Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/Julai
Templat:JulaiCalendar2024Source
1 Julai: Hari Kanada; Hari Republik di Ghana (1960); Hari Kemerdekaan di Burundi dan Rwanda (1962).
- 1916 – Perang Dunia Pertama: Hari pertama Pertempuran Albert (gambar) menjadi hari yang paling banyak menumpahkan darah dalam sejarah Tentera Darat Britain, dengan 19,240 askar maut.
- 1991 – Pakatan Warsaw dibubarkan secara rasmi di Praha.
- 1997 – United Kingdom telah memindahkan kedaulatan Hong Kong kepada China untuk diperintah sebagai kawasan pentadbiran khas di bawah dasar "satu negara, dua sistem".
- 1999 – Tadbir urus perundangan Scotland dipindahkan daripada Scottish Office di Westminster kepada Parlimen Scotland.
- 2002 – Statut Rom mula berkuatkuasa, mengasaskan Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mendakwa individu bagi pembasmian kaum, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah kelangsangan.
Hari-hari sebelum: 30 Jun – 29 Jun – 28 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
- 1644 – Gabungan Covenanter Scotland dan Roundhead England menewaskan golongan setiaraja Cavalier dalam Pertempuran Mur Marston, salah satu pertembungan muktamad Perang Saudara England.
- 1839 – Lebih 50 orang hamba Afrika memberontak di atas kapal abdi La Amistad berhampiran pantai Cuba.
- 1900 – Penerbangan pertama Zeppelin (gambar) dilakukan di atas Tasik Constance berdekatan Friedrichshafen, Jerman.
- 1976 – Selepas Perang Vietnam, Vietnam Utara dan Selatan bersatu di bawah pemerintahan komunis untuk membentuk Republik Sosialis Vietnam.
- 1997 – Nilai Baht Thai berkurang dengan cepat sehingga separuh, menandakan permulaan Krisis Kewangan Asia 1997.
Hari-hari sebelum: 1 Julai – 30 Jun – 29 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
3 Julai: Hari Kemerdekaan di Belarus (1944)
- 987 – Hugh Capet dimahkotakan sebagai Raja Perancis, raja pertama dinasti Capet yang memerintah Perancis.
- 1608 – Bandaraya Quebec diasaskan oleh penjelajah Perancis Samuel de Champlain.
- 1863 – Serangan Pickett Gabungan terjadi pada hari terakhir dan yang paling menumpahkan darah dalam Pertempuran Gettysburg, menandakan titik peralihan dalam Perang Saudara Amerika.
- 1988 – Kapal perang Tentera Laut A.S. USS Vincennes menembak jatuh Penerbangan 655 Iran Air di atas Teluk Parsi, membunuh semua 290 di dalam pesawat.
- 2013 – Ketua jeneral tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi memimpin satu pakatan untuk menyingkirkan Presiden Mesir, Mohammed Morsi.
Hari-hari sebelum: 2 Julai – 1 Julai – 30 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
4 Julai: Hari Kemerdekaan di Amerika Syarikat; Hari Republik di Filipina; Afelion (00:13 UTC, 2014).
- 1187 – Salahuddin al-Ayyubi menewaskan Guy dari Lusignan dalam Pertempuran Hattin dan merampas Salib Benar.
- 1776 – Kongres Benua Kedua Tiga Belas Jajahan di Amerika Utara British meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan (gambar), membentuk Amerika Syarikat.
- 1862 – Lewis Carroll bercerita kepada Alice Liddell kisah yang membentuk asas Alice's Adventures in Wonderland.
- 1894 – Republik Hawaii diisytiharkan di Istana ʻIolani, Honolulu dengan Sanford B. Dole sebagai presiden pertama.
- 1976 – Komando Israel menyerbu Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe di Uganda, bagi membebaskan tebusan yang ditangkap perampas PFLP dan RZ.
Hari-hari sebelum: 3 Julai – 2 Julai – 1 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
5 Julai: Hari Kemerdekaan di Venezuela (1811), Algeria (1962) dan Tanjung Verde (1975); Hari Santo Cyril dan Methodius di Republik Czech dan Slovakia
- 1687 – Philosophiae Naturalis Principia Mathematica oleh Isaac Newton (gambar) diterbitkan.
