Pergi ke kandungan

Mare Tranquillitatis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mare Tranquillitatis
Koordinat{{{latitude}}}° {{{U_or_S}}}, {{{longitude}}}° {{{T_or_B}}}
Diameter873 km (542 bt)[1][2]
EponimLaut Ketenangan

Mare Tranquillitatis (bahasa Inggeris: Sea of Tranquil[l]ity, "Laut Ketenangan") ialah mare qamari yang terletak dalam lembangan Tranquillitatis di Bulan. Mare ini dinamakan dalam peta qamari Almagestum novum milik Francesco Grimaldi dan Giovanni Battista Riccioli pada tahun 1651.[3][4]

Kawasan ini menjadi tempat pendaratan manusia pertama tiba di Bulan, di mana Neil Armstrong dan Buzz Aldrin melangkah keluar dari Modul Lunar Apollo 11 bernama Eagle berikutan pendaratan ia yang lancar di sana pada 20 Julai 1969, jam 20:18 UTC. Titik tepat kawasan pendaratan ini pada koordinat 0.8° N, 23.5° E turut diberi namaStatio Tranquillitatis (“Tranquility Base”) serta beberapa kawah kecil di bahagian utaranya iaitu Aldrin, Collins dan Armstrong sempena anak-anak kapal program Apollo 11 itu.[5]

  1. ^ "Moon Mare/Maria". Gazetteer of Planetary Nomenclature. USGS Astrogeology. Dicapai pada 20 Ogos 2010.
  2. ^ "Mare Tranquillitatis". NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Oktober 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ The Face of the Moon. Bandar Raya Kansas: Linda Hall Library. 1989. m/s. 7. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "Mare Tranquillitatis naming origin". Lunar Planetary Institute.
  5. ^ Gaherty, Geoff (19 April 2013). "How to See Where Astronauts Walked on the Moon". Space.com. Dicapai pada 3 Mac 2018.