Thomas More
Santo Thomas More | |
---|---|
Lahir | 1478 London |
Meninggal | 1535 London |
Dihormati oleh | Gereja Katolik, Gereja England |
Dikanunkan | 1935 oleh Pius XI |
Tempat keramat | Canterbury (kepala), Menara London (badan) |
Hari perayaan | 22 Jun |
Atribut | Kapak |
Naungan | Anak-anak angkat, Arlington, Virginia, kakitangan perkhidmatan awam, kerani mahkamah, perkahwinan yang sukar, keluarga yang besar, peguam, Pensacola-Tallahassee, Florida, ahli politik, ibu bapa tiri, duda |
sunting |
Sir Thomas More (7 Februari 1478 — 6 Julai 1535) ialah peguam, penulis, negarawan, dan syahid Katolik. Semasa hidupnya, beliau memperoleh reputasi sebagai seorang cendekiawan humanisme yang terutama di Universiti Oxford, dan pernah menyandang banyak jawatan awam. More dihargai kerana merupakan pengaruh utama dalam pengembangan ekuiti (keadilan) sebagai sebuah sistem undang-undang tambahan kepada undang-undang Inggeris. Beliau mencipta perkataan "utopia" yang merujuk kepada sebuah negara pulau khayalan yang ideal. Sistem politik negara ini diperihalkan dalam bukunya yang diterbitkan pada tahun 1516.
Pada musim luruh tahun 1529, More mewarisi Kardinal Wolsey sebagai Lord Canselor England. Beliau tidak bersetuju dengan Raja Henry VIII terhadap pembubaran perkahwinan baginda dengan Catherine dari Aragon. Dua tahun kemudian pada tahun 1532, More meletakkan jawatannya dan bersara daripada kehidupan awam.
Pada tahun 1534, Parlimen meluluskan Akta Keagungan (bahasa Inggeris: Supremacy Act) yang menjadikan Raja England sebagai ketua Gereja England. More enggan menerima Raja Henry VIII sebagai ketua Gereja England, satu keputusan yang menamatkan kerjaya politiknya, serta mengakibatkannya dihukum mati kerana menderhaka.
Pada tahun 1935, empat ratus selepas kematiannya, More diisytiharkan sebagai santo Gereja Katolik oleh Paus Pius XI, dan kemudiannya diisytiharkan sebagai santo penaung untuk golongan negarawan dan peguam. Beliau berkongsi hari perayaan pada 22 Jun dalam takwim santo Katolik, dengan Santo John Fisher, Biskop tunggal semasa pembaharuan Inggeris yang enggan menolak kepercayaan Katolik dan taat setia kepada Paus. More ditambah dalam takwim santo Gereja England pada tahun 1980.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Wood, James, The Broken Estate, Essays on Literature and Belief, Pimlico, 2000, ISBN 0-7126-6557-9, 16.
Biografi
[sunting | sunting sumber]- William Roper. "Kehidupan Sir Thomas More" (ditulis oleh menantu lelaki More pada k.k. 1555, tetapi dicetak buat pertama kali pada tahun 1626)
- Princesse de Craon. Thomas Morus, Lord Chancelier du Royaume d'Angleterre au XVIe siècle[pautan mati kekal] (edisi pertama dalam bahasa Perancis, 1832/1833 - edisi pertama dalam bahasa Belanda 1839/1840)
- E.E. Reynolds. Perbicaraan St Thomas More (The Trial of St Thomas More), (1964)
- E.E. Reynolds. Thomas More dan Erasmus (Thomas More and Erasmus), (1965)
- Richard Marius. Thomas More: Biografi (Thomas More: A Biography), (1984)
- Peter Ackroyd. Kehidupan Thomas More (The Life of Thomas More) (1999)
- John Foxe, Buku Syahid Foxe (Foxe's Book of Martyrs)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Thomas More |
Wikisource mempunyai karya asli yang dikarang oleh atau mengenai: Thomas More |
- Laman web Luminarium: Thomas More – biografi, karya, esei
- Pangkalan data Kajian Thomas More – mengandungi banyak karya Inggeris oleh More, termasuk dialog, puisi awal dan surat, serta makalah jurnal dan bahan biografi
- Karya-karya oleh Thomas More di Projek Gutenberg
- Sir Thomas More, atau, Perbualan rasmi mengenai Kemajuan dan Prospek-prospek Masyarakat, sebuah buku elektronik bebas di Projek Gutenberg
- Sir Thomas More oleh William Shakespeare (karya-karya palsu dan mencurigakan), sebuah buku elektronik bebas di Projek Gutenberg
- Sir Thomas More: Tokoh untuk Semusim, esei oleh James Wood. Memberikan pandangan kritis mengenai sikap More yang tidak bertoleransi terhadap agama.
- More dan Sejarah Richard III
- Thomas More dan Utopianya oleh Karl Kautsky
- Utopia – teks HTML di Marxists.org
- Thomas More di Pangkalan Data Nama-nama Terkenal
Didahului oleh Sir Thomas Nevill |
Speaker Dewan Rakyat British 1523 |
Diikuti oleh: Sir Thomas Audley |
Didahului oleh Sir Richard Wingfield |
Canselor Duchy Lancaster 1525 – 1529 |
Diikuti oleh: Sir William Fitzwilliam |
Didahului oleh Thomas Kardinal Wolsey |
Lord Canselor 1529 – 1532 |
Diikuti oleh: Sir Thomas Audley (Penyimpan Mohor Agung) |