Jambatan Sungai Mississippi
Jambatan Sungai Mississippi | |
---|---|
Maklumat umum | |
Membawa | Interstate 35 (en) |
Diselenggarakan oleh | Jabatan Pengangkutan Minnesota |
Nombor ID (NBI) | 9340[1] |
Ciri-ciri | |
Reka bentuk | Jambatan kerangka geladak-lengkungan |
Bahan | Keluli |
Panjang keseluruhan () | 1,907 kaki (581 m) |
Lebar () | 108 kaki (33 m) |
Tinggi () | 35.1 m |
Rentangan terpanjang | 458 kaki (140 m) |
Bilangan rentangan | 14 |
Kelegaan bawah () | 64 kaki (19.5 m) |
Sejarah | |
Pereka bentuk | Sverdrup & Parcel (en) |
Mula dibina pada | November 1967 |
Dibuka pada | November 1967 |
Dirasmikan | November 1967 |
Ditutup pada | 1 Ogos 2007 |
Dirobohkan | 1r Ogos 2007 |
Digantikan dengan | I-35W Saint Anthony Falls Bridge (en) |
Perangkaan | |
Lalu lintas harian | 140,000[2] |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Minneapolis, Minnesota, A.S. |
Negara | Amerika Syarikat |
Menyeberangi | Sungai Mississippi |
sunting · sunting di Wikidata |
Jambatan Sungai Mississippi I-35W merupakan jambatan dengan lebuh raya 8 lorong, sepanjang 579 meter merintangi Sungai Mississippi. Ia dibina pada 1967 dan runtuh pada 2007. Jabatan Pengangkutan Minnesota menyatakan jambatan ini adalah jambatan ketiga tersibuk kerana dilalui 141,000 kenderaan setiap hari [3][2]. Sebuah jambatan ganti telah dirancang.
Lokasi
[sunting | sunting sumber]Jambatan ini terletak di Kaunti Hennepin, Minneapolis. Ia menghubungkan kawasan kejiranan Downtown East di selatan dengan Marcy-Holmes di utara. Ia terletak bersebelahan Jambatan 10th Avenue dan 24 km ke arah hulu Jambatan Sungai Minnesota I-35W, satu lagi jambatan utama di Minnesota.
Jambatan runtuh
[sunting | sunting sumber]Jambatan I-35W asal (secara rasmi dipanggil Jambatan 9340) runtuh dari tebing kiri hingga ke tebing kanan sungai menyembah bumi pada jam 6.05 petang waktu tempatan 1 Ogos 2007, ketika waktu sesak. Sehingga 7 Ogos, 5 orang telah disahkan mati, manakala 8 hilang lagi masih hilang dan dianggap telah mati [4]. Seramai 111 orang cedera, 5 daripadanya agak teruk.
Lebih 50 kenderaan menggelongsor ke dalam sungai dan dihimpit oleh struktur jambatan dan sebahagian lain bertindan-tindan. Ini termasuklah sebuah trak semi-treler. Bagaimanapun, cuma beberapa kereta yang tenggelam. 61 kanak-kanak berada di dalam bas sekolah yang balik dari taman tema air turut terlibat tetapi terselamat [5].
Beberapa pekerja sedang membaiki jalan tar di jambatan ketika itu. Sejak 1990 jambatan ini dikatakan tidak cukup kukuh dan beberapa pembaikan telah dijalankan. Tetapi tidak ada pula arahan untuk menutup jambatan ini. Pihak negeri Minnesota mengisytiharkan darurat [6].
Kamera keselamatan berhampiran bangunan Kejuruteraan Tentera Amerika berjaya merakamkan detik-detik jambatan itu runtuh [7].
Penyiasatan
[sunting | sunting sumber]Punca jambatan itu runtuh masih belum dapat dipastikan, namun bukan disebabkan aktiviti pengganas. Sebaliknya dikatakan kerana struktur binaan jambatan dan banyak jambatan lain di Amerika berusia 40 tahun itu sangat lemah dan telah dikesan sejak 1990. Lebih 700 jambatan lain mempunyai masalah yang sama. Hal ini disahkan oleh Lembaga Lebuhraya Persekutuan, Amerika Syarikat.
Gabenor Minnesota Tim Pawlenty menyatakan, pada 2005 dan 2006 beberapa kerja minor dan remeh seperti membaki lampu, konkrit dan sambungan antara jambatan telah dilakukan. Seorang profesor kejuruteraan alam sekitar dari Universiti Northwestern, Zdenek Bazant menyatakan beberapa kerja pembaikan menjadi punca jambatan itu runtuh. Jambatan tersebut tidak sepatutnya direkabina seperti itu [8].
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Gambar satelit pada 2004 (tengah kiri).
-
Dari West River Parkway (sebelah selatan).
-
Juga dari West River Parkway.
-
Gambar April 2006 melihat ke utara.
-
Sebelum dan selepas runtuh, dari tempat yang sama.
-
Galang hijau dari jambatan runtuh tercacak keluar dari sungai.
-
Helikopter perubatan tentera dan bot udara di jambatan sebelah.
-
Pemandangan dari jalan ke jambatan.
-
Jambatan runtuh di hadapan Jambatan 10th Avenue Bridge.
-
Bahagian tengah yang runtuh, dari jambatan sebelah melihat ke utara.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Bridge was rated 'structurally deficient' in 2005". Star Tribune. 2007-08-02. Dicapai pada 2007-08-02.
- ^ a b "2006 Downtown Minneapolis Traffic Volumes" (PDF). Minnesota Department of Transportation. 2006. Dicapai pada 2007-08-07. This map shows average daily traffic volumes for downtown Minneapolis. Trunk highway and Interstate volumes are from 2006.
- ^ Weeks, John A. III (2007). "I-35W Bridge Collapse Myths And Conspiracies". John A. Weeks III. Dicapai pada 2007-08-06.
- ^ Scolforo, Mark (2007-08-07). "Minn. bridge searchers turn to Navy". Associated Press. Dicapai pada 2007-08-07. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ School bus barely escapes bridge collapse Diarkibkan 2007-09-28 di Wayback Machine, AP, 1 Ogos 2007
- ^ Divers searching for victims in bridge collapse, Orange County Register, 1 Ogos 2007
- ^ "Video captures bridge collapse". CNN. 2 Ogos 2007. Dicapai pada 2007-08-02. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Chicago Tribune, Investigators in bridge collapse focus on chilling video, 2 Ogos 2007.