Serasi IBM PC
Serasi IBM PC pada umumnya merujuk kepada komputer yang serupa dengan IBM PC, Komputer Peribadi IBM XT, dan Komputer Peribadi IBM/AT. Komputer sedemikian, dahulunya dikenali sebagai klon PC, atau klon IBM kerana ia hampir sepenuhnya menyalin kesemua ciri-ciri utama reka bentuk dalaman PC, XT, atau AT, dibantu dengan keupayaan pelbagai pengilang bagi kejuruteraan undur BIOS secara sah melalui rekabentuk bilik bersih (cleanroom design). Columbia Data Products membina klon komputer IBM pertama melalui perlaksanaan bilik bersih bagi BIOSnya.
Semua komputer peribadi serasi IBM awal menggunakan bus komputer yang sama dengan model PC dan AT, yang kemudiannya dinamakan semula sebagai ISA Bus apabila pengilang membangunkan alternatif kepada piwaian IBM asal.
Istilah "serasi IBM" menjadi sekadar sejarah apabila IBM berhenti mengilangkan komputer peribadi.
Warisan komputer peribadi serasi IBM merupakan majoriti komputer mikro dipasaran masa kini, sungguhpun pengoperasian dengan struktur bas dan tambahan bagi PC, XT atau AT asal mungkin dikurangkan atau tiada.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Asal
[sunting | sunting sumber]Asal bagi pelantar sistem ini timbul dengan keputusan IBM pada 1980 bagi memasarkan komputer pengguna tunggal kos rendah sepantas mungkin sebagai tindak balas kepada kejayaan Komputer Apple menguasai pasaran yang baru terbina. Pada 12 Ogos 1981, PC IBM pertama dijual. Terdapat tiga sistem pengendalian (OS) yang boleh digunakan tetapi yang paling popular dan paling murah merupakan PC DOS, versi MS DOS yang dilesenkan dari Microsoft. Dalam konsesi penting, perjanjian IBM membenarkan Microsoft untuk menjual versi MS-DOSnya sendiri, bagi pelantar bukan IBM. Satu-satunya komponen komputer peribadi tertutup (proprietary) merupakan BIOS (Sistem Input/Output asas).
Sejumlah komputer berasaskan pemprosesor 8086/8088, tetapi dengan seni bina berlainan dengan komputer peribadi, dan melaksanakan versi MS-DOS dan CP/M-86 mereka sendiri, telah dikilangkan dalam tempoh ini. Bagaimanapun, perisian yang mengendali hardware secara langsung dan tidak membuat menghubungi secara piwaian kepada MS-DOS adalah lebih pantas. Ini amat penting bagi permainan video terutama dengan spesifikasi hardaware rendah masa itu. PC IBM merupakan satu-satunya mesin yang dijual dalam jumlah cukup besar bagi menguntungkan bagi menulis aturcara khusus baginya, dan ini menggalakkan pengilang lain bagi menghasilkan mesin yang boleh menggunakan aturcara, kad tambahan dan tambahan yang sama kepada PC. Pasaran komputer 808x dengan pantas menyingkir semua mesin yang tidak berfungsi sama seperti PC. Had 640kB ingatan sistem konventional boleh guna bagi MS-DOS merupakan warisan dari tempoh tersebut; mesin bukan klon yang lain tidak mempunyai had ini.
Klon asal bagi Komputer Peribadi IBM dicipta tanpa penyertaan IBM maupun kebenarannya. Columbia Data Products mengikut model PC IBM dengan tepat dan menghasilkan komputer peribadi serasi pertama(contoh., lebih kurang serasi dengan piwaian PC IBM) pada Jun 1982 diikuti tidak lama kemudian oleh Eagle Computer. Compaq Computer Corp. mengumumkan komputer peribadi serasi IBM pertamanya beberapa bulan berikut pada November 1982—Compaq Portable. Compaq Portable merupakan mesin bersaiz mesin jahit komputer boleh alih yang 100% serasi PC. Syarikat Compaq tidak boleh menyalin BIOS secara langsung kerana keputusan mahkamah dalam Apple v. Franklin, tetapi ia bolem kejuruteraan undur BIOS IBM dan menulis BIOSnya sendir dengan menggunakan rekabentuk bilik bersih. Compaq menjadi pengilang PC yang amat berjaya, tetapi diambil alih oleh Hewlett-Packard pada 2002.
