Templat:Arkib Peristiwa Lepas/2010
Penampilan
Disember
- Lima laluan baru Laluan Bawah Tanah Beijing dibuka, menambah 108 km kepada sistem alihan laju tersebut.
- Malaysia memenangi Piala Suzuki AFF 2010 setelah menewaskan Indonesia untuk kejuaraan pertamanya.
- Bekas Presiden Argentina Jorge Rafael Videla dihukum penjara seumur hidup selepas disabitkan bersalah jenayah terhadap manusia.
- Milo Đukanović meletak jawatan sebagai perdana menteri Montenegro.
- Kepala Raja Henri IV dari Perancis (gambar) yang hilang selepas kuburnya dicemarkan, diumumkan dijumpai.
- Aktivis hak asasi manusia China Liu Xiaobo dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel 2010 in absentia, kali pertama sejak 1936 tiada seorang pun dapat mewakili penerima.
- Kedua-dua penyandang Laurent Gbagbo (gambar) dan calon pembangkang Alassane Ouattara mengangkat sumpah secara berasingan sebagai Presiden Côte d'Ivoire.
- FIFA mengumumkan bahawa Rusia dan Qatar terpilih untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2018 dan 2022.
November
- WikiLeaks mengeluarkan koleksi lebih 250,000 kawat diplomatik Amerika Syarikat, termasuk 100,000 bertanda "sulit" atau "rahsia".
- Korea Utara membedil Pulau Yeonpyeong, meningkatkan ketegangan di Semenanjung Korea.
- Satu pungutan suara di Madagaskar mengesahkan perlembagaan baru yang membenarkan Andry Rajoelina (gambar) kekal sebagai presiden sementara.
- Alpha Condé memenangi pusingan kedua pilihan raya presiden Guinea.
- Sebastian Vettel menjadi juara termuda Formula Satu, memenangi Formula Satu musim 2010, manakala Red Bull Racing memenangi kejuaraan pengeluar.
- Ahli politik pembangkang Myanmar Aung San Suu Kyi dibebaskan dari tahanan rumah.
- Sukan Asia ke-16 dirasmikan (gambar) di Guangzhou, Republik Rakyat China.
- Siklon Jal (gambar) dan banjir yang menyusul mengorbankan sekurang-kurangnya 150 orang di India, Thailand, Malaysia dan Sri Lanka.
- Dalam pilihan raya Myanmar pertama sejak 20 tahun, parti pembangkang mengaku kalah kepada Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan, selepas Liga Demokrasi Kebangsaan memboikot pilihan raya tersebut.
- Letusan berterusan Gunung Merapi di Jawa Tengah, Indonesia, mengorbankan lebih 150 orang dan memaksa ratusan ribuan lagi berpindah.
- Pilihan raya separuh penggal Dewan Perwakilan dan Senat diadakan di Amerika Syarikat.
Oktober
- Dilma Rousseff (gambar) memenangi pilihan raya dan bakal menjadi presiden wanita pertama Brazil.
- Tianhe-I di Tianjin, China, menjadi superkomputer terpantas di dunia.
- Setiausaha Agung UNASUR dan bekas Presiden Argentina, Néstor Kirchner meninggal pada usia 60 tahun.
- Satu gempa bumi dan tsunami yang terhasil di persisiran Sumatera, Indonesia, mengorbankan lebih 400 orang dan menyebabkan ratusan lagi hilang.
- Perdana Menteri Barbados David Thompson meninggal dunia dan digantikan oleh Freundel Stuart.
- Kerajaan Myanmar mengumumkan penggunaan bendera kebangsaan baru (gambar).
- Kerajaan India mengeluarkan satu laporan berkenaan serangan Mumbai 2008, merumuskan bahawa Lashkar-e-Taiba mendapat sokongan agensi risikan Pakistan.
- Taufan Megi (gambar), antara ribut terkuat pernah direkodkan, bertemu daratan di Filipina.
- Sukan Komanwel XIX tamat di Delhi, India.
