Pergi ke kandungan

Pilihan raya persekutuan Australia 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan raya persekutuan Australia 2010

← 2007 21 Ogos 2010 (2010-08-21)

Kesemua 150 kerusi di Dewan Perwakilan Australia
dan 40 (daripada 76) kerusi di Senat Australia
  Parti pertama Parti kedua
 
Pemimpin Julia Gillard Tony Abbott
Parti Buruh Campuran Liberal/Nasional
Pemimpin sejak 24 Jun 2010 (2010-06-24) 1 Disember 2009 (2009-12-01)
Kerusi pemimpin Lalor Warringah
Pilihan raya
lepas
83 kerusi 65 kerusi
Kerusi yang
diperlukan
0 17
Kerusi yang
dimenangi
72 72
Perubahan kerusi 11 7

Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Julia Gillard
Buruh

Bakal Perdana Menteri

Julia Gillard
Buruh

Sebuah pilihan raya persekutuan diadakan pada hari Sabtu, 21 Ogos 2010, untuk ahli-ahli Parlimen Australia ke-43. Parti pembangkang campuran kanan tengah Liberal/Nasional pimpinan Ketua Pembangkang Tony Abbott merupakan pencabar utama kerajaan semasa berhaluan kiri tengah Parti Buruh Australia pimpinan Perdana Menteri Julia Gillard. Pada hari Selasa, 7 September 2010, diumumkan bahawa Parti Buruh dikekalkan sebagai kerajaan campuran minoriti yang menewaskan Campuran tersebut.

Parti Buruh dan Campuran masing-masing meraih 72 kerusi di Dewan Perwakilan yang berkerusi 150,[1] iaitu kekurangan empat kerusi untuk membentuk kerajaan majoriti, sehingga menyebabkan parlimen tergantung pertama semenjak tahun 1940.[2][3][4] Ahli-ahli yang menduduki enam kerusi yang selebihnya memegang imbangan kuasa, oleh itu merekalah yang menentukan pihak mana yang membentuk kerajaan.[5][6] Ahli pertama parti Australian Greens yang diundi ke dalam Dewan Perwakilan, iaitu Adam Bandt, dan seorang ahli bebas, Andrew Wilkie, mengisytiharkan sokongan mereka untuk Parti Buruh berdasarkan undian percaya.[7] Dua lagi ahli bebas, iaitu Rob Oakeshott dan Tony Windsor, juga mengumumkan sokongan mereka untuk Parti Buruh supaya kerajaan minoriti Parti Buruh dibentuk, bagaimanapun mereka berhak untuk mengundi secara bebas terhadap rang undang-undang dan usul kepercayaan dalam kes-kes khas.[8] Seorang lagi ahli bebas, Bob Katter,[9] dan seorang ahli Parti Negara Australia Barat, Tony Crook,[10] mengumumkan sokongan mereka untuk parti Camputan.

Lebih 14 juta warga Australia berdaftar untuk mengundi ketika pilihan raya berlangsung.[11]

  1. ^ "72 all - Brisbane to Coalition and Corangamite to ALP: SMH 28 August 2010". Smh.com.au. 2010-08-13. Dicapai pada 2010-08-30.
  2. ^ "Voters leave Australia hanging" ABC News, 21 Ogos 2010
  3. ^ "Australia count begins after tight election race", BBC News, 21 Ogos 2010
  4. ^ "Australia heads for hung parliament". BBC News. British Broadcasting Corporation. 21 Ogos 2010. Dicapai pada 21 Ogos 2010.
  5. ^ Stephanie Peatling and Heath Aston:It's good to be Greens, as balance of power tipped, di SMH, 18 Julai 2010. Diterima pada 19 Ogos 2010.
  6. ^ Sid Maher: Greens set to grab balance of power in The Australian, 18 Julai 2010. Diterima pada 19 Ogos 2010.
  7. ^ Abbott's Costings Blow Out | Wilkie Sides With Labor: SMH 3 September 2010
  8. ^ Labor Clings to Power
  9. ^ http://www.abc.net.au/news/stories/2010/09/07/3004931.htm?section=justin ABC Online 'Katter in Coalition camp' (7 September 2010)
  10. ^ http://www.abc.net.au/news/stories/2010/09/06/3004244.htm 'Crook declares support for Abbott': ABC (6 Sept 2010) (retrieved 6 Sept 2010)]
  11. ^ "Virtual Tally Room". First Preference by Party. Australian Electoral Commission. Dicapai pada 21 August 2010.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]