Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/Ogos
Templat:OgosCalendar2024Source
1 Ogos: Hari Kebangsaan di Switzerland; Imbolc di Hemisfera Selatan.
- 1774 – Joseph Priestley menemui gas oksigen, mentahkikkan penemuan unsur ini oleh Carl Wilhelm Scheele sebelumnya.
- 1798 – Perang Revolusi Perancis: Pertempuran Sungai Nil bermula di antara armada Perancis dan armada British.
- 1927 – Perang Saudara China: Tentera Komunis merampas kawalan bandar Nanchang daripada Kuomintang.
- 1944 – Perang Dunia Kedua: Tentera Tanah Air Poland bangkit menentang pendudukan Jerman Nazi di Poland.
- 2007 – Jambatan Sungai Mississippi I-35W yang merentangi Sungai Mississippi di Minneapolis, Minnesota runtuh (gambar), mengorbankan 13 nyawa.
Hari-hari sebelum: 30 Julai – 29 Julai – 28 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
2 Ogos: Hari Republik di Republik Macedonia
- 216 SM – Perang Punic Kedua: Angkatan bersenjata Carthage pimpinan Hannibal menewaskan angkatan tentera Rom yang lebih besar.
- 1870 – Landasan kereta api tiub bawah tanah yang pertama di dunia, Subway Tower (gambar), dibuka di bawah Sungai Thames, London.
- 1932 – Di Institut Teknologi California, Carl David Anderson membuktikan kewujudan antijirim apabila beliau menemui positron.
- 1934 – Gleichschaltung: Kanselor Adolf Hitler menjadi Führer rejim NSDAPnya.
- 1990 – Iraq menceroboh Kuwait, kesudahannya mencetuskan Perang Teluk tujuh bulan kemudian.
Hari-hari sebelum: 1 Ogos – 31 Julai – 30 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
3 Ogos: Hari Kemerdekaan di Niger (1960); Hari Bendera di Venezuela.
- 1916 – Di London, nasionalis Ireland Sir Roger Casement digantung (gambar kubur) kerana peranannya dalam Pemberontakan Easter di Ireland.
- 1923 – Calvin Coolidge menjadi Presiden Amerika Syarikat, menggantikan Warren G. Harding yang meninggal dunia hari sebelumnya.
- 1940 – Perang Dunia Kedua: Askar Itali pimpinan Jeneral Guglielmo Nasi menyerang Somaliland British, antara langkah terawal Kempen Afrika Timur.
- 2005 – Datuk Bandar Teheran Mahmoud Ahmadinejad memulakan penggalnya sebagai Presiden Iran yang keenam.
- 2010 – Lebih 90 orang terbunuh dan 200 lagi cedera dalam rusuhan di Karachi, Pakistan.
Hari-hari sebelum: 2 Ogos – 1 Ogos – 31 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
4 Ogos: Hari Perlembagaan di Kepulauan Cook (1965)
- 1578 – Raja Sebastian (gambar) hilang dalam Pertempuran Alcácer Quibir di Maghribi, mencetuskan krisis dinasti di Portugal.
- 1704 – Perang Warisan Sepanyol: Armada gabungan Inggeris–Belanda menawan Gibraltar daripada Sepanyol.
- 1914 – Perang Dunia Pertama: Mengikut lunas Perjanjian London 1839, United Kingdom mengisytiharkan perang terhadap Jerman kerana menceroboh Belgium.
- 1984 – Cukup setahun selepas merampas kuasa di Republik Volta Atasan, Presiden Thomas Sankara menukar namanya menjadi Burkina Faso.
- 2010 – Lebih 50 orang disahkan maut dan ribuan lagi terpaksa berpindah akibat kebakaran liar di Daerah Persekutuan Pusat Rusia
Hari-hari sebelum: 3 Ogos – 2 Ogos – 1 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
5 Ogos: Hari Kemerdekaan di Burkina Faso (1960); Hari Kemenangan dan Kesyukuran Tanah Air di Croatia.
- 641 atau 642 – Raja Penda dari Mercia menewaskan dan membunuh Raja Oswald dari Northumbria dalam Pertempuran Maserfield di Oswestry, England.