- Kesemua 33 pelombong yang terperangkap selama 10 minggu di lombong di Copiapó, Chile, diselamatkan.
- Penyanyi opera Australia Joan Sutherland meninggal dunia pada umur 83 tahun.
- Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama diadakan di Kuala Lumpur.
- Antillen Belanda (gambar bendera) dibubarkan, dengan Curaçao dan Sint Maarten menjadi negara konstituen Kerajaan Belanda, manakala Bonaire, Saba dan Sint Eustatius menjadi perbandaran khas Belanda.
- Aktivis hak asasi manusia China yang dipenjarakan Liu Xiaobo diisytiharkan penerima Hadiah Keamanan Nobel.
- Faisal Shahzad dihukum penjara seumur hidup kerana cubaan pengeboman kereta di Times Square, bandar raya New York, A.S.
- Sukan Komanwel XIX bermula di Stadium Jawaharlal Nehru (gambar) di Delhi, India.
- Dua kereta api bertembung di Jawa Tengah, Indonesia, mengorbankan 36 orang dan mencederakan lebih 50 lagi.
September
- Maatia Toafa terpilih sebagai Perdana Menteri Tuvalu buat kali ke-2.
- Parti Sosialis Bersatu Venezuela pimpinan Presiden Hugo Chávez (gambar) mengekalkan majoriti mudah dalam pilihan raya parlimen Venezuela.
- Pembunuhan ahli politik Pakistan Imran Farooq di London mencetuskan keganasan di kampung halamannya Karachi.
- Pastor Terry Jones dari gereja Dove World Outreach Center, Amerika Syarikat membatalkan upacara membakar al-Quran setelah mendapat tentangan masyarakat Islam sedunia.
- Kerajaan Iran menangguhkan hukuman mati rejam untuk Sakineh Mohammadi Ashtiani di tengah-tengah tekanan antarabangsa.
- Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri Julia Gillard membentuk kerajaan minoriti selepas pilihan raya persekutuan Australia berkeputusan parlimen tergantung.
- Gempa bumi bermagnitud 7.1 melanda Pulau Selatan New Zealand, menyebabkan kerosakan meluas di Christchurch (gambar).
- Hurikan Earl bertemu daratan sebagai hurikan Kategori 1 di Maritimes Kanada, meninggalkan hampir sejuta orang tanpa bekalan elektrik.
Ogos
- Gunung Sinabung (gambar) di Sumatera, Indonesia meletus buat kali pertama sejak 1600, menyebabkan lebih 18,000 penduduk melarikan diri.
- Pelari Kenya David Lekuta Rudisha memecahkan rekod dunia 13 tahun dalam 800 meter di kejohanan IAAF di Berlin.
- Sukan Olimpik Belia pertama, Olimpik Belia Singapura 2010 bermula di Singapura.
- Colombia dan Venezuela menyambung kembali hubungan diplomatik selepas Juan Manuel Santos menjadi Presiden Colombia.
- Paul Kagame terpilih semula sebagai Presiden Rwanda.
- Tanah runtuh di wilayah Gansu mengorbankan 700 orang, menambah korban banjir di China kepada lebih 1,700 orang.
- Lebih 1,600 orang maut dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal akibat banjir paling teruk dalam sejarah Pakistan.
- Lebih 50 orang disahkan maut dan ribuan lagi terpaksa berpindah akibat kebakaran liar di Daerah Persekutuan Pusat Rusia (gambar asap).
- 63 orang terbunuh dan lebih 200 cedera dalam rusuhan di Karachi, Pakistan.
- Kebakaran sebuah bangunan di Nigel, Johannesburg, Afrika Selatan mengorbankan 22 orang.
Julai
- Ratusan orang maut dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal akibat banjir teruk di utara Pakistan.
- Bot karam di Sungai Kasai, Republik Demokratik Congo mengorbankan sehingga 140 orang.
- Penerbangan 202 Airblue terhempas berhampiran Islamabad, membunuh semua 152 di atas pesawat dalam bencana udara terdahsyat dalam sejarah Pakistan.
