Medal of Honor
Medal of Honor (Pingat Kehormatan atau Pingat Kebaktian) adalah darjah kebesaran tertinggi tentera Amerika Syarikat, dikurniakan kepada yang telah menunjukkan keberanian peribadi yang lebih besar daripada panggilan tugas. Pingat ini dianugerahkan oleh Presiden Amerika Syarikat di atas nama Kongres A.S. kepada anggota tentera A.S. sahaja. Terdapat tiga versi pingat, satu untuk Tentera Darat, satu untuk Tentera Laut, dan satu lagi untuk Tentera Udara. Anggota Kor Marin dan Pengawal Pantai menerima pingat versi Tentera Laut.
Medal of Honor ini telah dizahirkan pada tahun 1861, seawal Perang Saudara Amerika, bagi mengiktiraf sesiapa sahaja yang telah menunjukkan "keberanian luar biasa dan telah melakukan sesuatu dengan gagah berani serta penuh pengorbanan" dalam peperangan menentang musuh Amerika Syarikat. Sebanyak 3,469 Pingat Kehormatan dikurniakan kepada askar darat, kelasi, askar udara, askar marin, dan pengawal pantai semenjak kewujudannya, dengan lebih kurang separuh dari jumlah ini dikurniakan dalam tempoh empat tahun Perang Saudara.
Medal of Honor lazimnya dikurniakan oleh Presiden dalam satu majlis rasmi di White House, bertujuan untuk memberi penghargaan kepada rakyat Amerika, dengan pengurniaan selepas kematian dibuat kepada waris utama keluarga terdekat. Pada tahun 1990, Kongres menetapkan 25 Mac setiap tahun sebagai "Hari Kebangsaan Medal of Honor". Kerana prestij dan statusnya, Pingat Kehormatan telah diberi perlindungan khas di bawah undang-undang AS terhadap mana-mana perhiasan yang tidak dibenarkan, penjualan, atau pembuatan, termasuk apa-apa yang berkaitan reben atau lencana.
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Medal of Honor |
- Congressional Medal of Honor Society
- U.S. Army Medal of Honor
- Submarine Force Medal of Honor Recipients Diarkibkan 2010-09-01 di Wayback Machine. Submarine Force Museum website
- List of Native Americans who have received the Medal of Honor
- History, Legend and Myth: Hollywood and the Medal of Honor Diarkibkan 2012-12-17 di archive.today (Medal of Honor recipients depicted on film)
- National Medal of Honor Museum of Military History in Chattanooga, Tennessee
- American Valor PBS/WETA.
- Loubat, J. F. and Jacquemart, Jules, Illustrator, The Medallic History of the United States of America 1776-1876.
- U.S. Army Institute of Heraldry: Medal of Honor Diarkibkan 2011-12-19 di Wayback Machine
- Pritzker Military Museum & Library