Pergi ke kandungan

Presiden Colombia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Presiden
Colombia
Presidente de Colombia
Jata Presiden
Penyandang
Gustavo Petro
sejak 7 Ogos 2022
Anggota bagiExecutive Branch of Colombia (en) Terjemah dan Council of Ministers of Colombia (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Bidang kuasaColombia Sunting nilai ini di Wikidata
InstitusiGovernment of Colombia (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
KediamanCasa de Nariño
Tempoh jawatan1 penggal (4 tahun)
Penjawat sulungSimón Bolívar
Dibentuk17 Disember 1819
Timbalan/naibTimbalan Presiden Colombia
Gaji$USD250,000.00
SenaraiList of presidents of Colombia (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Tapak webThe Presidency
Twitter: infopresidencia Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Presiden Colombia merupakan ketua negara dan ketua eksekutif kerajaan di Colombia. Jawatan presiden diwujudkan pada Disember 1819 melalui Kongres Angostura. Presiden Colombia yang pertama ialah Jeneral Simón Bolívar,[1] menjawat jawatan pada tahun 1819. Pada asalnya, beliau mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai presiden dan kemudiannya diakui oleh kongres. Presiden terkini ialah Iván Duque Márquez, menjawat sejak 7 Ogos 2018.

Mengikut Artikel 188 Perlembagaan Colombia tahun 1991, Presiden Colombia merupakan ketua negara, ketua eksekutif kerajaan dan ketua pihak berkuasa tertinggi. Presiden Colombia juga merupakan simbol pepaduan nasional selepas mengangkat sumpah mengikut Perlembagaan Colombia untuk mempertahan dan melindungi undang-undang negara dan beliau akan menjamin hak kebebasan untuk semua warganegara Colombia.[2]

Jabatan pentadbiran Presiden Colombia merupakan sebuah Suruhanjaya yang membantu atau menyokong Presiden Colombia mengikut mandat yang disahkan oleh Perlembagaan Colombia.[3]

Artikel 115 menyatakan Kerajaan Colombia diketuai oleh Presiden, Naib Presiden, Majlis Menteri Republic Colombia dan Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Colombia.

Lain-lain akta bagi Presiden Colombia hendaklah dipersetujui oleh para menteri atau ketua pengarah jabatan-jabatan kerajaan. Selain itu, Presiden juga berhak untuk memecat para menteri, pihak berkuasa tempatan termasuk Gabenor Colombia, Datuk Bandar Colombia, Penguatkuasa Wilayah Colombia, pertubuhan awam (NGO) dan perusahaan milik negara (GLC) dan perindustrian (GLiC) semuanya adalah sebahagian dari cabang eksekutif Colombia

Penggal pentadbiran dan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]

Presiden dan Naib Presiden akan dipilih untuk tempoh satu penggal setiap 4 tahun melalui pilihan raya Presiden Colombia. Pilihan raya semula tidak diadakan sehingga 24 November 2005 apabila ahli Kongres meluluskan Undang-undang Jaminan Pilihan raya yang meminda Artikel 152 Akta Perlembagaan tahun 1991. Pilihan raya kali ini lebih diadili dengan lebih telus, terbuka, bersih dan adil. Kesemua calon yang bertanding akan dinilai dengan menyertai dari parti politik yang sah di Colombia[4]

Pada tahun 2010, Perlembagaan Colombia menolak permohonan referendum untuk membenarkan sesorang presiden boleh memegang jawatan tersebut bagi tiga penggal. Sebelum ini, seseorang presiden hanya dibenarkan menjabat jawatan tersebut selama dua penggal sahaja sekalipun mereka yang dipilih itu dari kalangan pentadbir bukan eksekutif di Colombia.

Kelayakan menjadi Presiden

[sunting | sunting sumber]

Naib Presiden

[sunting | sunting sumber]

Naib Presiden Colombia merupakan jawatan paling utama untuk seseorang dilantik menjadi presiden yang baharu apabila presiden sedia ada disahkan meninggal dunia, meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan sebagai presiden mengikut Artikel 202 Akta Perlembagaan tahun 1991.

