Gempa bumi Kashiwazaki 2007
Gempa bumi Kashiwazaki 2007 merupakan satu gempa bumi kuat dengan magnitud 6.8 yang telah melanda bandar Kashiwasaki dan wilayah Niigata di barat laut Jepun pada hari Isnin, 16 Julai 2007 jam 10 pagi.
Kerosakan
[sunting | sunting sumber]Pelbagai infrastruktur musnah. Ini termasuklah rumah kediaman, jalan raya di tepi pantai, jambatan dan kebakaran sebuah loji nuklear. Sekurang-kurangnya 8 orang terbunuh dan 700 lagi cedera.
Gegaran terasa selama 20 saat di semua tempat dan bangunan. Penduduk bandar Kashiwazaki seramai 90,000 menghadapi risiko kehilangan nyawa dan rumah kediaman yang lebih besar.
Jabatan Meteorologi Jepun menyatakan kekuatan gempa bumi itu pada 6.8 magnitud. Sementara Kajian Geologi Amerika Syarikat menyatakan kekuatannya diukur pada 6.7 magnitud.
Lebih membimbangkan kerana asap hitam keluar dari lokasi Loji Kuasa Nuklear Kashiwazaki-Kariwa yang boleh mencetuskan kesan radiasi. Loji nuklear ini telah lama dibangunkan oleh kerajaan Jepun bagi membekalkan tenaga elektrik untuk kawasan perumahan dan sektor perindustrian. Kenyataan media yang diberikan oleh Motoyuki Tamaki dari Tokyo Electric Power Company menyatakan kebakaran dapat dipadamkan dalam masa dua jam. Sedikit kuantiti gas dan air beradioaktif turut bocor, namun kuantitinya tidak sampai aras berbahaya.
Pihak kajicuaca juag sedang mengesan tanda-tanda tsunami di sepantai pantai Niigata.
Sebelum ini beberapa siri gempa bumi kecil telah berlaku dan menjadi petanda akan berlaku gempa bumi lebih besar.
Gempa bumi semasa Hari Marine iaitu semasa cuti kebangsaan di Jepun mencetuskan kegemparan kepada orang ramai. Laporan menyatakan 4 wanita dan 3 lelaki berumur 70-an dan 80-an telah terbunuh. Jabatan Polis Kebangsaan Jepun dan stesen berita NHK menyatakan lebih 800 orang telah cedera. Ini termasuklah patah tulang dan lebam-lebam.
Hampir 300 buah rumah di Kashiwazaki yang merupakan pelabuhan perikanan dan industri perikanan terlibat. 2000 penduduk terpaksa dipindahkan. Beberapa struktur Gimnasium Kashiwazaki telah runtuh danm menyebabkan 200 pelajar yang sedang menyaksikan pertandingan badminton telah cedera.Sebuah kereta api juga terpaksa berhenti di tengah jalan tetapi tiada laporan kecederaan. Perkhidmatan keretapi peluru (bullet train) di Tokyo digantung bagi mengelak tragedi lebih besar.
Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe membatalkan kempen pilihan raya di selatan Jepun kerana meninjau dan memantau kerosakan di Kashiwazaki.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Dari segi geologi, Jepun teletak di atas 4 plat tektonik berbentuk pinggan yang tidak stabil dan mudah berkesot. Gempa bumi utama yang terakhir telah berlaku di Tokyo pada 1923 yang menyebabkan 142,000 terbunuh. Pakar gempa bumi menyatakan kejadian di Tokyo itu akan berulang setiap 50 tahun dan melibatkan 90 % perubahan.
Pada Oktober 2004, gempa bumi dengan kejuatan 6.8 berlaku di Niigata, membunuh 40 orang dan merosakkan lebih 6,000 buah rumah.
Pada tahun 1995 gempa bumi dengan kekuatan 7.2 membunuh 6,433 orang di bandar Kobe.