Isu keserasian
[sunting | sunting sumber]Pada masa yang sama, banyak pengilang seperti Xerox, HP, Digital, Sanyo, Texas Instruments, Tulip, Wang dan Olivetti memperkenalkan komputer peribadi yang serasi MS DOS, tetapitidak sepenuhnya serasi aturcara-atau serasi hardware dengan komputer peribadi IBM. Sungguhpun ketidakserasian sepenuhnya jika diimbas kembali kelihatan berpandangan pendek (short-sighted), ia sering tidak disedari sepantas mana kebangkitan pasaran komputer klon IBM dalam pekomputeran perniagaan, dan tahap penguasaannya telah mengejutkan industri. Ia dianggarkan bahawa menjelang tahun 1986, lebih dari separuh dari kesemua komputer peribadi yang dijual adalah serasi IBM. [1]
Matlamat Microsoft, dan corak pemikiran industri komputer dari 1981 sehingga selewat pertengahan-1980-an, adalah penulis aturcara penggunaan akan menulis pada antaramuka aturcara penggunaan (application programming interface - API) pada MS-DOS, dan dalam sesetengah kes kepada BIOS firmware, dan pada antaramuka tahap ini akan membentuk apa yang kini dikenali sebagai lapisan abstrak hardware (hardware abstraction layer). Setiap komputer akan memiliki versi MS-DOS (Original Equipment Manufacturer- OEM) nya sendiri, ditempah khas bagi hardwarenya. Sebarang aturcara ditulis bagi MS-DOS akan dapat dilaksanakan pada sebarang komputer MS-DOS, tanpa mengira perbezaan pada rekabentuk hardware, menjadikannya bebas pelantar.
Pertimbangan ini boleh diterima dalam konteks pasaran komputer pada masa itu. Sehingga masa itu Microsoft pada asasnya tertumpu pada bahasa komputer seperti BASIC. Aturcara pengendali sistem kecil yang bertapak masa itu adalah dari Digital Research, yang ketika itu digunakan pada tahap peminat (hobbyist) dan profesional pada spektrum komputer mikro. Untuk mencapai kegunaan meluas sedemikian, OS perlu beroperasi bagi kesemua mesin keluaran pelbagai pembekal yang memiliki pelbagai hardware yang berbeza. Pelanggan yang memerlukan penggunaan tambahan melampaui pak pemula perlu mengharapkan pengeluar ada menawarkan keluaran mereka dalam beberapa media bagi kegunaan pelbagai komputer.
Pesaing OS Microsoft pada awalnya disasarkan bagi dilaksanakan pada spektrum pelbagai hardware yang serupa, sungguhpun kesemuanya berasaskan pemprosesan 8086.Dengan itu, selama beberapa tahun MS-DOS dijual hanya sebagai keluaran OEM. Tidak terdapat MS-DOS jenama Microsoft: MS-DOS tidak dijual secara langsung dari Microsoft, dan setiap keluaran OEM dipaket bersama pakaian niaga (trade dress) pembekal Komputer Peribadi tertentu. Versi berbeza secara umumnya tidak serasi dengan hardware berlainan. Pepijat perlu dilaporkan kepada OEM, bukannya Microsoft. Bagaimanapun, apabila klon semakin meluas, ia menjadi jelas bahawa MS-DOS versi OEM hampir sama, kecuali kemungkinannya kepada beberapa aturcara utiliti yang dibekalkan.