- 1100 – Henry I (gambar) dimahkotakan sebagai Raja England di Westminster Abbey.
- 1858 – Ahli perniagaan dan pembiaya A.S. Cyrus West Field dan rakan-rakan sekerjanya menyiapkan kabel telegraf rentas Atlantik yang pertama, dari Ireland ke Newfoundland.
- 1995 – Operasi Ribut: Angkatan Croatia menawan semula bandar Knin daripada Republik Krajina Serbia.
- 2003 – Sebuah kereta meletup di luar lobi Hotel JW Marriott di Setiabudi, Jakarta Selatan, Indonesia, membunuh 12 orang dan mencederakan 150 lagi.
Hari-hari sebelum: 4 Ogos – 3 Ogos – 2 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
6 Ogos: Hari Kemerdekaan di Bolivia (1825) dan Jamaica (1962); Perayaan Transfigurasi (Kristian, kalendar Gregory).
- 1538 – Konkuistador Sepanyol Gonzalo Jiménez de Quesada mengasaskan petempatan Eropah di tempat yang hari ini ialah Bogotá, Colombia.
- 1806 – Empayar Suci Rom berakhir apabila Maharaja terakhirnya Francis II turun takhta selepas tamatnya Perang Pakatan Ketiga.
- 1945 – Perang Dunia Kedua: Sebuah pesawat Tentera Udara A.S. menjatuhkan sebutir bom atom bernama Little Boy (gambar) di atas bandar Hiroshima, Jepun, membunuh sehingga 140,000 orang.
- 1966 – Syeikh Zayid bin Sultan Al Nuhayyan menjadi amir dan pemerintah Abu Dhabi.
- 2008 – Presiden Mauritania Sidi Ould Cheikh Abdallahi digulingkan oleh sekumpulan jeneral yang dipecatnya beberapa jam sebelum itu.
Hari-hari sebelum: 5 Ogos – 4 Ogos – 3 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
7 Ogos: Hari Kemerdekaan di Côte d'Ivoire (1960)
- 1679 – Brigantin René-Robert de LaSalle Le Griffon menjadi kapal layar pertama melayari Tasik-Tasik Besar Amerika.
- 1944 – IBM menghantar kalkulator kawalan atur cara pertama, Mark I (gambar), kepada Universiti Harvard.
- 1965 – Perdana Menteri Persekutuan Malaysia Tunku Abdul Rahman menuntut Singapura menarik diri, memilih "memutuskan hubungan dengan Kerajaan Negeri yang tidak menunjukkan kesetiaan terhadap Kerajaan Pusatnya".
- 1998 – Pengeboman serentak kedutaan A.S. di Dar es Salaam, Tanzania, dan Nairobi, Kenya, mengorbankan lebih 200 orang dan mencederakan 4,500 lagi.
- 2008 – Georgia menyerang Ossetia Selatan bagi menawan ibu negerinya Tskhinvali daripada kawalan Rusia, memulakan Perang Ossetia Selatan.
Hari-hari sebelum: 6 Ogos – 5 Ogos – 4 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
- 1786 – Michel-Gabriel Paccard dan Jacques Balmat menyempurnakan pendakian direkodkan pertama Mont Blanc (gambar), gunung tertinggi di Banjaran Alps.
- 1876 – Thomas Edison menerima paten untuk mesin mimeografnya, salah satu perintis mesin fotokopi.
- 1967 – Filipina, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand mengasaskan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara.
- 1988 – Satu siri perarakan, bantahan, tunjuk perasaan dan rusuhan terhadap negara satu parti Parti Program Sosialis Burma di Myanmar bermula.
