Pilihan raya Senat Amerika Syarikat 2010
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kerusi Kelas III (34 daripada 100) di Senat Amerika Syarikat, dua kekosongan separuh penggal dari Kelas I, dan satu kekosongan separuh penggal dari Kelas II | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||
AK Termasuk pemenang pilihan raya yang belum selesai Alaska, mungkin sekali Republikan.[3] | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pilihan Raya Senat Amerika Syarikat 2010 diadalan pada 2 November 2010, untuk 37 daripada 100 kerusi. Sebuah pilihan raya khas untuk kerusi ke-38 diadakan di negeri Massachusetts pada 19 Januari 2010, untuk satu penggal yang berakhir pada Januari 2013. 34 daripada kerusi adalah untuk penggal enam tahun, manakala tiga lagi (di Delaware, New York, dan Virginia Barat) adalah pilihan raya khas untuk penggal yang lebih singkat.
Selepas pilihan raya tahun 2008 dan peristiwa-peristiwa berikutnya, Senat Amerika Syarikat terdiri daripada 57 Demokrat, 41 Republikan, dan dua ahli politik bebas yang berkokus dengan Demokrat. Daripada 37 kerusi yang dipertandingkan pada tahun 2010, 19 daripadanya dipegang oleh Demokrat (tujuh daripada mereka bersara atau dikalahkan di primari) dan 18 yang selebihnya oleh Republikan (lapan daripada mereka bersara atau dikalahkan di primari).
Seperti yang selalu terjadi dalam pilihan raya separuh penggal, kehadiran parti pembangkang semakin diterima. Republikan menumpaskan dua penyandang Demokratik: Blanche Lincoln dari Arkansas dan Russ Feingold dari Wisconsin; dan juga memenangi kerusi di Illinois, Indiana, North Dakota, dan Pennsylvania. Inilah pertambahan kerusi Senat terbesar bagi parti ini sejak pilihan raya 1994, dan juga kali pertama Republikan mempertahankan kesemua kerusi yang didudukinya.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b http://www.foxnews.com/interactive/politics/election-map-2010/#race=racesInPlay&pres=false
- ^ http://www.thegreenpapers.com/G10/SenateVoteByParty.phtml
- ^ "Alaska Senate race could be 'highest stakes spelling bee' in politics". CNN. CNN.com. 4 November 2010. Dicapai pada 5 November 2010., "'I'm not my party's nominee, but I am a Republican,' [Murkowski] said."
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Candidates for U.S. Congress di Project Vote Smart
- U.S. Senate dari OurCampaigns.com
- Congressional Races in 2010 Diarkibkan 2010-03-30 di Wayback Machine dari Open Secrets (sumbangan kempen)