MS-DOS memberikan sokongan mencukupi bagi penggunaan berasaskan huruf seperti yang boleh dilaksanakan pada terminal komputer teks sahaja. Sekiranya kebanyakan aturcara penting perdagangan jatuh dalam lingkungan inikeserasian hardware tahap rendah mungkin tidak penting. Bagaimanapun, agar memberikan prestasi maksima dan menggunakan ciri-ciri hardware (atau menghindari pepijat hardware), perisian penggunaan Komputer Peribadi dengan pantas berkembang melampaui aturcara terminal mudah yang disokong secara langsung oleh MS-DOS. helaian kerja, WYSIWYG pemproses kata, aturcara persembahan dan aturcara perhubungan jarak jauh bertapak di pasaran baru yang menggunakan kekuatan Komputer Peribadi, tetapi memerlukan keupayaan melampaui yang ditawarkan oleh antaramuka MS-DOS. Oleh itu, sejak dari awal pembangunan persekitaran aturcara MS-DOS, banyak aturcara perdagangan popular penting menulis secara langsung kepada hardware, kerana pelbagai sebab:
- MS-DOS itu sendiri tidak menawarkan sebarang cara bagi menempatkan kursor teks (kecuali bergerak kehadapan setiap kali memaparkan setiap huruf). Sungguhpun routin antara muka video BIOS mencukupi bagi output asas, ia tidak berkesan kerana tidak memiliki "rantaian" output (hanya output menurut huruf individual) dan celahan tempoh rehat bagi menangani "salji" pada hardware CGA (paparan kad CGA tersisi yang terhasil apabila menulis kepada ingatan skrin secara langsung). Aturcara yang menulis secara langsung kepada ingatan video mampu mencapai kadar output 5 hingga 20 ganda lebih pantas berbanding membuat panggilan piwaian kepada BIOS dan MS-DOS.
- Keupayaan grafik komputer tidak pandang serious dalam ringkasan rekabentuk IBM asal; ia dianggap sebagai fungsi esotik atau baru. MS-DOS tidak memiliki API bagi grafik, dan BIOS hanya memiliki fingsi grafik paling asas (seperti menukar model skrin atau memplot satu titik); keperluan memanggil BIOS bagi titik atau dilukis atau diubah turut banyak meningkatkan overhead, menjadikan antaramuka BIOS interface teramat perlahan. Disebabkan ini, algorithm melukis garis, melukis lengkung dan (Bit blit) perlu dilaksanakan oleh aturcara penggunaan bagi mencapai kepantasan yang boleh diterima, yang biasanya dilakukan dengan memintas BIOS dan mencapai ingatan video secara langsung.
- Permainan, walaupun yang awal, kebanyakkannya memerlukan mod grafik sebenar. Ia turut melaksanakan sebarang trik bergantung mesin yang boleh difikirkan oleh pengaturcara bagi mencapai kepantasan. Sungguhpun pasaran utama bagi PC adalah aturcara perdagangan, keupayaan permainan menjadi faktor penting bagi mendorong pembelian PC dengan jatuhnya harga PC.
- Aturcara perhubungan mencapai cip UART secara langsung, kerana API MS-DOS dan BIOS tidak memberikan sokongan spenuhnya bagi keupayaan cip dan terlalu perlahan bagi berasing dengan hardware yang mampu menghantar data pada 19,200 baud.
- Walau bagi penggunaan perniagaan piwaian, kepantasan perlaksanaan merupakan kelebihan dalam persaingan. Ini dapat dilihat dengan dramatik oleh saingan Lotus 1-2-3 yang dikalahkan, Context MBA yang ketika itu merupakan genre popular aturcara bersepadu. Context MBA, kini hampir dilupai, mendahului Lotus kepasaran dan memiliki lebih banyak fungsi; ia ditulis menggunakan bahasa pengaturcaraan Pascal, menjadikannya mudah dipindahkan, tetapi memandangkan penkompil masa itu, terlalu perlahan bagi digunakan pada PC. Lotus ditulis sepenuhnya menggunakan bahasa assembly dan melaksanakan beberapa trik bergantung mesin. Ia begitu pantas sehinggakan Context MBA kalah sebaik sahaja Lotus tiba.