- Kang Kek Iew (gambar) dihukum 35 tahun penjara atas peranannya dalam rejim Khmer Rouge di Kampuchea Demokratik antara 1975 dan 1979.
- Ribuan dokumen sulit mengenai Perang Afghanistan didedahkan Wikileaks, dengan butiran diterbitkan tiga akhbar utama secara serentak.
- Dua kereta api berlanggar di Bengal Barat, India, mengorbankan 63 orang dan mencederakan lebih 160 lagi.
- Taufan Conson bertemu daratan berhampiran Hai Phong, Vietnam, selepas membinasakan Filipina, meninggalkan 74 orang maut.
- Kebakaran sebuah hotel di Sulaimaniya, Kurdistan, Iraq mengorbankan 30 orang termasuk 14 warga asing.
- BP mengumumkan yang ia berjaya menghentikan sementara tumpahan minyak Deepwater Horizon (gambar).
- Switzerland menolak permintaan ekstradisi A.S. terhadap pengarah filem Roman Polanski untuk dijatuhkan hukuman kes serangan seksual terhadap gadis bawah umur pada 1977 .
- Satu siri serangan bom di Kampala, Uganda, membunuh 74 orang.
- Piala Dunia FIFA (gambar bola) berakhir dengan Sepanyol menewaskan Belanda untuk kejuaraan pertamanya.
- Lebih sejuta orang membantah di Barcelona menentang sekatan terhadap autonomi Catalonia dalam Sepanyol.
- Satu serangan berani mati di Agensi Mohmand, Pakistan, membunuh 104 orang dan mencderakan 120 lagi.
- Bekas diktator Panama Manuel Noriega dihukum tujuh tahun penjara kerana melabur wang haram di Perancis.
- Pemangku Presiden Poland Bronisław Komorowski (gambar) memenangi pilihan raya khas presiden, menewaskan Jarosław Kaczyński dalam pusingan kedua.
- Ayatollah Utama Mohammad Hussein Fadlallah dari Lubnan meninggal dunia di usia 74 tahun.
- Lebih 230 orang terbunuh dan 196 lagi cedera dalam satu letupan sebuah lori minyak yang terbalik di Republik Demokratik Congo.
- Senegal berkabung 3 hari sempena kematian Serigne Mouhamadou Lamine Bara Mbacké, Marabut Agung Muridiyyah.
- Pierre Nkurunziza terpilih semula sebagai Presiden Burundi dalam satu pilihan raya presiden.
Jun
- Hurikan Alex (gambar imej satelit), hurikan Atlantik Jun terhebat dalam 53 tahun, bertemu daratan buat kali kedua di Tamaulipas, Mexico, mengorbankan 24 orang.
- Christian Wulff (gambar) terpilih menjadi Presiden Jerman.
- Bekas juara Olimpik Pál Schmitt terpilih menjadi Presiden Hungary.
- Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh akibat banjir teruk di Romania.
- Pengundi Kyrgyzstan menyetujui perlembagaan baru yang mengurangkan kuasa presiden dan memperuntukkan pilihan raya secara berkala.
- Senator Amerika Syarikat paling lama berkhidmat, Robert Byrd meninggal dunia pada usia 92 tahun.
- Bekas Presiden dan Perdana Menteri Lithuania Algirdas Brazauskas meninggal dunia pada usia 77 tahun.
- Perwakilan G-20 negara industri bersidang di Toronto, Kanada.
- Gerhana bulan separa terjadi di Amerika Tengah, Asia Tenggara dan Australasia.
- 12 orang terbunuh semasa melintas landasan kereta api di sebuah stesen di Barcelona, Sepanyol.
- Julia Gillard (gambar) menjadi perdana menteri wanita Australia pertama selepas menewaskan Kevin Rudd dalam pemilihan parti memimpin Parti Buruh.
- Jeneral A.S. Stanley A. McChrystal digugurkan sebagai Komander ISAF di Afghanistan; Leftenan Jeneral UK Sir Nick Parker memangku.
