Alp Arslan
Alp Arslan | |
---|---|
Sultan Seljuk Agung | |
Pemerintahan | 1064 – 1072 |
Pertabalan | 27 April, 1064 |
Nama penuh | Muhammad bin Da'ud Chaghri |
Dimakamkan | Merv, Turkestan |
Pendahulu | Toğrül |
Pengganti | Malik Shah I |
Kerabat diraja | Dinasti Seljuk |
Ayahanda | Çağrı Bey |
Agama | Sunni Islam |
Alp Arslan (1029 – 15 Disember, 1072) adalah merupakan anak lelaki kedua kepada sultan dinasti Seljuk. Nama sebenar beliau adalah Muhammad bin Da'ud Chaghri, dan kerana keberanian semasa berperang dan dalam dirinya serta kemahiran bertempurnya beliau mendapat nama gelaran Alp Arslan, yang bermaksud "seekor singa berani" di dalam bahasa Turki.
Mengikut sumber sejarah, kejayaan paling besar yang dikecapi oleh Sultan Seljuk ini dalam Pertempurang Manzikert yang menyaksikan pasukan tentera Muslim telah menewaskan tentera salib Byzantine. Pertempuran Manzikert, atau Malazgirt, terjadi di antara Empayar Byzantine dan tentera Seljuk pimpinan Alp Arslan pada 26 Ogos 1071 berhampiran Manzikert (kini Malazgirt, Turki, di wilayah Mus). Ia berakhir dengan salah satu kekalahan paling memalukan Empayar Byzantine dan menyaksikan Maharaja Byzantine Romanos IV Diogenes ditawan. Peperangan ini melibatkan kekuatan tentera Byzantine seramai 100,000 orang berbanding dengan 15,000 orang tentera Muslim.
Sebelum pertempuran terjadi, tentera Byzantine telah menawan kota Anatolia, Kapadokia, sebahagian dari wilayah Khurasan dan wilayah di utara Iraq. Sultan Muhammad bin Da'ud Chaghri yang baru sahaja pulang dari pertempuran tidak mengambil masa yang lama. Baginda terus menyahut seruan jihad dan mengarahkan tentera yang bersama baginda untuk bertempur dengan Maharaja Byzantine.
Satu ucapan beliau yang membangkitkan semangat pejuang Islam :
"Pada hari ini agama Islam sedang diancam bahaya yang besar, dan segenap kaum Muslimin juga sedang diancam bahaya yang besar. Beta begitu khawatir kalau sahaja kalimat Laa Ilaaha Illallah sampai terhikis dari muka bumi ini." Kemudian dia berteriak dengan lantang, "Wahai kaum Muslimin, tolonglah Islam, tolonglah Islam! Beta telah membungkus tubuh ini dengan kain kafan. Barangsiapa yang menginginkan syurga, hendaklah dia melakukan seperti apa yang beta lakukan. Kita harus bertarung di bawah panji Laa Ilaaha Illallah hingga kita mati syahid atau dapat meninggikan kalimat Laa Ilaaha Illallah!" "Allahu Akbar, Allahu Akbar"!! Lantas seluruh pasukan tentaranya yang berjumlah 15,000 orang itu dibalut dengan kafan seluruh tubuh mereka.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Alp Arslan |
Didahului oleh Toghrül |
Sultan Seljuk Agung 1063–1072 |
Diikuti oleh: Malik Shah I |