- Skim cakera perlindungan salin, biasa digunakan pada masa itu, bergantung kepada membaca pola data tidak piawaian pada cakera bagi mengesahkan ketulinan. Pola ini sukar atau mustahil dikesan dengan menggunakan panggilan DOS atau BIOS piawaian, dengan itu capaian langsung kepada hardware pengawal cakera diperlukan bagi menggunakan perlindungan mengelak salinan.
Pada mulanya, kecuali model Compaq, tidak banyak komputer "serasi" lain yang menawarkan keserasian melampaui aras DOS/BIOS. Pengguna dan penilai menggunakan kelompok aturcara bagi menguji keserasian; keupayaan melaksanakan Lotus 1-2-3 atau Microsoft Flight Simulator menjadi salah satu "ujian tekanan" paling penting.Pembekal perlahan-lahan belajar bukan hanya meniru BIOS IBM tetapi juga bagaimana untuk menggunakan cip hardware yang sama bagi melaksanakan fungsi penting dalam sistem. Akhirnya, Phoenix BIOS dan keluaran perdagangan yang sama membenarkan pengilang komputer bagi membina klon serasi hampir 100% tanpa perlu melakukan kejuruteraan undur pada BIOS Komputer Peribadi IBM itu sendiri.
Seterusnya, IBM merosakkan pasarannya sendiri apabila gagal menilai kepentingan "keserasian IBM", memperkenalkan keluaran seperti IBM Portable (yang kurang berprestasi dan jualan kurang berbanding Compaq Portable yang dilancarkan pada masa yang sama) dan PCjr, yang tidak serasi dengan PC asal. Menjelang pertengahan hingga akhir 1980-an pengguna mula melihat PC sebagai barangan komoditi, dan mempertikai jaminan nama IBM setimpal dengan jaminan harga. Sementara itu, sistem serasi MS-DOS (tetapi tidak serasi hardware) gagal dalam pasaran. Ketidakupayaan melaksanakan pakej aturcara berprestasi tinggi dikedai biasa (off-the-shelf) yang bileh digunakan oleh IBM PC dan komputer serasi lain mengakibatkan jualan rendah dan mendorong kepada kepupusan kategori sistem sepertinya.
Kemerosotan pengaruh IBM
[sunting | sunting sumber]Sejak 1981, komputer peribadi serasi IBM telah menguasai pasaran komoditi komputer rumah dan perdagangan, pengecualian rekabentuk lain yang penting adalah komputer Apple Macintosh (yang terdiri dari sekitar 4% dari komputer yang dijual). Bagaimanapun, IBM sendiri kehilangan peranan pemimpin dalam pasaran komputer peribadi serasi IBM menjelang 1990. Beberapa peristiwa jika dilihat semula merupakan titik perubahan:
- Compaq mendahului IBM ke pasaran pada tahun 1986 dengan Komputer Peribadi berasaskan 80386 pertama.
- Teknologi tidak serasi yang diperkenalkan oleh IBM pada tahun 1987, seperti bus komputer MicroChannel Architecture (MCA) proprietari, dalam keluaran PS/2.
- Pada tahun 1988 syarikat "Gang of Nine" (Kumpulan Sembilan) memperkenalkan bus Extended Industry Standard Architecture (EISA) saingan bertujuan menggantikan, dan bukannya menyalin, MCA.
- Perlumbaan piwaian Ingatan Dikembangkan dan Ingatan Tambahan pada akhir 1980-an, dibangunkan tanpa sumbangan IBM.
- Menjelang 1989 terdapat serasi PC XT bawah-$1000, termasuk tawaran dari Dell Computer, mengurangkan permintaan bagi teknologi IBM terbaru.
Bagaimanapun, ketika pasaran berubah, IBM mendapat aliran pendapatan yang banyak dari yuran lesen dari syarikat yang membayar lesen bagi menggunakan paten IBM yang terdapat pada rekebantuk PC, sehinggkan tumpuan IBM berubah dari cubaan menghalang klon PC - kepada memaksimakan pendapatannya dari lesen jualan. IBM akhirnya melepaskan peranannya sebagai pengilang PC pada April 2005, apabila ia menjual Division Komputer Peribadinya kepada Lenovo untuk $1.75 bilion.
