Pergi ke kandungan

Perang Ossetia Selatan 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Ossetia Selatan 2008
Sebahagian daripada Konflik Georgia-Ossetia
dan Konflik Georgia-Abkhazia

Lokasi Georgia (termasuk wilayah-wilayah pemisah Abkhazia dan Ossetia Selatan) dan kawasan Kaukasus Utara yang dinaungi Rusia
Tarikh7 Ogos 200816 Ogos 2008[2]
Lokasi
Keputusan Kemenangan Rusia / Ossetia Selatan / Abkhazia, gencatan senjata dikuatkuasa
Perubahan
wilayah
Georgia kehilangan kawalan ke atas dua wilayahnya Abkhazia dan Ossetia Selatan
Pihak yang terlibat
Ossetia Selatan Republik Ossetia Selatan (tidak diiktiraf)
Rusia Persekutuan Rusia
Abkhazia Republik Abkhazia (tidak diiktiraf)
Georgia (negara) Georgia
MPRI[1]
Komandan dan pemimpin
Ossetia Selatan Eduard Kokoity
Rusia Dmitry Medvedev
Rusia Anatoly Khrulyov
Rusia Vladimir Shamanov
Rusia Marat Kulakhmetov
Rusia Vyacheslav Borisov
RusiaChechnya Sulim Yamadayev
Abkhazia Sergei Bagapsh
Georgia (negara) Mikheil Saakashvili
Georgia (negara) Davit Kezerashvili
Georgia (negara) Zaza Gogava
Kekuatan
Ossetia Selatan 3,000-15,000[3]
Rusia ~15,000[4] [5][6][7] kebanyakannya dari Ossetia Utara-Alania
Abkhazia n/a.
Georgia (negara) 37,000[8]
Georgia (negara) "Ramai" sukarelawan dari Georgia.[9] Bilangan kecil sukarelawan Georgia dari Azerbaijan dilaporkan[10]
Kerugian dan korban

Disahkan Rusia:
Ossetia Selatan n/a

Rusia Terkorban: 74 askar
Cedera: 171
Hilang: 19 [11]
4 pesawat hilang[12]
Bilangan sukarelawan hilang tidak diketahui
Abkhazia n/a
Anggaran Georgia:
400 mati[13]

Disahkan Georgia:
Terkorban: ~200 askar (pada 10 Ogos)[14]
Mneteri Kesihantan berkatan 175 orang terkorban, terutamanya orang awam[15]
Anggaran Rusia:
~4,000 mati[13]

Korban orang awam tidak diketahui (Rusia mendakwa asalnya lebih 2,000 orang awam terbunuh di Ossetia Selatan,[16] tetapi ini disangkal dan disangsi oleh penyiasat Human Rights Watch[17])
Sekurang-kurangnya 118,000 hilang tempat tinggal, termasuk 56,000 pelarian dari kota Gori, Georgia, menurut UNHCR.[18][19] Menurut Rusia, 30,000 orang awam berlari ke Rusia dari Ossetia Selatan (menurut HRW, ada yang kembali sebagai sukarelawan bersenjata).[6][20]

Perang Ossetia Selatan 2008 merupakan perang darat, udara dan laut yang melibatkan negara Georgia, Persekutuan Rusia dan republik Ossetia Selatan dan Abkhazia yang ingin berpisah dari Georgia. Perang ini bermula pada 8 Ogos 2008 dan secara besarnya berakhir pada 14 - 16 Ogos 2008 dengan gencatan senjata. Perang tercetus setelah perjanjian gencatan senjata antara Georgia dan Ossetia Selatan tidak dapat bertahan (kedua-dua pihak saling menyalahkan satu sama lain atas kegagalan gencatan senjata), lalu Georgia menceroboh Ossetia Selatan dengan bala tentera yang besar yang meranapkan kota Tskhinvali. Seorang pegawai kanan Kementerian Pertahanan Georgia berkata negaranya hendak "memulihkan perintah berperlembagaan" terhadap kawasan Ossetia Selatan.[21] Kerajaan Georgia berkata tenteranya telah dikerah untuk menamatkan bedilan puak pemisah Ossetia Selatan terhadap orang awam Georgia.[22]