- 1991 – Struktur kedua tertinggi pernah dibina, dan tertinggi ketika itu, tiang radio Warsaw setinggi 646.38 m runtuh.
Hari-hari sebelum: 7 Ogos – 6 Ogos – 5 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
9 Ogos: Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia; Hari Kebangsaan di Singapura (1965); Hari Wanita Kebangsaan di Afrika Selatan.
- 48 SM – Julius Caesar menewaskan Pompeius dan angkatan Senat dalam Pertempuran Pharsalus, mengukuhkan kawalannya ke atas Republik Rom.
- 378 – Angkatan Rom pimpinan Maharaja Valens dihancurkan oleh Goth dalam Pertempuran Adrianople.
- 1173 – Di Pisa, Itali, campanile yang akhirnya akan menjadi Menara Condong Pisa mula dibina.
- 1945 – Perang Dunia Kedua: Sebuah pesawat pengebom Tentera Udara A.S. menjatuhkan sebutir bom atom bernama Fat Man yang memusnahkan Nagasaki, Jepun (gambar awan).
- 1974 – Skandal Watergate: Richard Nixon menjadi Presiden Amerika Syarikat yang pertama (dan tunggal) meletakkan jawatan.
Hari-hari sebelum: 8 Ogos – 7 Ogos – 6 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
10 Ogos: Hari Kemerdekaan di Ecuador; Hari Perayaan Santo Laurentius; Raksha Bandhan (Hinduisme, 2014).
- 1675 – Batu asas Balai Cerap Greenwich Diraja, asas Meridian Perdana hari ini, diletakkan di Greenwich, London.
- 1792 - Revolusi Perancis: Istana Tuileries diserbu para revolusioner lalu Raja Louis XVI dan kerabat baginda melarikan diri berlindung.
- 1793 – Muzium Louvre di Paris dibuka secara rasmi kepada orang ramai, dengan pameran 537 lukisan ketika Revolusi Perancis.
- 1920 – Wakil Sultan Mehmed VI menandatangani Perjanjian Sèvres yang mengiktiraf pemecahan Empayar Uthmaniyyah selepas Perang Dunia Pertama.
- 1990 – Kuar angkasa lepas NASA Magellan (gambar) sampai ke Musytari, 15 bulan selepas pelancarannya.
Hari-hari sebelum: 9 Ogos – 8 Ogos – 7 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
11 Ogos: Hari Kemerdekaan di Chad (1960)
- 3114 SM – Epok dalam kalendar Kiraan Panjang perduapuluhan Maya dan beberapa kebudayaan Mesoamerika lain terjadi.
- 1786 – Kapten Francis Light mengasaskan koloni British di Pulau Pinang.
- 1952 – Raja Talal dari Jordan turun takhta disebabkan masalah kesihatan dan diwarisi putera sulungnya Hussein.
- 1999 – Puting beliung melanda (gambar) pusat bandar Salt Lake City, merosakkan lebih 120 rumah dan mencederakan lebih 100 orang.
- 2010 – Colombia dan Venezuela menyambung kembali hubungan diplomatik selepas Juan Manuel Santos menjadi Presiden Colombia.
Hari-hari sebelum: 10 Ogos – 9 Ogos – 8 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
12 Ogos: Hari Ibu dan Hari Lahir Permaisuri Sirikit di Thailand; Hari Belia Antarabangsa.
- 30 SM – Pemerintah terakhir dinasti Ptolemy Mesir, Cleopatra VII Philopator membunuh diri, kononnya dengan patukan ular asp.
- 1099 – Perang Salib Pertama berakhir dengan Pertempuran Ascalon dan pengunduran angkatan Fatimiyah di bawah Al-Afdhal Syahansyah ke Mesir.
- 1883 – Quagga pupus apabila spesimen yang terakhir mati di sebuah zoo di Amsterdam.
- 1981 – Versi asal dan leluhur pelantar perkakasan serasi IBM PC, Komputer Peribadi IBM (gambar) diperkenalkan.