Sehingga Oktober 2007, Hewlett-Packard dan Dell memegang pasaran terbesar pasaran komputer peribadi di Amerika Utara. Mereka juga berjaya di luar negara, dengan Acer, Lenovo, dan Toshiba turut terkenal. Seluruh dunia, sejumlah besar komputer peribadi merupakan sistem kotak putih yang dipasang oleh pembina sistem tempatan bercampur-campur. Sungguhpun dengan kemajuan dalam teknologi komputer, kesemua komputer peribadi serasi IBM kekal masih serasi dengan IBM PC asal, sungguhpun kebanyakan komponen melaksanakan keserasian dalam mod serasi undur khas yang digunakan hanya semasa sistem komputer but.
Mudah kembang
[sunting | sunting sumber]Salah satu kekuatan pelantar serasi PC adalah reka bentuk hardware modularnya. Pengguna dengan mudah meningkat perkakasan tambahan dan pada tahap tertentu, pemprosesor dan ingatan tanpa mengubah suai papan induk komputer atau menggantikan keseluruhan komputer, sebagaimana kes dengan kebanyakan komputer mikro masa itu. Bagaimanapun dengan peningkatan kepantasan pemprosesor dan saiz ingatan, had reka bentuk bagi asas XT/AT telah dicapai, terutama bagi memancu kad video grafik. IBM kemudiannya memperkenalkan bus dipertingkat pada komputer IBM PS/2 yang mengatasi kebanyakan had teknikal pada bus XT/AT, tetapi reka bentuk ini jarang digunakan sebagai asas bagi komputer serasi IBM kerana ia memerlukan bayaran lesen kepada IBM kedua-duanya bagi bus PS/2 dan sebarang rekabentuk bus-AT yang telah dihasilkan syarikat yang memohon lesen. Langkah ini kurang popular dengan pengilang hardware dan beberapa piwaian bus saingan telah dibangunkan oleh satu konsortium, dengan syarat perlesenan lebih mudah diterima. Pelbagai usaha bagi mempiwaikan antaramuka dilakukan, tetapi dalam perlaksanaan, kebanyakan usaha ini samaada cacat atau diabaikan. Sungguhpun begitu terdapat banyak pilihan tambahan, dan pelantar serasi PC berkembang lebih pantas berbanding pelantar saingan lain masa itu, walaupun itu hanya disebabkan oleh penguasaan pasarannya, dan bukan kelebihan teknikalnya.
"Serasi IBM PC" menjadi "Wintel"
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1990-an, pengaruh IBM pada seni bina PC menjadi semakin tidak penting. Jenama PC IBM menjadi pengecualian berbanding peraturan. Disebalik cubaan untuk kekal serasi dengan PC IBM, pembekal mula menumpu pada keserasian dengan evolusi Microsoft Windows. Pada 1993, versi Windows NT telah dibebaskan yang mampu dilaksanakan pada pemprosesor selain x86. (Ia bagaimanapun memerlukan pengompilan semula, dan kebanyakan aturcara penggunaan tidak dikompil semula.) Sungguhpun begitu, ciri bebas hardwarenya telah digunakan oleh stesyen kerja x86 SGI - menggunakan NT (Hardware abstraction layer - HAL), NT (dan lebih penting lagi, aturcara penggunaannnya) boleh dilaksanakan menggunakannya. Tiada pembekal pasaran pukal komputer peribadi berani tidak serasi dengan versi terakhir Windows, dan persidangan tahunan Microsoft memberikan kedudukan dari mana Microsoft boleh melobi bagi dan —dalam sesetengah kes— menetapkan rentak dan arah bahagian perkakasan bagi industri PC. Microsoft dan Windows telah menjadi begitu penting bagi pembangunan berterusan bagi hardware komputer peribadi sehinggakan penulis industri telah menggunakan istila "senibina Wintel" ("Wintel" merupakan portmanteau bagi "Windows" dan "Intel") bagi marujuk kepada gabungan pelantar perisian-hardware. Istilah ini sendiri menjadi salah normal (misnomer), kerana pada satu pihak Intel telah kehilangan kawalan ke atas arah tuju pembangunan pelantar hardware disebabkan pengaruh yang lain,[2] dan pada pihak yang lain sistem bukan-Windows dilaksanakan pada pelantar hardware ini[3] telah bertapak dan mengekalkan kehadiran penting.
