Penerbangan 771 Afriqiyah Airways
Kemalangan | |
---|---|
Tarikh | 12 Mei 2010 |
Ringkasan | Dalam siasatan |
Tapak kejadian | Semasa menghampiri landasan 09 di Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli |
Pesawat | |
Jenis pesawat | Airbus A330-202 |
Pengendali | Afriqiyah Airways |
Kod pendaftaran | 5A-ONG |
Asal penerbangan | Lapangan Terbang Antarabangsa OR Tambo, Johannesburg, Afrika Selatan |
Destinasi | Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli, Tripoli, Libya |
Penumpang | 93 |
Anak kapal | 11 |
Kematian | 103 |
Kecederaan | 1 |
Terselamat | 1 |
Afriqiyah Airways Penerbangan 771 adalah kapal terbang penumpang yang jatuh terhempas pada 12 Mei 2010 jam 6.10 pagi 900 meter dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli ,Libya. Seorang kanak-kanak lelaki 8 tahun pemegang pasport Belanda dikatakan terselamat sementara 103 yang lain terbunuh.
Pesawat terlibat
[sunting | sunting sumber]Pesawat ini adalah dari jenama Airbus A330-202 dikeluarkan pada 12 Ogos 2009. Kali terakhir terbang pada 8 September 2009 dan pernah terbang 1600 jam atau 420 kitaran.Ia menggunakan enjin kembar General Electric CF6-80E1 . Ia boleh mebawa 253 penumpang . Semasa kemalangan , pesawat ini membawa 93 ponumpang dan 11 petugas.
Konsultan U.K. aviation consultants Ascend Worldwide Ltd menyatakan ini adalah kemalangan kedua dalam tempoh 12 bulan melibatkan A330. Airbus akan memberi jaminan akan memberi kerjasama penuh menyiasat kemalangan itu.
Nahas
[sunting | sunting sumber]Pesawat ini terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa OR Tambodi Johannesburg , Afrika Selatan dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli , Libya. Seterusnya akan terbang ke Lapangan Terbang Gatwick , London .
Ia terhempas kira-kira 900 meter dari lapangan terbang Tripoli. Tidak ada tanda kebakaran. Lspangan terbang itu panjangnya 3600 meter dan tidak mempunyai sistem amaran dan arahan untuk arahan mendarat.Tetapi ada sistem sederhan yang digunakan di seluruh dunia. Pesawat iytu meletup sebelum mendarat .
Jurucakap penerbangan Elizabeth McQuiggan menyatakan punca kelangan belum dapat ditentuan lagi.
Siasatan punca nahas
[sunting | sunting sumber]Menteri Pengangkutan Libya, Mohammed Zidan Ali menafikan pembabitan aktivis pengganas. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 8 tahun menggunakan pasport Belanda dilaporkan terselamat. Kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Al-Khadhra, Tripoli kerana patah tulang kedua-dua kakinya.
Petugas penyelamat menggunakan pakaian khas di lokasi kejadian. Rakaman televisyen menunjukkan bangkai pesawat dengan ekornya yang dicat warna-warni putus sementara yang hancur.
Afriqiyah Airways
[sunting | sunting sumber]Syarikat Afriqiyah Airways ditubuhkan pada 2001 memberi perkhidmatan pengangkutan udara di Afrika, Asia dan Eropah. Syarikat ini mempunyai 11 pesawat Airbus termasuk dua jenis A330.
Mangsa nahas
[sunting | sunting sumber]Mangsa nahas ini kebanyakannya merupakan pelancong yang hendak melancong di Tripoli, Libya. Pelancong ini diuruskan oleh syarikat Kras.nl cawangan TUI Travel Plc dari Belanda.
Kerakyatan | Terbunuh | Terselamat | Jumlah | Ruj | |
---|---|---|---|---|---|
Penumpang | Anak kapal | ||||
British | 1+ | – | – | 1+ | [1] |
Dutch | 61 | – | 1 | 62 | [2] |
Filipino | – | – | [3] | ||
Finnish | – | – | [3] | ||
French | 1 | – | – | 1 | [4] |
German | – | – | [3] | ||
Libyan | 11 | 11 | – | 22 | [3][2] |
South African | 3 | – | – | 3 | [5] |
Zimbabwean | – | – | [3] | ||
Jumlah | 92 | 11 | 1 | 104 |
Perbandingan
[sunting | sunting sumber]- Penerbangan 447 Air France milik Air France terhempas ke dalam Lautan Atlantik pada 1 Jun 2009 dari Rio de Janeiro , Brazil ke Paris , Perancis telah membunuh 228 penumpang dan petugas. 1000 cebisan dan kepingan kapal terbang telah ditemui bertaburan di permukaan lautan. 50 jasad ditemui semula, Kotak hitam yang ditemua masih belum dapat dianaliis sepenuhnya. Kira-kira 650 buah model pesawat sebegini sedang beroperasi di seluruh dunia.[6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaBBC8676898
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaTelegraaf
- ^ a b c d e Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaBBC8676758
- ^ "Catastrophe aérienne en Libye". Le Figaro (dalam bahasa French). 12 May 2010. Dicapai pada 12 May 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Plane crash: 3 South Africans confirmed dead". News 24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-17. Dicapai pada 2010-05-12. Unknown parameter
|accessdae=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan) - ^ Airbus Plane Crash in Libya Kills 103; Child Survives (Update1)