- 1990 – Ahli paleontologi Sue Hendrickson menjumpai rangka paling lengkap seekor Tyrannosaurus rex berhampiran Faith, Dakota Selatan, A.S.
Hari-hari sebelum: 11 Ogos – 10 Ogos – 9 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
13 Ogos: Hari Kemerdekaan di Republik Afrika Tengah (1960)
- 1521 – Selepas pengepungan yang lama, Tlatoani Cuauhtémoc ditangkap dan ibu negara Aztek Tenochtitlán jatuh kepada angkatan konkuistador Hernán Cortés.
- 1704 – Perang Warisan Sepanyol: England, Empayar Suci Rom dan Provinsi Bersatu menewaskan Perancis dan Bavaria dalam Pertempuran Blenheim (gambar).
- 1913 – Menggunakan relau elektrik, pencipta Inggeris Harry Brearley menghasilkan keluli tahan karat.
- 1937 – Pertempuran Shanghai meletus, kemudiannya menjadi antara pertempuran terbesar Perang China-Jepun Kedua.
- 1961 – Pembinaan Tembok Berlin yang memisahkan Berlin Barat dari Berlin Timur bermula.
Hari-hari sebelum: 12 Ogos – 11 Ogos – 10 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
14 Ogos: Hari Kemerdekaan di Pakistan (1947)
- 1385 – Angkatan pimpinan João I menewaskan puak Castilla dalam Pertempuran Aljubarrota, menamatkan Krisis 1383–1385 di Portugal.
- 1842 – Orang asli Seminole dipaksa melarikan diri dari Florida ke Oklahoma, menamatkan Perang Seminole Kedua.
- 1941 – Perdana Menteri British Winston Churchill dan Presiden A.S. Franklin Delano Roosevelt (gambar) menandatangani Piagam Atlantik.
- 1980 – Lech Wałęsa dan rakan-rakan sekerjanya di Limbungan Gdańsk memulakan mogok kerja, yang kemudian membawa kepada penubuhan gerakan Solidarność di Poland.
- 2006 – Genjatan senjata berjaya dicapai oleh PBB dalam Perang Lubnan antara Lubnan dan Israel.
Hari-hari sebelum: 13 Ogos – 12 Ogos – 11 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
15 Ogos: Hari Kemenangan ke atas Jepun; Hari Pembebasan di Korea (1945); Hari Kemerdekaan di India (1947) dan Congo (1960).
- 778 – Tentera Frank yang diketuai Roland tewas kepada Basque, seperti yang diceritakan semula dalam epik Perancis Lama La Chanson de Roland.
- 1281 – Serangan Mongol terhadap Jepun: Armada Mongol Kublai Khan dihancurkan oleh "angin dewa" buat kali kedua.
- 1511 – Afonso de Albuquerque menawan Kesultanan Melaka, memberikan Empayar Portugal kawalan terhadap Selat Melaka yang penting dalam perdagangan laut antara China dan India.
- 1914 – Terusan Panama (gambar) dibuka untuk laluan, mewujudkan jalan pintas dari Lautan Pasifik ke Lautan Atlantik.
- 1947 – Raj British dibahagikan kepada dua negara berdaulat: Kesatuan India dan Dominion Pakistan.
Hari-hari sebelum: 14 Ogos – 13 Ogos – 12 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
16 Ogos: Hari Kanak-Kanak di Paraguay.
- 1777 – Perang Revolusi Amerika: Tentera British dan Brunswick ditumpaskan dalam Pertempuran Bennington.
- 1819 – Pasukan berkuda menyerbu ke khalayak ramai, menukar perhimpunan umum menuntut perubahan politik di Manchester, England menjadi Pembunuhan Peterloo (gambar).
- 1896 – Satu kumpulan yang diketuai Skookum Jim Mason menemui emas berhampiran Dawson City, Yukon, Kanada, memulakan Kerubut Emas Klondike.