Isu lebih keserasian dan had rekabentuk
[sunting | sunting sumber]Sungguhpun IBM PC direka bagi dikembangkan, pereka tidak dapat menjangka kemajuan pembangunan hardware pada 1980-an. Lebih buruk lagi, pilihan IBM memilih Intel 8088 sebagai CPU meletakkan beberapa kekangan yang menghalang pembangunan aturcara bagi pelantar serasi PC. Sebagi contoh, pemprosesor 8088 hanya memiliki ruang ingatan (address space) ingatan 20-bit. Bagi mengembangkan PC melampaui satu megabyte, Lotus, Intel, dan Microsoft bersama-sama mencipta ingatan expanded memory]] (EMS),skim suis-bank bagi membenarkan capaian kepada ingatan tambahan yang dibekalkan oleh hardware tambahan, tersedia melalui "tingkap" 64 KB dalam alamat 20-bit. Kemudian, CPU Intel mempunyai ruang alamat lebih besar dan boleh mencapai 16 MB (80286) atau lebih, mendorong Microsoft bagi membangunkan ingatan tambahan (extended memory - XMS) yang tidak memerlukan hardware tambahan. Ingatan tambahan dan dikembangkan memiliki antaramuka tidak serasi, dengan itu sesiapa yang menggunakan lebih satu megabyte perlu menyokong kedua-dua sistem untuk keserasian.
Kad grafik memiliki ketidak serasian mereka sendiri. Apabila kad grafik maju kearas SVGA, piwaian bagi mencapainya menjadi kabur. Pada masa itu, pengaturcaraan Komputer menggunakan model ingatan yang memiliki 64 KB segmen ingatan. Ingatan skrin mod grafik VGA paling biasa muat dalam satu segmen ingatan. Mod SVGA memerlukan lebih banyak ingatan, dengan itu mencapai ingatan skrin penuh adalah sulit. Setiap pengilang memajukan cara mereka sendiri bagi mencapai ingatan skrin, malah sejauh tidak meberi nombor kepada mod secara tetap. Cubaan bagi mencipta piwaian yang dikenali sebagai VESA BIOS Extensions - VBE telah dilakukan tetapi tidak mendapat sambutan.
Disebabkan banyak penyesuai (adapters) pihak ketiga bagi PC dan tiada antaramuka piwaian bagi menyambung kepadanya, menulis aturcara bagi PC boleh menjadi sukar. Apabila menulis aturcara bagi PC, sejumlah besar set ujian gabungan pelbagai hardware berbeza diperlukan bagi memastikan ia serasi dengan sebanyak mungkin tatarajah PC yang mungkin. PC itu sendiri tidak mempunyai antaramuka penggunaan yang jelas kepada model ingatan leperbagi 386 dan seterusnya yang boleh diberikan dalam mod lindung. Juga OD mod lindung boleh ditulis bagi 80386. Pada masa ini, serasi DOS lebih mudah disebabkan mod 8086 maya. Malangnya aturcara tidak boleh beralih secara langsung kepada mod lindung dari mod itu, dengan itu API model ingatan baru telah dibangunkan, VCPI dan DPMI, yang terkemudian menjadi paling popular.
Sementara itu, pengguna terkeliru dengan banyaknya gabungan hardware berlainan yang ditawarkan. Bagi memberikan pengguna idea jenis Komputer ynag diperlukan bagi melaksanakan sesuatu aturcara, piwaian Multimedia PC - MPC) telah ditetapkan pada 1990. Ia mengesahkan sesuatu komputer telah memenuhi piwaian MPC minima boleh dianggap MPC. Aturcara yang boleh dilaksanakan pada komputer patuh-MPC minima dijamin boleh digunakan pada sebarang MPC. Piwaian MPC tahap 2 dan MPC tahap 3 kemudian ditetapkan, tetapi istilah "patuh MPC" tidak pernah popular. Selepas MPC tahap 3 pada 1996, tiada piwaian MPC selanjutnya dikeluarkan.