- 1954 – BBC News menyiarkan siaran berita televisyen pertamanya, dari sebuah studio sewa di Alexandra Palace, London.
- 1977 – Jeneral Muhammad Zia-ul-Haq menggulingkan Perdana Menteri Pakistan Zulfikar Ali Bhutto dalam satu rampasan kuasa tentera.
- 2006 – Korea Utara menguji sekurang-kurangnya tujuh peluru berpandu balistik.
- 2009 – Satu rusuhan berlaku di Ürümqi, Xinjiang, China menyebabkan sekurang-kurangnya 190 orang terbunuh dan 1,700 lagi tercedera.
Hari-hari sebelum: 4 Julai – 3 Julai – 2 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
6 Julai: Afelion (19:40 UTC, 2015); Hari Kemerdekaan di Malawi (1964) dan Comoros (1975); Hari Taraf Negara di Lithuania (1253).
- 1535 – Penentang Reformasi Protestan Thomas More dihukum pancung kerana enggan menerima Henry VIII sebagai Ketua Tertinggi Gereja England.
- 1785 – Dolar Amerika Syarikat (gambar), sejenis sistem mata wang perpuluhan, dipilih sebulat suara sebagai unit wang Amerika Syarikat.
- 1809 – Angkatan Perancis Napoleon menewaskan tentera Austria Erzherzog Karl dalam Pertempuran Wagram, konfrontasi muktamad Perang Gabungan Kelima.
- 1885 – Louis Pasteur berjaya menguji vaksinnya untuk penyakit anjing gila pada Joseph Meister.
- 1988 – Satu letupan dan kebakaran yang menyusul memusnahkan pelantar minyak Piper Alpha di Laut Utara lalu mengorbankan 168 orang.
Hari-hari sebelum: 5 Julai – 4 Julai – 3 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
7 Julai: Hari Kemerdekaan di Kepulauan Solomon (1978); Tanabata di Jepun; Malam Kupala di Rusia dan Ukraine.
- 1456 – Jeanne d'Arc dibebaskan daripada tuduhan bidaah, 25 tahun selepas kematiannya.
- 1846 – Perang Amerika Syarikat-Mexico: Angkatan A.S. pimpinan Laksamana Pertama John D. Sloat menduduki Monterey, memulakan pengilhakan California.
- 1898 – Akta Kongres Amerika Syarikat yang mengilhak Republik Hawaii (gambar peta), Ketetapan Newlands dimeterai presiden.
- 1937 – Peristiwa Jambatan Marco Polo di Beijing menandakan permulaan Perang China-Jepun Kedua.
- 2005 – Pengebom berani mati membunuh 52 orang dalam satu siri empat letupan terhadap sistem pengangkutan awam London.
Hari-hari sebelum: 6 Julai – 5 Julai – 4 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
- 1497 – Vasco da Gama memulakan pelayaran orang Eropah yang pertama terus ke India.
- 1709 – Perang Utara Besar: Pyotr I dari Rusia menewaskan Charles XII dari Sweden dalam Pertempuran Poltava (gambar), secara berkesan menamatkan peranan Sweden sebagai kuasa besar di Eropah.
- 1889 – Terbitan pertama akhbar harian niaga paling banyak diedarkan, The Wall Street Journal dikeluarkan.
- 1994 – Selepas kematian Kim Il-sung, Kim Jong-il menjadi Pemimpin Agung Korea Utara.
- 2011 – Bolak-balik angkasa lepas Atlantis dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy dalam penerbangan STS-135, misi terakhir program Space Shuttle A.S.
Hari-hari sebelum: 7 Julai – 6 Julai – 5 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
9 Julai: Hari Kemerdekaan di Argentina (1816) dan Sudan Selatan (2011)
- 869 – Gempa bumi dan tsunami melanda kawasan sekitar Sendai, Jepun, meninggalkan mendapan pasir sejauh 4 km dari pantai.
- 1789 – Revolusi Perancis: Perhimpunan Pengundi Kebangsaan (gambar) dibentuk daripada Perhimpunan Kebangsaan.
- 1900 – Ratu Victoria dari United Kingdom memberikan Perkenan Diraja bagi akta penubuhan Komanwel Australia.
- 1955 – Manifesto Russell–Einstein diterbitkan di London, menyeru diadakan persidangan untuk menilai bahaya senjata pemusnah besar-besaran terhadap kemandirian manusia.