- 1929 – Pertikaian berpanjangan antara Muslim dan Yahudi terhadap capaian ke Tembok Meratap di Baitulmuqaddis meruncing menjadi rusuhan di seluruh Palestin Bermandat.
- 2008 – Usain Bolt memecahkan rekod dan memenangi pingat emas acara pecut 100 meter Olimpik dengan catatan masa 9.69 saat.
Hari-hari sebelum: 15 Ogos – 14 Ogos – 13 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
17 Ogos: Hari Kemerdekaan di Indonesia (1945) dan Gabon (1960)
- 1862 – Orang Sioux mengambil keputusan mengusir orang putih keluar dari lembah Sungai Minnesota, mencetuskan Perang Dakota.
- 1914 – Perang Dunia Pertama: Hermann von François tidak mempedulikan arahan berundur, dan berjaya dalam serangan balas mempertahan Prusia Timur.
- 1945 – Soekarno dan Mohammad Hatta mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia (gambar), memulakan suatu "revolusi nasional".
- 1969 – Hurikan Camille melanda persisiran Mississippi, A.S. mengorbankan 259 nyawa dan menyebabkan kerosakan bernilai AS$1.42 bilion.
- 1999 – Gempa bumi bermagnitud 7.5 Mw melanda barat laut Turki, mengorbankan lebih 17,000 orang.
Hari-hari sebelum: 16 Ogos – 15 Ogos – 14 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
- 684 – Fitnah Kedua: Pihak Umaiyah menewaskan penyokong Ibn Zubair dan mengukuhkan kuasa di Syria.
- 1572 – Marguerite dari Valois dikahwinkan dengan Raja Huguenot Henri dari Navarre, dalam percubaan untuk mendamaikan penganut Protestan dan Katolik di Perancis.
- 1868 – Pierre Janssen menemui helium ketika menganalisis kromosfera matahari suatu gerhana penuh, menjadi unsur pertama yang dikesan di angkasa lepas dahulu.
- 1877 – Asaph Hall menemui Phobos (gambar), bulan terbesar planet Marikh, enam hari selepas menemui satu lagi.
- 1966 – Perang Vietnam: Satu kompeni Royal Australian Regiment bertempur dengan unit Barisan Pembebasan Kebangsaan Vietnam Utara yang lebih besar dalam Pertempuran Long Tan.
Hari-hari sebelum: 17 Ogos – 16 Ogos – 15 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
19 Ogos: Hari Kemerdekaan di Afghanistan (1919); Perayaan Transfigurasi (Kristian, takwim Julius).
- 1782 – Perang Revolusi Amerika: Angkatan gabungan renjer British dan Indian Amerika menyerang hendap dan menumpaskan anggota militia Kentucky.
- 1942 – Perang Dunia Kedua: Tentera Pihak Berikat menyerbu angkatan Jerman di Dieppe, Perancis (gambar), namun gagal.
- 1953 – Kerajaan Iran pimpinan Perdana Menteri Mohammed Mossadegh digulingkan agensi perisikan A.S dan UK lalu mengembalikan sistem raja mutlak.
- 1960 – Anjing angkasa lepas Rusia Belka dan Strelka mula mengorbit Bumi di atas Korabl-Sputnik 2.
- 1991 – Mikhail Gorbachev diumumkan sebagai "tidak sihat dan dilepaskan jawatannya sebagai Presiden" dalam satu cubaan rampasan kuasa yang gagal.
Hari-hari sebelum: 18 Ogos – 17 Ogos – 16 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
20 Ogos: Hari St. Stephen di Hungary; Hari Pengembalian Kemerdekaan di Estonia (1991).
- 636 – Tentera Khulafah Al-Rasyidin pimpinan Khalid bin al-Walid menguasai Syria dan Palestin melalui Pertempuran Yarmuk, menandakan gelombang pertama penaklukan oleh Muslim.