Cabaran kepada penguasaan Wintel
[sunting | sunting sumber]Kejayaan Microsoft Windows hampir menghapuskan semua sistem pengendalian saingan lain, dan memastikan bahawa Komputer Peribadi "serasi IBM" merupakan pelantar yang menguasai pasaran. Ini bererti sekiranya pengilang menjadikan perisian mereka bagi pelantar Wintel, mereka mampu mencapai sebahagian besar pengguna komputer di luar sana. Menjelang akhir 1980-an, satu-satunya pesaing kepada Windows dengan markah lebih beberapa peratus bahagian pasaran merupakan pelantar Apple Macintosh. Mac bermula dengan diwar-warkan sebagai "komputer bagi kita yang lainnya" tetapi gabungan DOS/Windows/Intel dengan pantas meletakkan Macintosh ke ceruk pendidikan dan penerbitan atas meja (desktop publishing), dari mana hanya kini ia mulai muncul kembali. Menjelang pertengahan hingga akhir 1990-an bahagian pasaran Mac telah merosot kepada sekitar 5% dan memperkenalkan sistem pengendalian pesaing baru menjadi cubaan perdagangan (commercial venture) berisiko tinggi. Pengalaman telah menunjukkan bahawa sungguhpun sistem pengendalian secara teknikal lebih baik berbanding Windows, ia akan gagal dalam pasaran (contohnya BeOS dan OS/2). Pada 1989 Steve Jobs berkata mengenai pelantar NeXT barunya, "Ia samaada menjadi pelantar hardware baru yang terakhir, atau yang pertama gagal." Pada 1993 NeXT mengumumkan ia menghentikan pengeluaran NeXTcube dan mengalih NeXTSTEP kepada pemprosesor Intel.
Di medan hardware, Intel pada awalnya melesenkan teknologi mereka agar pengilang lain dapat menghasilkan CPU x86. Apabila pelantar "Wintel" mula menguasai pasaran Intel membatalkan amalan ini. Syarikat seperti AMD dan Cyrix membangunkan CPU pilihan lain yang berfungsi serasi dengan Intel. Menjelang akhir 1990-an, AMD telah mengambil bahagian pasaran CPU semakin besar bagi PC. Malah AMD akhirnya memainkan peranan penting bagi mengarah evolusi pelantar x86 apabila keluaran pemprosessor Athlon-nya terus mengembangkan senibina x86 klassik ketika Intel melencong dengan seni bina "Netburst"-nya bagi CPU Pentium 4 CPU dan seni bina IA-64 bagi keluaran Itanium bagi CPU pelayan. AMD membangunkan tambahan 64 bit pertama bagi seni bina x86 yang memaksa Intel bagi menghasilkan versi bilik bersihnya, bagi kesemua CPU terbarunya. Pada 2006 Intel mula meninggalkan Netburst dengan membebaskan keluaran pemprosessor "Core" yang mewakili evolusi Pentium III yang lebih awal.
Komputer peribadi hari ini
[sunting | sunting sumber]Istilah komputer peribadi 'serasi IBM' tidak lagi biasa digunakan bagi komputer masa kini. Pelantar tidak-serasi, saingan samaada telah tutup, menjadi pasaran ceruk, peminat seperti Amiga. Sistem pengendali aliran utama lain seperti Mac OS X dan Linux, telah membangun ciri-ciri serasi memudahkan saling beroperasi dan pertukaran data. Kepantasan pemprosesor dan keupayaan ingatan komputer moden adalah berkali ganda lebih berkuasa berbanding komputer peribadi IBM asal akan tetapi keserasian undur telah dikekalkan. Komputer moden masih mampu melaksanakan aturcara mudah yang ditulis bagi komputer awal 1980-an tanpa memerlukan emulator.