- 2002 – Kesatuan Afrika diasaskan menggantikan Komuniti Ekonomi Afrika dan Pertubuhan Perpaduan Afrika.
Hari-hari sebelum: 8 Julai – 7 Julai – 6 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
10 Julai: Hari Senyap; Hari Kemerdekaan di Bahamas (1973).
- 1584 – Putera Orange William si Pendiam ditembak mati di kediaman Delftnya oleh Balthasar Gérard.
- 1796 – Ahli matematik Carl Friedrich Gauss menemui bahawa semua integer positif boleh diwakili oleh hasil tambah paling banyak tiga nombor segitiga.
- 1925 – Guru Meher Baba memulakan pembisuan 44 tahunnya sehingga kematiannya pada 1969.
- 1962 – Satelit komunikasi siaran langsung aktif pertama di dunia, Telstar (gambar) dilancarkan oleh NASA.
- 2011 – Edisi terakhir News of the World diterbitkan apabila akhbar tabloid British ini ditutup berikutan tuduhan menggodam mel suara pelajar sekolah yang dibunuh Milly Dowler dan mangsa serangan 7/7.
Hari-hari sebelum: 9 Julai – 8 Julai – 7 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
11 Julai: Naadam di Mongolia bermula
- 1405 – Pengembara China Ming Zheng He memimpin armada besar 317 kapal dari Suzhou ke India.
- 1789 – Revolusi Perancis: Jacques Necker (gambar) disingkirkan sebagai Menteri Kewangan, mencetus bantahan umum di Paris yang membawa kepada Serbuan Bastille.
- 1921 – Perang Kemerdekaan Ireland tamat dengan damai sementara antara Kerajaan Bersatu Great Britain dan Ireland dengan Tentera Republikan Ireland.
- 1940 – Wira Perang Dunia I Perancis Henri-Philippe Petain menjadi ketua negara Perancis Vichy.
- 1995 – Penghapusan bangsa Bosnia: Tentera Serb Bosnia pimpinan Ratko Mladić memulakan pembunuhan Srebrenica di Srebrenica, Bosnia dan Herzegovina.
Hari-hari sebelum: 10 Julai – 9 Julai – 8 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
12 Julai: Hari Kemerdekaan di São Tomé dan Príncipe (1975) dan Kiribati (1979)
- 1806 – 16 negeri Jerman keluar daripada Empayar Suci Rom dan membentuk Gabungan Rhein.
- 1862 – Pingat ketenteraan tertinggi kerajaan Amerika Syarikat Medal of Honor diluluskan oleh Kongres A.S.
- 1943 – Perang Dunia Kedua: Angkatan Jerman dan Soviet bertembung dalam Pertempuran Prokhorovka, salah satu pertempuran kereta kebal terbesar dalam sejarah.
- 1971 – Bendera Orang Asli Australia (gambar), salah satu bendera rasmi Australia, dikibarkan buat pertama kali.
- 2006 – Hizbullah menyerang kedudukan tentera Israel di sempadan Lubnan di samping melancarkan roket dan mortar ke Israel, mencetuskan Perang Julai.
Hari-hari sebelum: 11 Julai – 10 Julai – 9 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
13 Julai: Hari Taraf Negara di Montenegro; Hari Peringatan Kebangsaan di Ireland (2014).
- 1772 – Kapal HMS Resolution dan Kapten James Cook mula belayar dari Plymouth, England, bersama-sama HMS Adventure.
- 1793 – Pemimpin Revolusi Perancis Jean-Paul Marat dibunuh dalam takung mandinya oleh Charlotte Corday (gambar).
- 1863 – Penentang undang-undang baharu yang mengerah orang menyertai Perang Saudara Amerika memulakan rusuhan di Bandar Raya New York.
- 1985 – Konsert amal Live Aid yang dikelolakan oleh Bob Geldof dan Midge Ure untuk memungut derma bantuan kebuluran di Habsyah, diadakan di London dan Philadelphia.
- 2011 – Tiga pengeboman terlaras di Mumbai, India, membunuh 26 orang dan mencederakan 130 lagi.
Hari-hari sebelum: 12 Julai – 11 Julai – 10 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
14 Julai: Hari Bastille di Perancis (1789)
- 1223 – Louis VIII menjadi Raja Perancis.