- 917 – Orang Bulgaria pimpinan Tsar Simeon I menghalau tentera Byzantine dari Thrace dengan kemenangan muktamad dalam Pertempuran Achelous.
- 1882 – Karya orkestra Pyotr Ilyich Tchaikovsky Overtur 1812 dipersembahkan buat pertama kalinya, di Moscow.
- 1977 – Voyager 2 NASA (gambar) dilancarkan dari Cape Canaveral, Florida dengan misi menjelajah planet luaran Sistem Suria.
- 1991 – Pemberontakan Nyanyian: Estonia mengumumkan berpisah daripada Kesatuan Soviet dan kembali merdeka.
Hari-hari sebelum: 19 Ogos – 18 Ogos – 17 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
21 Ogos: Hari Ninoy Aquino di Filipina; Hari Belia di Maghribi.
- 1772 – Rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah yang diketuai Gustav III selesai dengan penerimaan Perlembagaan Sweden baharu.
- 1911 – Mona Lisa, sekeping catan minyak Leonardo da Vinci, dicuri dari Muzium Louvre di Paris.
- 1968 – "Peristiwa Musim Bunga Praha" di Czechoslovakia berakhir dengan tiba-tiba apabila tentera Pakatan Warsaw melanggar negara tersebut, membunuh 72 orang Czechoslovak dan menahan ketuanya Alexander Dubček.
- 1986 – Letusan limnetik CO2 di Tasik Nyos (gambar) di Cameroon mengorbankan sekitar 1,700 orang dan 3,500 ternakan di kampung berdekatan.
- 2007 – Taufan Dean merentasi Laut Caribbean dan melanda Semenanjung Yucatán, Mexico, menyebabkan 45 kematian.
Hari-hari sebelum: 20 Ogos – 19 Ogos – 18 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
22 Ogos: Hari Perayaan Keratuan Maryam (Gereja Roman Katolik)
- 1485 – Angkatan Lancaster menewaskan angkatan York pimpinan Richard III dalam Pertempuran Padang Bosworth, menamatkan Perang Bunga Ros.
- 1639 – Syarikat Hindia Timur Inggeris membeli sebidang tanah di tempat yang kini ialah Chennai, ibu negeri Tamil Nadu.
- 1851 – Perahu layar America memenangi Piala Amerika (gambar) yang pertama berhampiran Pulau Wight, England.
- 1864 – Pergerakan Palang Merah yang diketuai Henry Dunant bermula apabila 12 negara Eropah menandatangani Konvensyen Geneva Pertama, menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah.
- 1910 – Korea diilhak oleh Jepun dengan penandatanganan Perjanjian Pengilhakan Jepun-Korea, memulakan pemerintahan Jepun di Korea.
Hari-hari sebelum: 21 Ogos – 20 Ogos – 19 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
23 Ogos: Hari Antarabangsa Peringatan Perdagangan Hamba dan Penghapusannya; Hari Bendera di Ukraine.
- 1305 – Selepas satu pembicaraan tunjukan, ketua penentang Scotland melawan England, William Wallace digantung di London.
- 1514 – Angkatan Uthmaniyyah menewaskan Safawiyah dalam Pertempuran Chaldiran, mendapat kawalan terhadap timur Anatolia dan utara Iraq.
- 1866 – Prusia menewaskan Austria dalam Perang Austria-Prusia, dan membubarkan Gabungan Jerman.
- 1966 – Lunar Orbiter 1 NASA (gambar) mengambil gambar pertama Bumi daripada jarak Bulan.
- 1989 – Pemberontakan Nyanyian: Sekitar dua juta orang menyambung tangan bagi membentuk rantaian manusia melebihi 600 km merentasi Republik Soviet Estonia, Latvia dan Lithuania.
Hari-hari sebelum: 22 Ogos – 21 Ogos – 20 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
24 Ogos: Hari Kemerdekaan di Ukraine (1991)
- 79 – Gunung Vesuvius (gambar) di Itali meletus, menimbus bandar Pompeii, Herculaneum dan Stabiae dengan abu.