- Banjir di timur laut Brazil menyebabkan sekurang-kurangnya 44 orang maut dan ratusan lagi hilang.
- Ketua Parti Tengah Mari Kiviniemi menggantikan Matti Vanhanen sebagai Perdana Menteri Finland.
- Juan Manuel Santos menjadi Presiden Colombia selepas memenangi pusingan kedua pemilihan presiden Colombia, 2010.
- Banjir meluas di selatan China mengorbankan lebih 210 orang, dengan sekitar 110 lagi masih hilang dan ribuan kehilangan tempat tinggal.
- Hujan lebat di Var, Perancis, mengorbankan lebih 25 orang dalam banjir terdahsyat di kawasan itu sejak 1827.
- Penyiasatan Saville terhadap Ahad Berdarah mendapati Tentera Darat Britain "tiada justifikasi" untuk menembak 27 orang awam pada 1972.
- Kuar Jepun Hayabusa (gambar) kembali ke Bumi, mengakhiri misi 7 tahun untuk mengambil sampel asteroid 25143 Itokawa.
- Rusuhan etnik di selatan Kyrgyzstan menyebabkan sekurang-kurangnya 170 orang maut.
- Piala Dunia FIFA 2010 bermula di Afrika Selatan.
- Majlis Keselamatan PBB mengenakan sekatan pusingan keempat terhadap Iran kerana program nuklearnya.
- Benigno Aquino III (gambar) bakal menjadi Presiden Filipina setelah disahkan memenangi pilihan raya presiden.
- Mahkamah India menyabitkan tujuh lelaki bersalah kecuaian jenayah dalam tugas mereka semasa tragedi Bhopal 1984.
- Puluhan orang di India, Oman dan Pakistan maut akibat Taufan Phet, antara taufan Laut Arab terkuat pernah direkodkan.
- Naoto Kan menjadi Perdana Menteri Jepun selepas Yukio Hatoyama meletak jawatan.
- Pihak berkuasa kesihatan Nigeria mengumumkan yang 163 orang telah maut akibat keracunan plumbum di Negeri Zamfara sejak Mac.
- Lebih 110 orang terbunuh dan 100 lagi cedera dalam satu kebakaran besar di Dhaka, Bangladesh.
- Perdana Menteri Jepun Yukio Hatoyama meletak jawatan, menjadi orang keempat menarik diri sejak 2006.
Mei
- Tentera Laut Israel merampas sekumpulan kapal bantuan kemanusiaan (gambar) ke Genting Gaza di perairan antarabangsa, membunuh lebih 10 orang.
- Horst Köhler meletak jawatan sebagai Presiden Jerman.
- Ribut Agatha menyebabkan banjir meluas di Amerika Tengah, mengorbankan lebih 180 orang.
- Hampir 100 orang maut dan 120 lagi cedera dalam dua serangan di Lahore, Pakistan.
- Sebuah kereta api tergelincir di Bengal Barat, India, mengorbankan lebih 100 orang, selepas landasannya disabotaj pemberontak Naxal.
- Grebe Alaotra (gambar), sejenis burung endemik di Madagascar, diisytiharkan pupus 25 tahun selepas dilihat buat kali terakhir.
- Lebih 70 orang terbunuh dalam kekacauan di Kingston, Jamaica, apabila kerajaan cuba menahan raja dadah Christopher Coke.
- Korea Selatan menghentikan hampir semua perdagangan dengan Korea Utara sebagai balasan tenggelamnya ROKS Cheonan.
- Sebuah kereta api penumpang dalam perjalanan dari Shanghai ke Guilin tergelincir berhampiran Fuzhou, Jiangxi, China, menyebabkan 19 orang maut.
- Penerbangan 812 Air India Express terhempas dengan 166 di dalamnya ketika mendarat di Mangalore, India.
- Penyiasatan bebas menyimpulkan bahawa torpedo Korea Utara merupakan punca tenggelamnya korvet Korea Selatan Cheonan.
