Republik Kesatuan Soviet
republic of the Soviet Union | |
---|---|
Kategori | Negeri bersekutu |
Lokasi | Kesatuan Soviet |
Ditubuhkan oleh | Perjanjian Penciptaan KRSS |
Ditubuhkan pada |
|
Dibubarkan oleh |
|
Dibubarkan pada |
|
Bilangan | 15 (setakat 1989) |
Jumlah penduduk | Paling kecil: 1,565,662 (RSS Estonia) Paling besar: 147,386,000 (RSPS Rusia) |
Keluasan | Paling kecil: 29,800 km2 (11,500 bt2) (Armenia) Paling besar: 17,075,400 km2 (6,592,800 bt2) (RSPS Rusia) |
Kerajaan/pemerintah | |
Subbahagian |
Republik Kesatuan Soviet atau Republik Kesatuan (Rusia: союзные республики, soyuznye respubliki) adalah sebuah unit pentadbiran berasaskan bangsa yang bersubordinat secara terus oleh kerajaan Kesatuan Soviet. Menurut sejarah, kesatuan ini adalah negara yang sangat berpusat (highly centralised) dan munculnya reformasi pemencaran dan pendemokrasian pada era Perestroika dan Glasnost serta akhirnya membawa kepada pembubaran bagi kesatuan tersebut.
Maklumat ringkas kawasan Republik Kesatuan
[sunting | sunting sumber]Pada 10 tahun terakhir sebelum pembubaran Kesatuan Soviet, Kesatuan ini terdiri daripada 15 buah republik yang dipanggil republik Soviet. Republik tersebut memainkan peranan penting dalam pembubaran Kesatuan Soviet.[Penjelasan diperlukan] Di bawah pemerintahan Mikhail Gorbachev, dasar Glasnost dan Perestroika diperkenalkan bagi memulihkan kuasa kesatuan itu. Walau bagaimanapun, dasar tersebut memberi kesan yang besar dan menyebabkan kuasa setiap republik semakin meningkat. Kesan yang pertama iaitu liberalisasi politik membenarkan kerajaan dalam republik untuk mendapatkan kesahihan dengan menyeru demokrasi, nasionalisme atau gabungan kedua-duanya. Selain itu, liberalisasi juga membawa kepada keretakan dalam hierarki parti yang mengurangkan kawalan Soviet ke atas republik. Akhirnya, pengenalan dasar perestroika membolehkan kerajaan republik itu untuk mengawal aset ekonomi di republik mereka dan menahan dana daripada kerajaan pusat.
Sepanjang tahun 1980-an, kerajaan Soviet cuba untuk mencari struktur baharu yang akan mencerminkan kuasa yang meningkat dalam kalangan negara republik itu. Namun, usaha tersebut terbukti tidak berjaya dan akhirnya pada 1991 Kesatuan Soviet runtuh. Kesemua republik itu telah mendapat kemerdekaan.
Peta Republik Kesatuan antara tahun 1956-1991 | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. |
Nama republik |
Tahun menjadi ahli |
Jumlah penduduk (1989) |
Peratus penduduk (%) |
Keluasan (km²) (1991) |
Peratus keluasan (%) |
Ibu negara |
Negara merdeka |
1 | Republik Sosialis Soviet Armenia | 1936 | 3,287,700 | 1.15 | 29,800 | 0.13 | Yerevan | Armenia |
2 | Republik Sosialis Soviet Azerbaijan | 1936 | 7,037,900 | 2.45 | 86,600 | 0.39 | Baku | Azerbaijan |
3 | Republik Sosialis Soviet Belarusia | 1936 | 10,151,806 | 3.54 | 207,600 | 0.93 | Minsk | Belarus |
4 | Republik Sosialis Soviet Estonia | 1940 | 1,565,662 | 0.55 | 45,226 | 0.20 | Tallinn | Estonia |
5 | Republik Sosialis Soviet Georgia | 1936 | 5,400,841 | 1.88 | 69,700 | 0.31 | Tbilisi | Georgia (negara) |
6 | Republik Sosialis Soviet Kazakhstan | 1936 | 16,711,900 | 5.83 | 2,727,300 | 12.24 | Alma-Ata | Kazakhstan |
7 | Republik Sosialis Soviet Kyrgyztan | 1936 | 4,257,800 | 1.48 | 198,500 | 0.89 | Bishkik | Kyrgyzstan |
8 | Republik Sosialis Soviet Latvia | 1940 | 2,666,567 | 0.93 | 64,589 | 0.29 | Riga | Latvia |
9 | Republik Sosialis Soviet Lithuania | 1940 | 3,689,779 | 1.29 | 65,200 | 0.29 | Vilnius | Lithuania |
10 | Republik Sosialis Soviet Moldova | 1940 | 4,337,600 | 1.51 | 33,843 | 0.15 | Kishinev | Moldova |
11 | Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia | 1922 | 147,386,000 | 51.40 | 17,075,200 | 76.62 | Moscow | Rusia |
12 | Republik Sosialis Soviet Tajikistan | 1929 | 5,112,000 | 1.78 | 143,100 | 0.64 | Dushanbe | Tajikistan |
13 | Republik Sosialis Soviet Turkmenistan | 1924 | 3,522,700 | 1.23 | 488,100 | 2.19 | Ashkhabad | Turkmenistan |
14 | Republik Sosialis Soviet Ukraine | 1922 | 51,706,746 | 18.03 | 603,700 | 2.71 | Kiev (Kharkov sblm. 1934) | Ukraine |
15 | Republik Sosialis Soviet Uzbekistan | 1924 | 19,906,000 | 6.94 | 447,400 | 2.01 | Tashkent (Samarkand sblm. 1930) | Uzbekistan |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Parlimen Eropah: Resolution on the situation in Estonia, Latvia and Lithuania (No C 42/78) (1983). Official Journal of the European Communities. European Parliament.
- ^ Aust, Anthony (2005). Handbook of International Law. Cambridge University Press. ISBN 978-0521530347.
- ^ Ziemele, Ineta (2005). State Continuity and Nationality: The Baltic States and Russia. Martinus Nijhoff Publishers. ISBN 90-04-14295-9.