Pergi ke kandungan

Subway Tower

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lokasi Subway Tower (1895)

Subway Tower adalah sebuah terowong yang terletak di bawah Sungai Thames di tengah London, antara Tower Hill di utara sungai dan Vine Lane (hujung Jalan Tooley) di selatan. Pada tahun 1869, sebuah terowong bulat sepanjang 1,340-kaki (410 m) telah digali melalui tanah liat London menggunakan pelapik besi tempawan, satu kaedah yang dipatenkan pada tahun 1864 oleh Peter W. Barlow. Sebatang rel sempit selebar 2 kaki 6 in (762 mm) telah dibina dalam terowong dan bermula bulan Ogos 1870, sebuah gerabak kayu yang ditarik dengan kabel mengangkut penumpang dari hujung ke hujung yang lain. Kaedah ini tidak ekonomik dan syarikat yang membina menjadi muflis pada hujung tahun. Terowong ini kemudian diubah untuk kegunaan pejalan kaki dan seramai sejuta orang menggunakannya untuk menyeberangi sungai setiap tahun, serta membayar tol sebanyak 12d. Pembukaan Jambatan Menara yang bebas tol pada tahun 1894 menyebabkan kejatuhan pendapatan dan terowong ini ditutup pada tahun 1898, selepas dijual kepada London Hydraulic Power Company. Hari ini, terowong ini digunakan sebagai paip air.

Kaedah pembinaan yang sama digunakan pada tahun 1890 untuk menggali terowong di City and South London Railway, jalan keretapi "Tube" London yang pertama.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:ThamesCrossings

Koordinat: 51°30′30″N 0°4′44″W / 51.50833°N 0.07889°W / 51.50833; -0.07889