Pergi ke kandungan

William I dari Orange

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
William I dari Orange
Portrait by Adriaen Thomasz. Key, c.  1570–84
Prince of Orange
Dalam jawatan
15 July 1544 – 10 July 1584
Didahului olehRené
Digantikan olehPhilip William
Stadtholder of Holland, Zeeland and Utrecht
Dalam jawatan
1559–1567
RajaPhilip I of Spain
Didahului olehMaximilian of Burgundy
Digantikan olehMaximilien de Hénin-Liétard
Dalam jawatan
1535 – 15 July 1637
Didahului olehMaximilien de Hénin-Liétard
Digantikan oleh
Stadtholder of Friesland
Dalam jawatan
1512 – 10 July 1584
Digantikan olehWilliam Louis
Maklumat peribadi
Lahir24 April 1533
Dillenburg, County of Nassau, Holy Roman Empire
Mati10 Julai 1584(1584-07-10) (umur 51)
Delft, County of Holland, Dutch Republic
Pasangan
Anak16
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali
TandatanganTandatangan

William I dari Orange-Nassau (24 April, 153310 Julai, 1584), dikenali juga sebagai, William si Senyap (Belanda: Willem de Zwijger) telah dilahirkan dalam Kerabat Diraja Nassau dan menjadi Putera Orange pada 1544. Beliau merupakan pemimpin utama yang mengetuai pemberontakan Belanda ke atas Sepanyol yang memulakan Perang Lapan Puluh Tahun dan berjaya mendapatkan kemerdekaan untuk Wilayah-wilayah Bersatu pada 1648.

Seorang bangsawan yang kaya, William pada asalnya berkhidmat dengan pemangku raja Sepanyol di istana. Kerana tidak gembira dengan kuasa politik yang diberi kepada para bangsawan tempatan dan penyeksaan yang dikenakan ke atas penganut agama Protestan di Belanda, William memutuskan untuk berganding bahu dengan kumpulan pemberontak untuk menentang kuasa Sepanyol. Seorang yang berpengaruh dan berupaya, William berjaya mengetuai beberapa kempen ketenteraan dalam usaha untuk menentang penjajah Sepanyol. Raja Sepanyol telah mengisytiharkan beliau sebagai seorang penjenayah dan beliau akhirnya berjaya dibunuh oleh Balthasar Gérard di Delft, pada masa di mana popularitinya semakin menurun.

Terdapat beberapa penjelasan mengenai asal usul gelaran "William si Senyap". Penjelasan paling biasa adalah beliau sering keberatan untuk menyuarakan pendapatnya mengenai isu-isu kontroversi di istana atau di khalayak ramai, atau langsung tidak bersuara mengenai perkara-perkara tersebut.

Di Belanda, beliau dikenali sebagai Vader des vaderlands, "Bapa kepada tanahair", dan lagu kebangsaan Belanda, Wilhelmus telah ditulis bagi memuliakannya.