Cerpelai
Cerpelai چرڤلاي | |
---|---|
Cerpelai Kerdil Biasa, | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
Keluarga: | Herpestidae Bonaparte, 1845
|
Sinonim | |
|
Cerpelai (Herpestidae), Garangan, Jebon[1] atau Bokbong[2] ialah keluarga kepada 33 spesies mamalia karnivor kecil dari selatan Eurasia dan tanah besar Afrika.
Pemakanan
[sunting | sunting sumber]Cerpelai lazimnya memakan serangga, ketam, cacing tanah, biawak, ular, ayam, dan rodensia. Namun, mereka juga makan telur dan bangkai.
Cerpelai Kelabu dan yang lain sering digunakan untuk melawan dan membunuh ular berbisa, termasuk ular tedung. Cerpelai dapat melakukan ini kerana kelincahan dan kecerdikannya, dan bulu tebal. Namun ia biasanya mengelakkan tedung dan tidak berapa tertarik dengan dagingnya.[3]
Beberapa spesies cerpelai dapat belajar helah mudah. Mereka dapat dijinakkan dan dipelihara sebagai haiwan kesayangan untuk mengawal binatang perosak. Namun, mereka dapat lebih merosakkan lebih daripada yang dikehendaki: ketika diimport ke Hindi Barat untuk membunuh tikus dan ular, mereka memusnahkan sebahagian besar fauna kecil berasaskan tanah. Atas sebab ini, adalah haram untuk mengimport sebahagian besar jenis cerpelai ke Amerika Syarikat,[4] Australia, dan negara-negara lain. Cerpelai diperkenalkan ke Hawaii pada tahun 1883, dan telah mempunyai pengaruh negatif ketara terhadap spesies asli.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Dalila, Samsudin (26 May 2020). "Sering Menjadi Mimpi Ngeri Kanak-Kanak, Kenali Makhluk Bokbong". I Am Lejen.
- ^ Dalila, Samsudin (26 May 2020). "Sering Menjadi Mimpi Ngeri Kanak-Kanak, Kenali Makhluk Bokbong". I Am Lejen.
- ^ Arnoldo Mondadori, penyunting (1988). Great Book of the Animal Kingdom. New York: Arch Cape Press. m/s. 301.
- ^ "Animals whose importation is banned under the Lacey Act". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-06-25. Dicapai pada 2006-04-12.
- ^ "Star Bulletin: Traps set to catch mongoose on Kauai". Dicapai pada 2006-04-12.