- 410 – Visigoth pimpinan Alaric I menjarah Rom.
- 1821 – Perjanjian Córdoba ditandatangani, meratifikasi Rancangan Iguala dan menamatkan Perang Kemerdekaan Mexico daripada Sepanyol.
- 1853 – Di Saratoga Springs, New York, George Crum dikatakan menyediakan kerepek kentang pertama selepas bosan dengan seorang pelanggan yang asyik mengadu kentang gorengnya terlalu tebal dan kembang.
- 2006 – Kesatuan Astronomi Antarabangsa mentakrifkan semula istilah "planet", mengelaskan Pluto sebagai planet kerdil.
Hari-hari sebelum: 23 Ogos – 22 Ogos – 21 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
25 Ogos: Hari Kemerdekaan di Uruguay; Hari Pahlawan di Filipina (2014).
- 1609 – Ahli astronomi Itali Galileo Galilei menunjukkan teleskop pertamanya, sejenis teleskop pembiasan, kepada pihak berkuasa Venice.
- 1912 – Parti Kuomintang diasaskan oleh Song Jiaoren dan Dr. Sun Yat-sen di Guangdong, China.
- 1920 – Perang Poland–Soviet: Angkatan Poland di bawah Józef Piłsudski berjaya memaksa Soviet Rusia berundur dari Warsaw.
- 1944 – Perang Dunia Kedua: Paris dibebaskan oleh Pihak Berikat daripada pendudukan Jerman Nazi.
- 1989 – Kapal angkasa lepas Voyager 2 (gambar) tiba di Neptun dan mengesahkan kewujudan gelang planet itu.
Hari-hari sebelum: 24 Ogos – 23 Ogos – 22 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
- 1071 – Perang Byzantine–Seljuk: Turki Saljuk pimpinan Alp Arslan menawan Maharaja Byzantine Romanus IV dalam Pertempuran Manzikert (gambar).
- 1346 – Perang Seratus Tahun: Kehandalan busur panjang Inggeris berbanding gabungan busur silang dan kesateria berperisai Perancis disahkan dalam Pertempuran Crécy.
- 1789 – Revolusi Perancis: Pengisytiharan Hak Manusia dan Warganegara diluluskan oleh Perhimpunan Pengundi Kebangsaan.
- 1883 – Gunung berapi Krakatau meletus, mengakibatkan tsunami yang membunuh lebih 36,000 orang.
- 2008 – Seminggu selepas Perang Ossetia Selatan tamat, Rusia mengiktiraf sepihak kemerdekaan Abkhazia dan Ossetia Selatan.
Hari-hari sebelum: 25 Ogos – 24 Ogos – 23 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
27 Ogos: Hari Kemerdekaan di Moldova (1991)
- 1776 – Tentera British di bawah William Howe menewaskan Angkatan Tentera Benua pimpinan George Washington di Brooklyn, Long Island, New York.
- 1896 – Perang Inggeris-Zanzibar (gambar) menjadi perang terpendek dalam sejarah apabila Kesultanan Zanzibar menyerah dalam masa sejam.
- 1957 – Perlembagaan Malaya mula berkuatkuasa, tiga hari sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka secara rasmi.
- 1985 – Kerajaan tentera Muhammadu Buhari di Nigeria digulingkan oleh Ibrahim Babangida.
- 2003 – Planet Marikh berada dalam kedudukan terdekat dengan Bumi sejak hampir 60,000 tahun: 55,758,006 km.
Hari-hari sebelum: 26 Ogos – 25 Ogos – 24 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
28 Ogos: Perayaan Qi Xi dalam kalendar Cina (2017)
- 475 – Flavius Orestes mengambil alih ibu negara Empayar Rom Barat Ravenna, memaksa Maharaja Julius Nepos melarikan diri.