- Selepas dua bulan bercanggah, tentera Thai menyerang kem Baju Merah (gambar) di Bangkok, memaksa mereka menyerah.
- Brazil, Iran dan Turki bersetuju prosedur penukaran bahan api nuklear yang diharap meredakan kebimbangan terhadap program nuklear Iran.
- Dalam Formula Satu, pemandu Red Bull Racing Mark Webber memenangi Grand Prix Monaco.
- Pasukan badminton lelaki China dan wanita Korea memenangi Piala Thomas & Uber 2010.
- Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh dan 266 cedera selepas tentera kerajaan Thai bertempur dengan pembantah Baju Merah.
- Bolak-balik angkasa lepas Atlantis (gambar) dilancarkan untuk misi berjadual terakhirnya, menghantar modul Rassvet ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
- Persidangan antarabangsa Perang Dunia Kedua diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.
- Penerbangan 771 Afriqiyah Airways terhempas berhampiran Tripoli, Libya, cuma seorang yang terselamat.
- David Cameron (gambar) dari Parti Konservatif menjadi Perdana Menteri United Kingdom, mengetuai satu kerajaan campuran dengan Nick Clegg dari Liberal Demokrat sebagai Timbalannya.
- Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi mempelawa Estonia, Israel dan Slovenia menjadi ahli.
- Angkatan tentera Amerika Syarikat, British Perancis dan Poland berarak dalam Perarakan Hari Kemenangan Moscow buat kali pertama dalam sejarah acara ini.
- ICANN memperkenalkan kod negara antarabangsa pertama, membolehkan nama domain ditulis sepenuhnya dalam skrip bukan-Rumi.
- Pilihan raya umum United Kingdom berkeputusan parlimen tergantung, dengan Parti Konservatif mendapat kerusi terbanyak.
- Tiga orang terbunuh di Athens semasa bantahan dan mogok (gambar) terhadap cadangan jimat cermat bagi menangani krisis hutang Greece.
- Presiden Nigeria Umaru Yar'Adua meninggal pada umur 58 tahun, dan digantikan oleh Goodluck Jonathan.
- United Airlines dan Continental bersetuju untuk bergabung, membentuk syarikat penerbangan terbesar di dunia.
- Satu cubaan serangan bom kereta terjadi di Times Square, New York City.
April
- Pesta Sedunia terbesar dalam sejarah Expo 2010 (gambar) dibuka di Shanghai, China.
- Parti Presiden Omar al-Bashir memenangi pilihan raya Sudan 2010.
- Raja Albert menerima perletakan jawatan Perdana Menteri Belgium Yves Leterme, selepas kerajaannya runtuh.
- 11 orang hilang dikhuatiri mati selepas pelantar minyak Deepwater Horizon meletup dan menumpahkan minyak di Teluk Mexico.
- Perikatan Kebebasan Rakyat Bersatu pimpinan Presiden Mahinda Rajapaksa, memenangi pilihan raya umum Sri Lanka 2010, mendapat 144 daripada 225 kerusi parlimen.
- Larian Live Earth diadakan serentak di 39 negara.
- Abu gunung berapi daripada letusan Eyjafjallajökull (gambar) di Iceland menggendalakan lalu lintas udara di utara dan barat Eropah.
- Ribut kuat melanda Bangladesh dan timur India, mengorbankan lebih 140 orang.
- Lebih 2,100 orang terbunuh dalam gempa bumi di Yushu, Qinghai, China.
- Pemimpin lebih 40 negara di Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington, D.C. bersetuju akan satu rancangan melawan keganasan nuklear.
- Sebuah kereta api tergelincir di Merano, Itali, akibat tanah runtuh menyebabkan 9 orang maut.
- Kemalangan pesawat berhampiran Smolensk, Rusia, membunuh kesemua 96 orang atas kapal, termasuk Presiden Poland Lech Kaczyński (gambar) dan 42 pegawai Poland lain.
- Pertempuran antara tentera kerajaan Thai dan pembantah menyebabkan 21 orang terbunuh.
