Pergi ke kandungan

Quipu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Serantai quipu Inka dalam koleksi Muzium Larco, Lima, Peru.

Quipu atau khipu ialah peranti maklumat berasaskan tali digunakan pada zaman Empayar Inca dan masyarakat sebelumnya di kawasan pergunungan Andes benua Amerika Selatan.[1] Tali-tali kapas atau bulu haiwan ― baik dari bulu llama atau alpaca ― ini bersimpulan (yang memberi nama kepada alat ini dari bahasa Quechua bererti "simpulan, sambungan, ikatan"[2]) di mana setiap simpulan ini boleh mengandungi nilai termasuk dalam bentuk angka yang boleh dikodkan dengan simpulan dalam sistem kedudukan asas sepuluh; serantai quipu ini boleh mencecah sehingga 2000 utas menjuntai.[1]

Sistem angka
Sistem angka Hindu-Arab
Arab barat
Arab timur
Burma
India
Khmer
Mongol
Thai
Angka Asia timur
Batang pembilang
Cina
Jepun
Korea
Suzhou
Vietnam
Angka abjad
Abjad
Armenia
Āryabhaṭa
Cyril
Ge'ez
Ibrani
Yunani (Ionia)
Sistem lain
Aegean
Attic
Babylon
Brahmi
Etruscan
Inuit
Maya
Mesir
Quipu
Rom
Sumeria
Urnfield
Sistem kedudukan dengan asas
Perpuluhan (10)
1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 12, 16, 20, 30, 36, 60

Dalam kajian dilakukan Marcia dan Robert Ascher dari Universiti Michigan, terdapat tiga jenis simpulan yang diamati membentuk turutan bermaklumat seperti berikut:[3]

  • simpulan kecil di bahagian atas juntaian (diwakili huruf s)
  • simpulan besar di bahagian tengah (diwakili huruf L)
  • simpulan angka lapan di bahagian hujung (diwakili huruf E)

Satu simpulan dikira mewakili satu unit, bahagian kosong tidak bersimpul pula dikira bersamaan sifar yang diwakili dengan X. Sebahagian besar maklumat yang tercatat pada utasan quipu ini terdiri daripada nombor dalam sistem perpuluhan.[4]:80 Maka, 7 simpulan kecil di atas, 3 simpulan besar di tengah dan 1 "simpulan delapan" di hujung (7s 3L 1E) bersamaan "731", 8 simpulan kecil, bahagian kosong di tengah dan 4 simpulan delapan di hujung (8s X 4E) bersamaan "804", dan begitulah seterusnya.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa simpulan serta ciri-ciri lain seperti warna yang dipercayai mewakili maklumat bukan angka yang masih belum dapat dirungkaikan oleh pakar.

Pakar-pakar umum menganggap yang sistem ini tidak termasuk simbol fonetik yang bersamaan dengan huruf abjad. Tetapi Gary Urton berpendapat Quipu menggunakan sistem binari yang boleh merekod data fonologi atau logografi.

Tujuan perangkaan

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun-tahun awal penaklukan Peru oleh Sepanyol, pemerintah Sepanyol sering bergantung kepada quipu untuk menyelesaikan pertikaian bayaran ufti tempatan atau pengeluaran barang. Para sejarawan Sepanyol juga mencatat tentang peranan penting quipu sebagai alat mnemonik untuk tujuan berkomunikasi dan merekod maklumat berangka: setiap rantaian quipu dirujuk dengan perangka khas iaitu quipucamayoc[4]:69 atau khipu kamayuq ("penguasa khipu") yang berkeupayaan melakukan penghitungan asas (penambahan, penolakan, pendaraban, dan pembahagian), boleh merekod aliran cukai, mengesan jenis kerja yang dilakukan, menyimpan rekod pengeluaran ekonomi, menetapkan kalendar dan menjalankan bancian untuk setiap penduduk.

Hubungan dengan pihak Sepanyol

[sunting | sunting sumber]

Alat-alat ini dilenyapkan penggunaan ia dengan penaklukan Empayar Sepanyol ke atas kerajaan Inka[5] tidak sahaja kerana kesangsian pihak Sepanyol terhadap kebolehan ia dijadikan kod rahsia berhubung dengan pihak raja; malah barangan ini dikaitkan dengan amalan keagamaan yang dianggap "kafir" kepada para penakluk yang ingin menyebarkan ajaran Kristian kepada para penduduk peribumi di sana.[6] Namun, ada juga catatan mengenai sesetengah paderi yang memanfaatkan quipu sebagai bahan ajaran kebaktian gereja.[7]

  1. ^ a b Neuman, William (January 2, 2016). "Untangling an Accounting Tool and an Ancient Inca Mystery". New York Times. m/s. 7. Dicapai pada January 8, 2016.
  2. ^ Simi Taqe (1995). "khipu". Qheswa-español-qheswa. Academia Mayor de la Lengua Quechua. khipu - nudo, ligadura, atadura, lazada...
  3. ^ Ascher, Marcia; Ascher, Robert (1980). Code of the Quipu: A Study in Media, Mathematics, and Culture. University of Michigan Press. ISBN 978-0-472-09325-0.
  4. ^ a b Ordish, George; Hyams, Edward (1996). The last of the Incas: the rise and fall of an American empire. New York: Barnes & Noble. ISBN 0-88029-595-3.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ "Fernando Murillo de la Serda. Carta sobre los caracteres, 1589". Diarkibkan daripada yang asal pada 28 June 2012.
  6. ^ Frank L. Salomon, 2004: The Cord Keepers. Khipus and Cultural Life in a Peruvian Village; Duke University Press; ISBN 0822333902
  7. ^ Brokaw, Galen (2010). A History of the Khipu. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 978-0521197793.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkenaan Quipu di Wikimedia Commons