- 1933 – Gleichschaltung: Semua parti politik di Jerman diharamkan kecuali Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional.
- 1965 – Mariner 4 terbang melintasi Marikh, dan menangkap gambar jarak dekat (gambar) bagi planet lain buat pertama kali.
- 1995 – Format pengekodan audio digital MP3 diberi nama.
- 2003 – Pemerintah A.S. mengakui kewujudan Area 51, lapangan udara tentera rahsia di Nevada yang menjadi fokus pelbagai teori konspirasi dan UFO.
Hari-hari sebelum: 13 Julai – 12 Julai – 11 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
15 Julai: Hari Keputeraan Sultan di Brunei
- 1482 – Muhammad XII (gambar) ditabalkan sebagai raja ke-22 dan terakhir bagi wangsa Nasr dari Granada.
- 1799 – Askar-askar Perancis menemui Batu Rasyid di sebuah kubu berhampiran bandar pelabuhan Rasyid, Mesir.
- 1888 – Gunung Bandai meletus, mengorbankan lebih 470 orang di Prefektur Fukushima, Jepun.
- 1910 – Dalam buku Clinical Psychiatry, Emil Kraepelin memberikan nama penyakit Alzheimer, bersempena penemu yang juga rakan sekerjanya Alois Alzheimer.
- 1974 – Presiden Cyprus Makarios III digulingkan dalam satu rampasan kuasa dan digantikan oleh Nikos Sampson.
Hari-hari sebelum: 14 Julai – 13 Julai – 12 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
- 622 – Epok Takwim Hijrah terjadi, menandakan penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah ke Madinah.
- 1790 – Daerah Colombia ditubuhkan sebagai ibu kota Amerika Syarikat selepas penandatanganan Akta Kediaman.
- 1979 – Saddam Hussein menjadi Presiden Iraq, menggantikan sepupu beliau Ahmed Hassan al-Bakr yang meletak jawatan.
- 1994 – Serpihan komet Shoemaker-Levy 9 (gambar) musnah dalam pelanggaran dengan planet Musytari.
- 2007 – Gempa bumi 6.7 MW terjadi di perairan Prefektur Niigata, Jepun, membunuh 11 orang dan merosakkan sebuah loji kuasa nuklear.
Hari-hari sebelum: 15 Julai – 14 Julai – 13 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
17 Julai: Eid al-Ghadeer (Syiah, 2022); Hari Perlembagaan di Korea Selatan (1948); Hari Emoji Sedunia
- 1203 – Angkatan Perang Salib Keempat menawan Konstantinopolis sehingga memaksa Maharaja Byzantium Alexios III Angelos melarikan diri dibuang negeri.
- 1918 – Revolusi Rusia: Bolshevik menjalankan hukuman mati ke atas Tsar Nikolai II dan keluarganya di Yekaterinburg.
- 1936 – Pemberontak nasionalis cuba merampas kuasa di Republik Sepanyol Kedua, mencetuskan Perang Saudara Sepanyol.
- 1975 – Timor Timur (gambar bendera) diilhak dan menjadi provinsi Indonesia yang ke-27.
- 2014 – Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia ditembak jatuh dan terhempas di timur Ukraine, membunuh kesemua 298 orang.
Hari-hari sebelum: 16 Julai – 15 Julai – 14 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
18 Julai: Hari Perlembagaan di Uruguay (1830)
- 1290 – Edward I mengeluarkan suatu surat titah mengusir semua orang Yahudi dari England.
- 1863 – Perang Saudara Amerika: Unit tentera Afrika Amerika rasmi pertama, Regimen Infantri Massachusetts ke-54 mengetuai serangan ke atas Kubu Wagner, Carolina Selatan (gambar).
- 1925 – Adolf Hitler menerbitkan jilid pertama manifesto peribadinya Mein Kampf.
- 1942 – Jurutera Jerman menguji pesawat pejuang Messerschmitt Me 262, kali pertama sebuah pesawat turbin jet terbang.
- 1976 – Di Sukan Olimpik Montreal, Nadia Comaneci menjadi orang pertama mendapat markah sempurna 10 dalam acara gimnastik Olimpik moden.
