Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/8 Julai
Penampilan
- 1497 – Vasco da Gama memulakan pelayaran orang Eropah yang pertama terus ke India.
- 1709 – Perang Utara Besar: Pyotr I dari Rusia menewaskan Charles XII dari Sweden dalam Pertempuran Poltava (gambar), secara berkesan menamatkan peranan Sweden sebagai kuasa besar di Eropah.
- 1889 – Terbitan pertama akhbar harian niaga paling banyak diedarkan, The Wall Street Journal dikeluarkan.
- 1994 – Selepas kematian Kim Il-sung, Kim Jong-il menjadi Pemimpin Agung Korea Utara.
- 2011 – Bolak-balik angkasa lepas Atlantis dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy dalam penerbangan STS-135, misi terakhir program Space Shuttle A.S.
Hari-hari sebelum: 7 Julai – 6 Julai – 5 Julai