- Sidang Kemuncak ASEAN ke-16 diadakan di Hanoi, Vietnam.
- Spesies baru biawak benggala Varanus bitatawa ditemui di Filipina.
- Space Shuttle Discovery dilancarkan (gambar) dalam misi STS-131 membawa bekalan ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
Mac
- Perlanggaran antara dua pancaran proton 3.5 TeV di Pelanggar Hadron Besar CERN mencatat rekod dunia untuk pelanggaran zarah buatan manusia bertenaga tertinggi.
- Dua pengeboman di stesen Metro Moscow Lubyanka (gambar) dan Park Kultury membunuh 39 orang.
- Korvet Tentera Laut Republik Korea Cheonan tenggelam selepas satu letupan, menyebabkan 46 anak kapal hilang.
- Inisiatif Chiang Mai mula berkuat kuasa dengan dana rizab pertukaran asing bernilai AS$120 bilion.
- Google melencongkan trafik google.cn ke pelayan Hong Kong dan berhenti menapis cariannya dalam Republik Rakyat China.
- Tapak Warisan Dunia Uganda Kuburan Kasubi (gambar), di mana raja-raja Buganda dikuburkan, musnah terbakar.
- Satu siri serangan bom membunuh lebih 70 orang di Lahore, Pakistan.
- Di Kazakhstan, 40 orang terbunuh dan lebih 1,000 lagi dipindahkan selepas Empangan Kyzyl-Agash pecah.
- Carlos Slim Helu (gambar) menjadi orang pertama bukan dari A.S. mengungguli senarai jutawan Forbes sejak 1994.
- Bekas Mufti Besar Mesir Muhammad Sayyid Tantawi meninggal dunia semasa melawat Riyadh, Arab Saudi.
- Gempa bumi di Wilayah Elâzığ Turki mengorbankan lebih 50 orang dan mencederakan lebih 70 lagi.
- The Hurt Locker memenangi enam Anugerah Akademi termasuk Filem Terbaik.
- Serangan antara agama menyebabkan lebih 500 kematian berhampiran Jos, Nigeria.
Februari
- Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010 berakhir (gambar penutupan) di Vancouver, dengan tuan rumah Kanada mendapat rekod 14 pingat emas.
- Gempa bumi 8.8 Mw (peta gempa) melanda persisiran Kawasan Maule di Chile, mengorbankan lebih 700 orang dan menghasilkan tsunami.
- Filem Turki Bal memenangi Goldener Bär di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-60.
- Banjir dan tanah runtuh di pulau Madeira, Portugal membunuh 43 orang.
- Kerajaan campuran Belanda pimpinan Perdana Menteri Jan Peter Balkenende runtuh kerana isu pembaharuan misi tentera negara itu di Afghanistan.
- Kesatuan Afrika menggantung keahlian Niger selepas terjadinya rampasan kuasa tentera di negara tersebut.
- Menara masjid (gambar) sebuah masjid di Meknes, Maghribi, runtuh ketika solat Jumaat, membunuh 41 orang.
- Sekumpulan askar menggempur istana presiden Niger, menahan Presiden Tandja Mamadou, dan menubuhkan junta tentera.
- Gelongsoran di Kohistan, barat laut Pakistan, menimbus sebuah kampung dan membunuh lebih 100 orang.
- Interpol memasukkan 11 orang yang disyaki membunuh komander Hamas Mahmoud al-Mabhouh di Dubai dalam senarai dikehendakinya.
- Pemimpin Taliban Afghan Abdul Ghani Baradar ditangkap oleh ejen CIA dan ISI dalam satu operasi di Karachi, Pakistan.
- Dua kereta api bertembung berhampiran Halle, Belgium (gambar peta), membunuh 18 orang dan mencederakan 162 yang lain.
- Kabel elektrik voltan tinggi menimpa dua bas di Port Harcourt, Nigeria, menyebabkan 20 penumpang maut terkena kejutan elektrik.
- Forum Dunia Islam-Amerika Syarikat diadakan di Doha, Qatar.