Hari-hari sebelum: 17 Julai – 16 Julai – 15 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
19 Julai: Hari Martir Myanmar; Hari Kemerdekaan di Laos (1949).
- 64 – Kebakaran Agung Rom bermula berhampiran Circus Maximus.
- 711 – Penaklukan Umayyad ke atas Hispania: Angkatan Umaiyah Moor yang diketuai Tariq ibn Ziyad menewaskan Roderic dan Visigoth dalam Pertempuran Guadalete.
- 1553 – Lady Jane Grey digantikan oleh Mary I (gambar) sebagai Ratu England selepas hanya sembilan hari.
- 1870 – Pertikaian mengenai bakal raja Sepanyol menyebabkan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Prusia, memulakan Perang Perancis-Prusia.
- 1979 – Pemberontak Sandinista menggulingkan kerajaan keluarga Somoza yang disokong Amerika Syarikat di Nicaragua.
Hari-hari sebelum: 18 Julai – 17 Julai – 16 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
20 Julai: Hari Kemerdekaan di Colombia (1810); Hari Rakan di Argentina dan negara Amerika Latin lain.
- 1866 – Perang Kemerdekaan Itali Ketiga: Di Laut Adriatik, tentera laut Austria menewaskan armada Itali yang lebih besar.
- 1944 – Di Wolfsschanze, Adolf Hitler terselamat daripada percubaan membunuhnya oleh anggota Penentang Jerman Claus von Stauffenberg.
- 1951 – Abdullah I dari Jordan dibunuh semasa melawat Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.
- 1969 – Modul qamari Apollo 11 mendarat di Laut Ketenangan, Neil Armstrong dan Buzz Aldrin (gambar) kemudian menjadi manusia pertama berjalan di bulan.
- 1999 – Falun Gong diharamkan di Republik Rakyat China.
Hari-hari sebelum: 19 Julai – 18 Julai – 17 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
21 Julai: Hari Kebangsaan di Belgium; Hari Keharmonian Kaum di Singapura; Hari Laut di Jepun (2014).
- 356 SM – Kuil Artemis di Ephesos musnah akibat pembakaran sengaja dilakukan Herostratus.
- 1831 – Di Brussel, Leopold I (gambar) ditabalkan sebagai Raja Belgium yang pertama.
- 1861 – Angkatan Gabungan menewaskan Kesatuan dalam Pertempuran Bull Run Pertama, pertempuran besar yang pertama bagi Perang Saudara Amerika.
- 1995 – Tentera Pembebasan Rakyat China menembak peluru berpandu ke perairan di utara Taiwan, mencetuskan Krisis Selat Taiwan Ketiga.
- 2007 – Harry Potter dengan Azimat Maut dipasarkan dengan 15 juta naskhah terjual dalam masa 24 jam, menjadikannya buku paling pantas terjual dalam sejarah.
Hari-hari sebelum: 20 Julai – 19 Julai – 18 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
22 Julai: Hari Sarawak (1963); Hari Penghampiran Pi; Hari Perayaan Mary Magdalene.
- 838 – Perang Arab-Byzantine: Angkatan Abbasiyyah menewaskan Maharaja Theophilos dan Empayar Byzantium.
- 1802 – Gia Long menawan Hanoi, menyatukan Vietnam dan memulakan Dinasti Nguyễn.
- 1812 – Perang Semenanjung: Angkatan Inggeris-Portugal pimpinan Arthur Wellesley (gambar) menewaskan angkatan Marsyal Perancis Auguste de Marmont.
- 1977 – Selepas dilucutkan semua kuasa oleh Geng Berempat tahun sebelumnya, Deng Xiaopeng kembali memegang jawatan dalam Parti Komunis China.
- 2002 – Israel menggugurkan bom ke rumah Solah Syahadah, pemimpin cabang tentera Hamas, membunuh beliau dan keluarganya.
Hari-hari sebelum: 21 Julai – 20 Julai – 19 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
23 Julai: Hari Revolusi di Mesir (1952)
- 1881 – Persekutuan sukan antarabangsa tertua, Persekutuan Gimnastik Antarabangsa ditubuhkan di Liège, Belgium.
- 1952 – Sekumpulan pegawai tentera Mesir yang dipimpin Muhammad Naguib dan Gamal Abdel Nasser merampas kuasa daripada Raja Farouk I.
