Pergi ke kandungan

Henri IV dari Perancis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Henri IV
Raja Perancis
Pemerintahan2 Ogos 1589 – 14 Mei 1610 (20 tahun, 285 hari)
Kemahkotaan27 Februari 1594
Didahului olehRaja Henry III
Diikuti olehRaja Louis XIII
Raja Navarre
Pemerintahan9 Jun 1572 – 14 Mei 1610
Didahului olehRaja Jeanne III
Diikuti olehLouis II
PemakamanSaint Denis Basilica, Perancis
PasanganPermaisuri Margaret dari Perancis
Marie de' Medici
AnakandaRaja Louis XIII dari Perancis
Elisabeth, Ratu Sepanyol
Christine, Duchess Savoy
Nicolas Henri, Duke Orléans
Gaston, Duke Orléans
Henrietta Maria, Ratu England dan Scotland
KerabatRumah Bourbon
AyahandaAntoine dari Navarre
BondaJeanne III dari Navarre

Raja Henri IV dari Perancis (13 Disember 1553 - 14 Mei 1610) ialah Raja Perancis dari tahun 1589 hingga tahun 1610 dan Raja Navarre dari tahun 1572 hingga tahun 1610. Baginda ialah paduka putera kepada Raja Antoine dari Navarre dan Permaisuri Jeanne III dari Navarre.

Pada 18 Ogos 1572, Raja Henri menikahi Margaret dari Valois. Baginda ialah paduka saudara Raja Charles IX. Baginda menjadi Raja Navarre pada tahun yang sama.

Selepas bercerai dengan Margaret, baginda kemudian mengahwini Marie de' Medici. Paduka anakanda Raja Henri ialah Raja Louis XIII dan Henrietta Maria dari Perancis, yang menikahi Raja Charles I dan menjadi Ratu England.

Kemangkatan

[sunting | sunting sumber]

Raja Henri IV dibunuh di Paris pada 14 Mei 1610 oleh seorang fanatik Katolik, François Ravaillac, yang menikamnya ketika dalam perjalanan ke kemahkotaan ratunya, apabila perjalanan kereta kudanya terhenti akibat trafik,[1][2]. Hercule, Duke Montbazon yang bersamanya krtika itu turut cedera. Raja Henri dimakamkan di Basilika St Denis.

Kehilangan hulu

[sunting | sunting sumber]

Hulu badan baginda yang dimumiakan hilang selepas revolusioner menjarah Basilika St Denis dan mencemarkan makamnya pada tahun 1793.[3] Suatu kepada mumia, dikatakan milik Henri IV, telah beradar di kalangan penghimpun sendirian sejak itu.

Wartawan Perancis Stephane Gabet mengikut petunjuk dan menjejak hulu baginda ke loteng pemungut cukai bersara, Jacques Bellanger, pada bulan Januari 2010. Menurut Gabet, satu pasangan membeli hulu raja itu di sebuah lelongan Paris pada awal tahun 1900-an, dan Bellanger membelinya daripada si isteri pada 1955.[4] Pada 2010, satu pasukan multidisiplin yang diketuai Philippe Charlier, seorang pemeriksa perubatan forensik di Hospital Universiti Raymond Poincaré di Garches, mengesahkan yang ia merupakan hulu Raja Henri IV yang hilang, selepas menggunakan gabungan teknik antropologi, paleopatologi, radiologi dan forensik.[3][5] Hulu itu memiliki berwarna perang muda, dan dalam keadaan baik.[3] Satu lesi tinggi sedikit daripada lubang hidung, satu lubang cuping telingan kanan menunjukkan penggunaan jangka lama subang, luka muka sembuh akibat percubaan membunuh pada 1594, merupakan antara tanda yang mengenal pasti hulu itu.[3][5] Pentarikhan radiokarbon memberikan tarikh antara tahun 1450 dan tahun 1650, yang sesuai dengan tarikh kemangkatan Raja Henri IV pada tahun 1610.[3] Bagaimanapun, pasukan itu gagal memperoleh jujukan DNA mitokondrion tidak tercemar dari hulu itu, jadi tiada perbandingan dapal dilakukan dengan tinggalan lain beliau dan keturunannnya.[3] Hulu itu akan dimakamkan semula di Basilika St Denis selepas satu misa dan pemakaman kebangsaan pada 2011.[5]

  1. ^ Pierre de l'Estoile, Journal du règne de Henri IV. Paris: Gallimard, m/s. 84, 1960.
  2. ^ Knecht, Robert J. The Murder of le roi Henri, History Today. Isu Mei 2010.
  3. ^ a b c d e f Philippe Charlier (14 Disember 2010). "Multidisciplinary medical identification of a French king's head (Henri IV)". BMJ.
  4. ^ "Suspected Henri IV head back with heirs". The Associated Press. 15 Disember 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-20. Dicapai pada 2010-12-20.
  5. ^ a b c "Tests show head of France's King Henri IV 'genuine'". UK: BBC. 15 Disember 2010.