Perlantikkan tambahan sebagai presiden

[sunting | sunting sumber]

Jika kedua-dua orang Presiden dan Naib Presiden tiada, mengikut Artikel 203 Akta Perlembagaan tahun 1991 menyatakan jawatan presiden akan memilih dari kalangan para menteri yang diluluskan oleh undang-undang negara. Syarat utamanya ialah para menteri tersebut hendaklah sama kumpulan parti dengan presiden sedia ada sebelum Kongres meluluskan perlantikkan tersebut dalam masa 30 hari pengosongan kerusi ketua negara tersebut. Selepas perlantikkan tersebut, pemilihan Naib Presiden akan dilaksanakan dengan kadar segera bagi memenuhi kerusi pentadbiran di Colombia.

Barisan kepimpinan

[sunting | sunting sumber]
No. Pejabat Nama
1 Naib Presiden Colombia Oscar Naranjo
Menteri Dalaman Colombia Guillermo Rivera Flórez
Menteri Luar Colombia María Ángela Holguín
Menteri Kewangan Colombia Mauricio Cárdenas Santamaría
Menteri Perundangan Colombia Enrique Gil Botero
Menteri Pertahanan Colombia Luis Carlos Villegas
2 Menteri Pertanian dan Pembangunan Colombia Aurelio Iragorri Valencia
Menteri Kesihatan dan Perlindungan Sosial Colombia Alejandro Gaviria Uribe
Menteri Buruh Colombia Griselda Restrepo
Menteri Sumber asli dan Tenaga Colombia Germán Arce Zapata
3 Menteri Pelancongan, Industri dan Komoditi Colombia Maria Claudia Lacouture
4 Menteri Pendidikan Colombia Yaneth Giha Tovar
Menteri Persekitaran dan Pembangunan Wilayah Colombia Luis Gilberto Murillo
Menteri Perumahan, Bandar dan Wilayah Colombia Elsa Noguera
Menteri Teknologi dam Komunikasi Colombia David Luna Sánchez
5 Menteri Pengangkutan Colombia Jorge Rojas Giraldo
Menteri Kebidayaan Colombia Mariana Garcés Córdoba

Senarai Presiden Colombia

[sunting | sunting sumber]

Terdapat 5 fasa pentadbiran di Colombia.

Columbia Raya (1819-1831)

[sunting | sunting sumber]

Republik New Granada (1831-1858)

[sunting | sunting sumber]

Konfederasi Grenadine (1858-1863)

[sunting | sunting sumber]

Colombia Syarikat (1883-1868)

[sunting | sunting sumber]

Rebuplik Colombia (1868-kini)

[sunting | sunting sumber]

Bekas presiden yang masih hidup

[sunting | sunting sumber]

Terdapat 5 orang tokoh yang masih hidup.

Presiden Tempoh Tarikh lahir
Belisario Betancur Cuartas 1982–1986 (1923-02-04) 4 Februari 1923 (umur 101)
César Gaviria Trujillo 1990–1994 (1947-03-31) 31 Mac 1947 (umur 77)
Ernesto Samper Pizano 1994–1998 (1950-08-03) 3 Ogos 1950 (umur 74)
Andrés Pastrana Arango 1998–2002 (1954-08-17) 17 Ogos 1954 (umur 70)
Álvaro Uribe Vélez 2002–2010 (1952-07-04) 4 Julai 1952 (umur 72)
Iván Duque Márquez 2018–2022 (1976-08-01) 1 Ogos 1976 (umur 48)
  1. ^ Gobernantes Colombianos, Ignacio Arismendi Posada, Interprint Editors Ltd., Italgraf, Segunda Edición, Page 15, Bogotá, Colombia, 1983
  2. ^ http://www.presidencia.gov.co/nuestra_enti/
  3. ^ http://www.presidencia.gov.co/nuestra_enti/
  4. ^ http://www.presidencia.gov.co/sne/2005/noviembre/25/01252005.htm

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.