Pergi ke kandungan

Konflik Israel-Lubnan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Konflik Israel-Lubnan
Sebahagian daripada Konflik Arab-Israel

Israel dan Lubnan (Peta kawasan)
Tarikh1968-2006
Lokasi
Status

Peningkatan ketegangan antara Lubnan-Israel

Pertelagahan Lubnan-Israel 2010
Pihak yang terlibat

Hizbullah
LCP
Pergerakan Amal
Syria Angkatan Tentera Syria

PLO (sehingga tahun 1994, berikutan Persetujuan Oslo)
 Israel
SLA (sehingga tahun 2000)
Kerugian dan korban
1,900 pejuang Lubnan terbunuh
11,000 pejuang Arab terbunuh
20,000+ orang awam Lubnan terbunuh
1,400 anggota IDF terbunuh
954-1,456 anggota SLA terbunuh
90+ orang awam Israel terbunuh

Konflik Israel–Lubnan adalah satu siri pertikaian ketenteraan yang melibatkan Israel, Lubnan dan Syria selain pelbagai kumpulan pejuang tanpa bernegara yang berjuang dari Lubnan.

Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) merekrut pejuang di Lubnan di kalangan keluarga pelarian Palestin yang diusir atau melarikan diri selepas penubuhan negara Israel pada tahun 1948.[1][2] Sejak tahun 1968, pejuang PLO dan tentera Israel banyak melakukan operasi di luar sempadan dan menyerang satu sama lain.[3] Selepas kepimpinan PLO dan briged Fatahnya diusir keluar dari Jordan kerana mencetuskan satu pemberontakan, mereka mula memasuki Lubnan. Sementara itu, ketegangan demografi ke atas Pakatan Kebangsaan Lubnan menyebabkan Perang Saudara Lubnan (1975–1990).[4] serangan ke atas Lubnan 1978 yang dilancarkan oleh Israel berjaya mengundurkan PLO ke utara Sungai Litani, tetapi PLO masih meneruskan kempen penentangan mereka ke atas Israel. Israel menceroboh Lubnan sekalai lagi pada tahun 1982 dan memaksa pengusiran PLO. Israel mengundurkan pasukan tentera mereka zon penampan sempadan di selatan Lubnan, dengan bantuan Tentera Lubnan Selatan (SLA). Pada tahun 1985, sebuah pergerakan penentangan Syiah Lubnan yang ditaja oleh Iran,[5] memanggil diri mereka sebagai Hizbullah, menyeru perjuangan bersenjata bagi menamatkan pendudukan Israel di wilayah Lubnan.[6] Apabila Perang Saudara Lubnan berakhir dan beberapa kumpulan berperang bersetuju untuk meletak senjata, Hizbullah dan SLA enggan untuk berbuat demikian. Peperangan dengan Hizbullah melemahkan penyelesaian Israel dan menyebabkan kejatuhan SLA dan pengunduran Israel pada tahun 2000 ke kawasan wilayah Israel di seberang sempadan penandaan oleh PBB.[7] Memetik penguasaan Israel ke atas kawasan Ladang Shebaa, Hizbullah meneruskan penyeberangan sempadan dan secara berkala selama enam tahun seterusnya. Hizbullah kini cuba mendapatkan pembebasan warganegara Lubnan di penjara Israel dan berjaya menggunakan taktik menawan tentera Israel sebagai faktor tawar-menawar dalam pertukaran tahanan pada tahun 2004.[8][9] Penawanan dua anggota tentera Israel oleh pejuang Hizbullah mencetuskan Perang Lubnan 2006.[10] Satu gencatan senjata yang ditaja oleh PBB bagi melucutkan senjata Hizbullah dan kem-kem pejuang PLO yang masih tinggal, dan desakan agar Lubnan untuk mengawal sempada di selatan menggunakan kekuatan tentera adalah satu tindakan pertama dalam masa empat dekad.

Keganasan dihentikan pada 8 September 2006. Setakat tahun 2009, kekuatan persenjataan Hizbullah masih tidak dapat dilakukan.[11] Pada 18 Jun 2008, Israel mengistiharkan bahawa ia bersedia untuk berunding tentang perjanjian damai dengan Lubnan.[12]

  1. ^ Humphreys, Andrew (2004). Lonely Planet Syria & Lebanon (Paperback) |format= requires |url= (bantuan). Footscray, Victoria: Lonely Planet Publications. m/s. 31. ISBN 1-86450-333-5. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ Eisenberg, Laura Zittrain (Fall 2000). "Do Good Fences Make Good Neighbors?: Israel and Lebanon After the Withdrawal" (PDF). Middle East Review of International Affairs. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2011-06-11. Dicapai pada 1 October 2006. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  3. ^ Fisk, Robert (2002). "3". Pity the Nation: The Abduction of Lebanon. New York: Thunder's Mouth Press / Nation's Books. m/s. 74. ISBN 1-56025-442-4.
  4. ^ Mor, Ben D. (2002). "7". Bound by Struggle: The Strategic Evolution of Enduring International Rivalries. Ann Arbor: University of Michigan Press. m/s. 192. ISBN 0-472-11274-0. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  5. ^ Westcott, Kathryn (2002-04-04). "Who are Hezbollah?". BBC News. Dicapai pada 7 October 2006.
  6. ^ Hizbullah (1985-02-16). "An Open Letter to all the Oppressed in Lebanon and the World". Institute for Counter-Terrorism. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-04. Dicapai pada 7 October 2006.
  7. ^ "Hezbollah celebrates Israeli retreat". BBC. 2000-05-26. Dicapai pada 12 September 2006.
  8. ^ "Factfile: Hezbollah". Al Jazeera. 2006-07-12.
  9. ^ "Israel, Hezbollah swap prisoners". CNN. 2004-01-29.
  10. ^ "Report of the Secretary-General on the United Nations Interim Force in Lebanon (S/2006/560)". United Nations Security Council. 2006-07-21. Dicapai pada 2006-09-26.
  11. ^ Macleod, Hugh (2007-11-25). "Hezbollah recruits thousands in Lebanon crisis". London: Telegraph (UK). Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-29. Dicapai pada 2021-08-29.
  12. ^ McCarthy, Rory (2008-06-18). "Israel calls for Lebanon peace talks". London: The Guardian (UK).

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]