- Pengeboman sebuah kedai roti Pune, India, membunuh 11 orang dan mencederakan 60 yang lain.
- Angkatan ISAF pimpinan NATO di Afghanistan melancarkan Operasi Moshtarak, serangan terbesar terhadap Taliban sejak 2001.
- Kedamaian sementara yang ditandatangani pemberontak Houthis di Yaman menamatkan enam bulan pertempuran semasa Operasi Bumi Hangus.
- Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010 (gambar pembukaan) bermula di Vancouver, Kanada.
- NASA melancarkan Solar Dynamics Observatory dalam satu misi lima tahun mencerap Matahari.
- Laura Chinchilla (gambar) terpilih sebagai Presiden wanita pertama Costa Rica.
- Agensi Angkasa Iran mengumumkan berjaya melancarkan sebuah roket dengan haiwan hidup di atas kapal dan kembali ke Bumi dengan selamat.
Januari
- Dalam bola sepak, Mesir menewaskan Ghana untuk memenangi Piala Negara Afrika 2010 buat kali ketiga berturut-turut, manakala Togo dilarang menyertai dua kejohanan berikutnya.
- Toyota mengumumkan penarikan balik 8.5 juta kenderaan di seluruh dunia akibat masalah pecutan tidak disengajakan dan pepijat perisian.
- Avatar James Cameron menjadi filem dengan perolehan kasar tertinggi, mengatasi rekod Titanic pada 1997.
- Ali Hassan al-Majid, digelar "Ali Kimia" oleh pejuang Kurdi, digantung mati di Iraq selepas menerima empat hukuman mati.
- Sultan Johor dan bekas Yang di-Pertuan Agong Malaysia Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail mangkat pada umur 77 tahun.
- Gegar penghujung kuat berukuran 5.9 Mw melanda Haiti seminggu selepas gempa bumi menyebabkan kemusnahan meluas di Port-au-Prince (gambar) dan mengorbankan lebih 150,000 orang.
- Lebih 200 orang maut dalam rusuhan beberapa hari antara Muslim dan Kristian di Jos, Nigeria.
- Gerhana matahari anulus (gambar) paling lama bagi alaf ke-3 terjadi di sebahagian Afrika, Lautan Hindi dan Asia.
- Banjir di Kenya meragut 38 nyawa dan memaksa 40,000 penduduk berpindah.
- Dua bas berlanggar berhampiran Lae, Papua New Guinea, membunuh lebih 40 orang.
- Gempa bumi 7.0 Mw melanda Haiti, mengorbankan lebih 70,00 orang dan menyebabkan kemusnahan meluas di Port-au-Prince.
- Parti Demokratik Liberal mendapat kemajmukan kerusi dalam pilihan raya Dewan Perundangan Uzbekistan.
- Lukisan Pantai di Pourville oleh artis Impresionis Claude Monet yang dicuri pada 2000, ditemui di Poland.
- Peta pertama dalam bahasa Cina yang menunjukkan benua Amerika, disediakan oleh Matteo Ricci pada 1602 atas permintaan Maharaja Wanli, dipamerkan kepada awam.
- Chile menerima pelawaan untuk menjadi ahli Amerika Selatan pertama Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi.
- Serangan terhadap bas pasukan bola sepak Togo mengorbankan tiga orang, menyebabkan pasukan itu menarik diri dari Piala Negara Afrika 2010.
- Beberapa gereja di Malaysia diserang dipercayai berkaitan dengan pertikaian undang-undang mengenai penggunaan nama Allah dalam konteks Tuhan Kristian.
- Burj Khalifa (gambar), struktur tertinggi pernah dibina, dibuka kepada awam di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
- Sekurang-kurangnya 105 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera dalam satu pengeboman berani mati di Lakki Marwat, Wilayah Sempadan Barat Laut, Pakistan.
- Kawasan perdagangan bebas terbesar di dunia dari segi penduduk, Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN–China mula berkuatkuasa.
- Bosnia dan Herzegovina, Brazil, Gabon, Lubnan dan Nigeria dilantik ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.