- 1789 – Dengan teleskop 1.2 m (3.9 ka) baharunya, William Herschel menemui sebuah bulan Zuhal, kemudian dinamakan Enceladus.
- 1850 – Opera romantis Lohengrin oleh Richard Wagner dipersembahkan buat pertama kali, di Weimar, Jerman kini.
- 1963 – Martin Luther King, Jr. menyampaikan ucapan "Saya Mempunyai Impian" (gambar) di Washington, D.C., A.S.
- 2007 – Darurat diisytiharkan di Yunani akibat kebakaran hutan yang berleluasa.
Hari-hari sebelum: 27 Ogos – 26 Ogos – 25 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
29 Ogos: Hari perayaan John Pembaptis dipancung (Kristian)
- 1526 – Angkatan Uthmaniyyah di bawah Sulaiman al-Qanuni (gambar) membunuh Raja Lajos II dari pihak Hungary dan Bohemia dalam Pertempuran Mohács.
- 1756 – Frederick II dari Prusia melancarkan serangan sangkal ke atas Sachsen, memulakan Perang Tujuh Tahun.
- 1907 – Jambatan Quebec, rentang jambatan julur terpanjang di dunia kini, runtuh semasa dibina dan membunuh 75 pekerja.
- 1944 – Perang Dunia Kedua: Askar Slovakia berpaling terhadap rejim pro-Nazi Jozef Tiso dan Wehrmacht Jerman, memulakan Pemberontakan Kebangsaan Slovakia.
- 2005 – Taufan Katrina mengakibatkan rekahan pada tetambak di sekitar New Orleans, membanjiri 80 peratus bandar tersebut.
Hari-hari sebelum: 28 Ogos – 27 Ogos – 26 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
30 Ogos: Hari St. Rose dari Lima di Peru; Hari Kemenangan di Turki.
- 1813 – Perang Napoleon: Angkatan Fil Marsyal Michael Andreas Barclay de Tolly (gambar) menawan Jeneral Perancis Dominique Vandamme.
- 1835 – Peneroka Eropah yang mendarat di tebing utara Sungai Yarra di tenggara Australia mengasaskan bandar Melbourne.
- 1942 – Perang Dunia Kedua: Erwin Rommel melancarkan serangan besar terakhir Paksi dalam Kempen Gurun Barat, menyerang kedudukan British di Al Alamain, Mesir.
- 1959 – Gelaran Pahlawan Nasional Indonesia dianugerahkan buat kali pertama, kepada penulis-juga-ahli politik Abdul Muis.
- 1992 – Michael Schumacher memenangi perlumbaan Formula Satu pertamanya, di Grand Prix Belgium.
Hari-hari sebelum: 29 Ogos – 28 Ogos – 27 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
31 Ogos: Hari Kebangsaan di Malaysia (1957); Hari Bahasa Romania di Moldova dan Romania
- 1218 – Al-Kamil menjadi sultan keempat dinasti Ayubiyyah di Mesir.
- 1888 – Mayat Mary Ann Nichols ditemui di London Victoria, kononnya mangsa pembunuh bersiri Jack the Ripper yang pertama.
- 1986 – Selepas berlanggar dengan sebuah kapal kargo, kapal samudera Soviet Admiral Nakhimov tenggelam ke dalam Laut Hitam dalam masa 7 minit.
- 1992 – Pascal Lissouba dilantik sebagai Presiden Republik Congo selepas satu pilihan raya, mengakhiri pemerintahan satu parti penyokong Marxisme.
- 1997 – Diana, Puteri Wales dan temannya Dodi Al-Fayed terbunuh dalam satu kemalangan kelajuan tinggi di terowong jalan Pont de l'Alma di Paris.
- Aidan dari Lindisfarne (m. 651)
- Alma Mahler (l. 1879)
- Feng Tianwei (l. 1986)
Hari-hari sebelum: 30 Ogos – 29 Ogos – 28 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah