NGO Doktor Tanpa Sempadan terkenal kerana projeknya di wilayah yang bergolak dengan kancah perperangan dan negara membangun yang menghadapi wabak penyakit?"
"... bahawa Perang Candu Pertama terjadi kerana perbezaan sudut pandangan mengenai hubungan diplomatik, perdagangan dan pentadbiran keadilan antara China dan UK?"
"... bahawa harga tahunan lesen Super FIA meningkat dengan setiap mata yang diperolehi pada tahun sebelumnya?"
"... bahawa kebanyakan mangsa ragut adalah wanita sama ada yang berjalan kaki, berbasikal atau menunggang motosikal?"
"... bahawa perkataan asabiyyah secara amnya serupa dengan perpaduan, namun sering dikaitkan secara negatif?"
"... bahawa istilah hadis merujuk kepada himpunan istilah yang digunakan untuk menentukan sama ada boleh diterima atau tidak suatu riwayat hadis yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.?"
"... bahawa ipso facto merupakan istilah seni yang digunakan dalam falsafah, undang-undang dan sains?"
"... bahawa satira Pertempuran Buku menggambarkan perbalahan sama ada pembelajaran sezaman abad ke-17 mengatasi apa yang diketahui pada zaman Klasik Yunani dan Rom?"
"... bahawa teknik diagram afiniti membenarkan sejumlah besar idea, terhasil daripada sesi sumbang saran, disusun berdasarkan hubungan semula jadinya?"
"... bahawa kuih talam bukanlah jenis kuih yang khusus, tetapi merujuk kepada cara pembuatan kuih yang dibuat di dalam bekas talam?"
"... bahawa dalam Islam, pertempuran mesti dihentikan jika keadaan yang mengharuskan peperangan lenyap?"
"... bahawa lesen jenis copyleft merupakan penggunaan baharu undang-undang hak cipta sedia ada bagi memastikan sesebuah karya itu kekal bebas?"
"... bahawa selama 300 tahun, jam bandul merupakan penjaga masa yang paling persis di dunia?"
"... bahawa ayat terdiri daripada sekurang-kurangnya sepatah perkataan yang membawa hubungan sintaksis dengan perkataan-perkataan yang disusuli atau menyusulinya?"
"... bahawa kawasan MedinaFes dipercayai kawasan bandar bebas kereta yang terbesar di dunia?"
"... bahawa hipster dikaitkan dengan muzik bebas, selera berpakaian yang menentang arus perdana, pandangan politik yang bebas atau liberal, serta kepercayaan dan gaya hidup alternatif?"