Rusia bertindak balas pada hari kemudian dengan mengerahkan tenteranya ke Ossetia Selatan, agar mengusir tentera Georgia dari Tskhinvali sambil meneruskan pengeboman sasaran dan prasarana tentera Georgia. Perdana Menteri Rusia Vladimir Putin menyatakan bahawa Georgia sedang "menghapuskan rakyat sendiri" sementara Presiden Dmitry Medvedev menyatakan bahawa tujuan negaranya adalah "untuk memaksa pihak Georgia agar beraman", serta beliau "wajar melindungi nyawa dan maruah warga Rusia di mana jua mereka berada," iaitu menyentuh pasukan pengaman Rusia (yang turut mengalami kematian akibat serangan Georgia) dan mungkin juga kira-kira 90% penduduk awam di Ossetia Selatan yang memegang pasport Rusia.[23] Rusia kemudian turut memasuki Georgia.

  1. ^ The Destiny of Croatian Serbs Awaited Ossetians Strategic Culture Foundation
  2. ^ http://www.kremlin.ru/eng/text/news/2008/08/205406.shtml Presiden Rusia Dmitry Medvedev menandatangani rancangan untuk menyelesaikan konflik Georgia-Ossetia Selatan, berdasarkan enam prinsip yang dipersetujui sebelum ini.
  3. ^ Krasnogir, Sergey (8 Ogos 2008). "Расстановка сил" (dalam bahasa Russian). Lenta.Ru. Dicapai pada 2008-08-10.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Barnard, Anne (9 Ogos 2008). "Georgia and Russia Nearing All-Out War". The New York Times. Dicapai pada 2008-08-10.
  5. ^ 15,000 Russian troops in Georgia, U.S. administration officials say, CNN, 13 Ogos 2008
  6. ^ a b ""Human Rights Watch Counts South Ossetian Casualties, Displaced". Deutsche Welle. 11 Ogos 2008. Dicapai pada 2008-08-11.
  7. ^ "Hundreds of 'Volunteers' Head for S.Ossetia – N.Ossetian Leader". Civil.ge. 8 Ogos 2008. Dicapai pada 2008-08-09.[pautan mati kekal]
  8. ^ Comparative size of Russian, Georgian armed forces, Associated Press, 10 Ogos, 2:13 p.m. ET
  9. ^ "Zugdidi w rękach Rosjan" (dalam bahasa Polish). Rzeczpospolita. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-19. Dicapai pada 2008-08-11.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "Azerbaijani Georgians not to keep out of war with Ossetians". Today.az. 2008-08-09. Dicapai pada 2008-08-10.
  11. ^ "74 Russian Soldiers Killed in S.Ossetia - Report", Sofia News Agency, Novinite.com, 13 Ogos, 2008.
  12. ^ Российские самолеты были сбиты украинскими расчетами ПВО, Lenta.ru, 16:48:11
  13. ^ a b "Saakashvili on Military Aspects of Conflict," Ciliv.ge, 2008-08-13.
  14. ^ Georgia withdraws troops from South Ossetia capital, CNN, 10 Ogos 2008
  15. ^ 175 dead in Georgia unrest: health minister, AFP, 13.08.2008
  16. ^ "Security Council holds third emergency meeting as South Ossetia conflict intensifies, expands to other parts of Georgia".
  17. ^ Russia exaggerating South Ossetian death toll, says human rights group Russia exaggerating South Ossetian death toll, says human rights group, The Guardian, 13 Ogos 2008
  18. ^ http://www.unhcr.org/news/NEWS/48a57cd34.html
  19. ^ (Polonès) 100 tys. przemieszczonych z powodu konfliktu w Gruzji, Polska Agencja Prasowa, 12.08.2008
  20. ^ "Roots of Georgia-Russia clash run deep". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-16. Dicapai pada 2008-08-16.
  21. ^ "Georgia Decided to Restore Constitutional Order in S.Ossetia’ – MoD Official" Civil.GE Diterima pada 2008-08-15
  22. ^ Georgia invades breakaway South Ossetia province: Russia sends in tanks Chicago Tribune Dicapai pada 14 Ogos 2008
  23. ^ Day-by-day: Georgia-Russia crisis BBC Dicapai pada 14-08-08

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Sumber peta

[sunting | sunting sumber]