- 1970 – Qaboos menggulingkan ayahandanya Said bin Taimur untuk menjadi Sultan Oman.
- 1995 – Hale-Bopp (gambar), antara komet yang paling diperhatikan pada abad ke-20, ditemui secara berasingan oleh Alan Hale dan Thomas Bopp.
- 2001 – Megawati Soekarnoputri menjadi presiden wanita pertama Indonesia.
Hari-hari sebelum: 22 Julai – 21 Julai – 20 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
24 Julai: Hari Kanak-kanak di Vanuatu; Hari Perintis di Utah, A.S. (1847)
- 1910 – Empayar Uthmaniyyah menawan bandar Shkodër, menumpaskan pemberontakan yang disokong oleh Kerajaan Serbia.
- 1911 – Di Andes Peru, Hiram Bingham menemui semula Machu Picchu (gambar), ketika itu disangkakan "bandar lenyap Inka".
- 1929 – Pakatan Kellogg–Briand yang menolak peperangan sebagai alat dasar luar negeri berkuatkuasa.
- 2009 – Kapal dagang MV Arctic Sea, dilaporkan membawa balak, dikatakan dinaiki perampas berhampiran pantai Sweden sebelum dilaporkan hilang, namun kargo dan peristiwa sebenar masih samar hingga kini.
- 2013 – Sebuah kereta api berkelajuan tinggi yang dalam perjalanan dari Madrid ke Ferrol, Sepanyol tergelincir, membunuh 78 orang penumpangnya.
Hari-hari sebelum: 23 Julai – 22 Julai – 21 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
25 Julai: Hari Perlembagaan Komanwel di Puerto Rico; Hari Quds (2014).
- 306 – Constantinus I diisytiharkan sebagai Maharaja Rom selepas kemangkatan Constantius Chlorus.
- 1261 – Empayar Latin berakhir apabila angkatan Nicaea pimpinan Alexios Strategopoulos menawan Konstantinopolis, mengasaskan semula Empayar Byzantium.
- 1536 – Konkuistador Sepanyol Sebastián de Belalcázar mengasaskan Santiago de Cali di barat Colombia kini semasa mencari bandar mitos El Dorado.
- 1909 – Juruterbang Perancis Louis Blériot (gambar) menjadi orang pertama menyeberangi Selat Inggeris dengan mesin penerbangan yang lebih berat daripada udara.
- 2010 – WikiLeaks menerbitkan 75 ribu dokumen sulit mengenai Perang di Afghanistan.
Hari-hari sebelum: 24 Julai – 23 Julai – 22 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
26 Julai: Hari Kemerdekaan di Liberia (1847) dan Maldives (1965); Hari Pengguna di Malaysia.
- 1139 – Selepas memenangi Pertempuran Ourique, Afonso si Penakluk diisytiharkan sebagai raja pertama Portugal yang merdeka.
- 1822 – José de San Martín bertemu dengan Simón Bolívar di Guayaquil untuk merancang masa hadapan Peru dan Amerika Selatan.
- 1882 – Opera Parsifal Richard Wagner mengadakan tayangan perdananya di Festspielhaus Bayreuth, Bavaria.
- 1963 – NASA melancarkan Syncom 2 (gambar), satelit komunikasi geosegerak yang pertama di dunia.
- 1999 – Konflik Kashmir: Perang Kargil berakhir selepas India menawan kembali subsektor Dras daripada Pakistan.
Hari-hari sebelum: 25 Julai – 24 Julai – 23 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
27 Julai: Hari José Celso Barbosa di Puerto Rico
- 1302 – Peperangan Islam-Rom Byzantine: Kesultanan Uthmaniyah mendapat kemenangan besar pertamanya menentang Empayar Byzantium di Bithynia.
- 1694 – Piagam Diraja dikurniakan kepada Bank England sebagai jurubank Kerajaan England.
- 1953 – Gencatan senjata dicapai dalam Perang Korea, dan Zon Bebas Tentera (gambar Kawasan Keselamatan Bersama) diwujudkan sebagai sempadan.
- 1955 – Parti Perikatan memenangi pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu.
- 1996 – Sebutir bom paip meletup semasa Sukan Olimpik di Atlanta, Georgia, A.S., membunuh dua orang dan mencederakan 111 yang lain.
Hari-hari sebelum: 26 Julai – 25 Julai – 24 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
28 Julai: Hari Kemerdekaan di Peru; Hari Hepatitis Sedunia.
- 1794 – Revolusi Perancis: Pemimpin Pemerintahan Ganas, Maximilien de Robespierre dipancung dengan gilotin.
- 1914 – Austria-Hungary mengisytiharkan perang terhadap Serbia, memulakan Perang Dunia Pertama.
- 1976 – Satu gempa bumi dengan magnitud 8.2 ML meranapkan Tangshan, China (gambar), membunuh lebih 242 ribu orang dan mencederakan 164 ribu lagi.
- 1990 – Alberto Fujimori menjadi Presiden Peru, orang pertama berketurunan Jepun yang menjadi ketua kerajaan bagi sebuah negara Amerika Latin.
- 2010 – Penerbangan 202 Airblue terhempas berhampiran Islamabad, membunuh semua 152 di atas pesawat.
- 2015 - Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari senarai Kabinet Malaysia 2015.
Hari-hari sebelum: 27 Julai – 26 Julai – 25 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
29 Julai: Ólavsøka di Kepulauan Faroe; Hari Lagu Kebangsaan di Romania.
- 1030 – Raja Olaf II terbunuh dalam Pertempuran Stiklestad ketika cuba mendapatkan semula takhta Norwaynya daripada orang Denmark.
- 1836 – Arc de Triomphe di Paris dirasmikan, memperingati mereka yang terkorban dalam Perang Revolusi Perancis dan Perang Napoleon.
- 1947 – Komputer digit elektronik serbaguna pertama di dunia, ENIAC (gambar) dihidupkan.
- 1957 – Agensi Tenaga Atom Antarabangsa diasaskan.
- 1981 – Lebih 700 juta orang di seluruh dunia menonton siaran langsung perkahwinan Putera Charles dan Diana Spencer di Katedral St Paul di London.
Hari-hari sebelum: 28 Julai – 27 Julai – 26 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
30 Julai: Tahun Baru Islam (2022, 1444H); Hari Kemerdekaan di Vanuatu (1980)
- 762 – Khalifah Al-Mansur mengasaskan Baghdad bagi menjadi ibu negara empayar Islam di bawah pemerintahan Abbasiyah.
- 1825 – Pulau Malden (gambar), kini sebahagian Kepulauan Line Kiribati, ditemui di Lautan Pasifik.
- 1930 – Tuan rumah Uruguay menewaskan Argentina 4–2 di Stadium Centenario untuk memenangi Piala Dunia bola sepak pertama.
- 1956 – Satu ketetapan bersama Kongres Amerika Syarikat yang ditandatangani oleh Presiden Dwight D. Eisenhower, menjadikan In God We Trust sebagai cogan kata kebangsaan.
- 2012 – Lebih daripada 300 juta orang di utara India mengalami gangguan bekalan elektrik akibat kegagalan grid janakuasa, menjadikannya gangguan seumpamanya yang terbesar dalam sejarah.
Hari-hari sebelum: 29 Julai – 28 Julai – 27 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
31 Julai: Hari Pahlawan di Malaysia; Lā Hae Hawaiʻi dan Lā Hoʻihoʻi Ea di Hawaii (1843); Hari Perayaan Ignatius dari Loyola.
- 1658 – Selepas menewaskan saudaranya, Aurangzeb ditabalkan sebagai Maharaja Mughal ke-6.
- 1777 – Kongres Benua Kedua meluluskan ketetapan membenarkan bangsawan Perancis Marquis de Lafayette menyertai tentera revolusi Amerika sebagai Mejar Jeneral.
- 1917 – Perang Dunia Pertama: Pertempuran Passchendaele bermula berhampiran Ieper di Flanders Barat, Belgium.
- 1954 – Sepasukan pendaki Itali menjadi orang pertama sampai ke puncak K2 (gambar), gunung kedua tertingi di dunia.
- 2006 – Ekoran pembedahan usus, Fidel Castro memindahkan buat sementara waktu tugas sebagai Presiden Cuba kepada adiknya Raúl.
Hari-hari sebelum: 30 Julai – 29 Julai – 28 Julai
lihat - perbincangan - sunting - sejarah